Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

[HIBURAN] ??? - Yuna Terkilan Lagu Diguna Pakai Tanpa Kebenaran

Hep! Hep! Bukan salah blog la. Betui la ni, blog BraderPET yang tak seberapa ni. Muahahaha. Apa mimpi pulak nak cerita pasal hiburan malam ni ye? Hmmm. Sebenornya teman memang tak berapa minat dengan berita-berita hiburan, apa lagi le kalo cerita-cerita gosip. Rasa macam benda takde pekdah je nak sibuk ambik tau hal artis ni kan?

Sumber Foto : GUA.com.my

Tapi, entri kali ni bukan la nak ceritakan sangat pasal dunia hiburan. Sebaliknya, teman rasa terpanggil nak mencari sikit maklumat pasal yang ada desas-desus teman dengor kat radio, yang penyanyi pakai serban tu, apa nama dia...? Aaa... Yoona! Eh, bukan la. Yuna kot. Haaa... dia la tu. Kisahnya Yuna ni terkilan kat satu penerbitan yang gunakan tajuk lagunya dijadikan tajuk drama. Lagi pulak tu, lagu Yuna yang bertajuk 'Terukir Di Bintang' tu pun jadi lagu tema drama tu.

Lebih-kurang, apa yang teman faham dari apa yang teman dengor macam tu le kot ceritanya. Satu hal la juga. Macam gaya tak reti undang-undang ke apa, kalo dah kita nak guna hasil karya orang, kena le mintak kebenaran dulu ke, atau paling tidak pun memaklumkan secara rasmi ke kan? Ish, ish, ish...

OK, bagi korang yang kurang tau pasal benda-benda macam ni, ada baiknya korang baca dulu artikel yang teman salin dari GUA.com.my ni ye -   

Penyanyi Yuna meluahkan rasa terkilan apabila judul lagu dan lagunya , ‘Terukir Di Bintang’ diguna pakai oleh sebuah penerbitan drama tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

Menurut Yuna, tidak ada mana-mana pihak yang menghubunginya mahupun pihak pengurusannya untuk mendapatkan kebenaran menggunakan lagu ciptaannya itu.

‘Sebelum ini ada produksi yang menggunakan lagu ‘Dan Sebenarnya’ untuk drama mereka. Tetapi mereka menggunakan cara yang betul. Mereka maklumkan kepada saya dan mereka membayar hak cipta kepada saya. Tapi kali ini,  tidak ada sesiapa pun yang menghubungi saya. Saya dapat tahu pun apabila ada peminat yang ‘tweet’ perkara ini.

Sebagai pencipta dan penyanyi lagu ini, pasti saya rasa kesal kerana perkara sebegini masih lagi berlaku. Saya mungkin boleh bertolak ansur atau buat tak kisah, tetapi tindakan pihak terbabit tidak bagus untuk industri muzik. Saya harap pihak stesen televisyen akan lebih berhati-hati pada masa hadapan,” ujar Yuna ketika ditemui baru-baru ini.

Drama bersiri  ‘Terukir Di Bintang’ merupakan arahan Jamal Khan yang kini bersiaran di Slot Akasia, TV3. Drama 15 episod ini menampilkan Tasha Shilla dan Wan Elyas sebagai teraju utama dan turut dibintangi oleh pelakon-pelakon lain seperti Shiha Mentor, Kamal Adli, Talha Harith dan ramai lagi.

Tadi kebetulan teman tengah terpilih-pilih siaran apa yang teman nak tengok malam ni, perasan pulak teman ada tajuk drama 'Terukir Di Bintang' yang dijadualkan untuk siaran malam ni. Hmmm. OK juga tu. Boleh juga teman cuba tengok-tengok macamana jalan ceritanya kan? Bukan selalu pun teman tengok siaran 103 ni. Apa la salahnya, sekali-sekala kan?


Korang pernah tengok ke drama tu? Komen teman secara peribadi, drama bersiri macam ni memang patut diperbanyakkan lagi. Elok untuk jadikan pengajaran kepada masyarakat kini dan masa depan, insyaAllah.

Sekian aje la ye untuk kali ni. Wassalam...  

Comments

  1. benda tu tak sepatutnya berlaku sebab syikat penerbitan tu mesti tahu sesiviti pasal penggunaan lagu orang dalam industri muzik ni...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu. Sepatutnya, dalam industri yang sama kena la saling hormat-menghormat hak-hak orang lain juga kan? Hmmm...

      Delete
    2. datang balik untuk click nuffy...bro, profile blogger awk is disable and susah untuk saya tau blog awak yang mana..u might wanna enabale balik supaya in future senang orang nak BW..hehehe

      Regards,
      -Strider-

      Delete

Post a Comment

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu