Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Biarkan Udang Sahaja Yang Berotak Udang

Memang tak pasti apa punca sebenornya, tapi teman pasti sesangat apa hasilnya. Iya! Jem teruk yang teramat teruk, dan kena lalu kat sebelah himpunan sampah sarap yang sengaja ditimbunkan di lorong paling kiri highway. Itu pengalaman yang teman tempuh hari Sabtu lepas, bila balik dari rumah kenduri melalui lebuhraya dari Selayang ke Damansara.



Dalam gambor tu, tak dapat teman pastikan pukul berapa diambik sebab tak jem pulak masa tu. Gambor tu pun teman dapat dari FB, yang belum dapat teman pastikan sumber asalnya. Apa yang kita nampak dalam gambor tu sampah-sarap dihimpunkan di lorong kecemasan highway tu kan?

Macam biasa la. Rakyat Malaysia ni prihatin. Memang kompom la ramai yang bawak slow sebab nak jadi penonton. Jelas kan? Lorong kecemasan dah penuh dengan sampah, dan kon-kon disusun untuk tutup lorong kiri. Dengan lain perkataan, dah tinggal dua lorong aje masa tu.

Ikut apa yang teman faham dari cerita-cerita liar, punca kejadian ni sebab dek kontraktor yang tak puas hati kontraknya ditamatkan. Ada juga yang kata puncanya dari kerosakan mesin pemampat sampah, sampai takde ruang dah nak buang sampah tu. Hmmm... Ntah iye, ntah idak, tak tau le teman.

Walau apapun, yang dapat dipastikan kelmarin, memang rakyat (khususnya yang gunakan laluan tu) yang mendapat 'hasil'nya. Kira macam dua gajah bergaduh, si hensem tersepit di tengah-tengah. Untuk apa dan kenapa rakyat yang kena, teman tak boleh nak jawab la. Itu kena tanya sendiri kat udang-udang yang terlibat.

Dapat tak korang bayangkan, andai kata laaa... ini andai kata... kontrak yang ditamatkan tu ialah kontrak syarikat pengurusan kumbahan atau dalam bahasa kurang sopannya kontrak sedut najis? Kalau syarikat yang terbabit ambik pendekatan macam ni, agak-agak korang laaa... Eeeuuuwww! Rasa macam telalu grafik pulak la weh. Korang fikir dan imagine la sendiri ye.

Hmmm... setakat tu aje la kot. Secara seriusnya, teman tegaskan kat sini - biar la udang aje yang berotak udang. Itupun kalau udang tak marah kalo korang disamakan dengan udang. Sama juga, janganlah berotak lembu, andai kata lembu tu pun tak reti nak marah bila orang bangang dikaitkan dengan otak haiwan tu.

Sekian aje la. Wassalam... 

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me