Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

Wafer Coklat Ingatkan Mata Pensel

Hek?! Apa yang kompius sangat? Takkan wafer coklat dengan mata pensel pun tak boleh nak beza? Well ... kalo korang berdepan dengan situasi ni, mungkin korang lebih faham le kot. Cerita ni terjadi pagi semalam. Teman ternampak satu benda leper, bentuknya empat segi, memang saiznya macam kotak mata pensel automatik. Takkan korang tak tau kot cemana rupanya? Camni haaa... Sumber foto :  http://davesmechanicalpencils.blogspot.com Aaaa... tau dah kan? Yang kaler biru, oren dengan merah tu la kotak mata penselnya. Oleh sebab teman ni jenis 'agak' cerewet dengan barang-barang yang bersepah atas lantai, maka teman pun kutip la benda yang teman sangkakan mata pensel tadi tu. Tengok-tengok, sekali rupanya wafer coklat. Lhooo... cemana buleh sampai kompius? Tengok punya tengok, kelih punya kelih, baru le teman faham cemana kekeliruan tu buleh jadi. Sekali rupanya wafer tu saiznya memang tak ubah macam kotak mata pensel automatik. Nak digamborkan pun susah. Jadi, teman ambik gambor untuk m

Kesan Hentaman Asteroid di Kota Damansara

Uh! Terima call pukul 11 malam untuk ceritakan kisah sains fiksyen, itu memang tak syiok. Gila la, rasa macam nak sepuk je siapa yang cari kita setakat nak sampaikan benda-benda camtu tengah malam buta. Tapi, malam kelmarin sahabat teman ni terselamat la dari kena seligi dengan teman. Nasib baik dia jauh, dan apa yang dia ceritakan tu boleh dibuktikan. Nasib baik le ko ni Semaun! Kita sedia maklum le kisah-kisah macam asteroid jatuh ke bumi, kapal angkasa terhempas dan makhluk asing datang ke bumi ajak main teng-teng, itu biasa sangat dah kita dengor dalam filem-filem Hollywood kan? Tapi kali ni lain sikit. Apa yang sahabat teman sampaikan malam tu datangkan rasa meremang juga la bulu roma dan bulu idong teman ni. Ikutkan cerita si Semaun, malam tu dia bawak awek pegi Uptown D'Kota. Nak makan sotong kangkung katanya. Tak sedor diri tu kuat resdong, nak juga makan sotong. Hmmm. Lantak ko la Semaun...! Yang menariknya, bila sampai je ke tempat tu, dia terus talipon teman, bukannya di

Cheritera Emas Sri Pinang Upin & Ipin

Hmmm. Entri ringkas, singkat dan padat je ni. Malam ni teman ternampak satu iklan baru kat tv. Korang perasan tak ada iklan ni? Rupa-rupanya syarikat penerbit kartun peberet rakyat Malaysia, Upin & Ipin ni, Les' Copaque Production ada buat kerjasama dengan Emas Sri Pinang untuk keluorkan produk barang kemas berasaskan watak-watak utama kartun tu. Memang ada dua 'anak patung' yang berbentuk watak Upin dan Ipin teman dapat tangkap dari sebahagian grafik iklan tu.   Memang teman ni salah sorang peminat siri kartun Upin & Ipin, tapi rasanya produk ni tak berapa menepati kriteria dan citarasa teman untuk diklasifikasikan 'wajar dibeli'. Mungkin kurang berkenan kot. Tapi iya la kan... setiap orang ada la minat dan citarasa sendiri. Terpulang kepada individu. Teman tak mau buat ulasan terlalu panjang dan kompleks... maka korang buleh la buat andaian dan rumusan sendiri. Sekian aje untuk kali ni. Wassalam... 

Speechless Saturday - 28 Disember 2013

Kat Mana Korang Nak Berhimpun Malam Tahun Baru 2014

Hmmm... ni poster yang teman dapat kat mesjid tengahari tadi. Jadi, kepada sesiapa yang rasa nak lepak luar malam tahun baru tu, tapi takde apa-apa rancangan lagi, boleh la kot jengah kat Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Memana yang rasa nak kongsikan poster ni merata-rata kat blog ke, FB ke, G+ ke IG ke, buleh la ye. Benda yang baik elok dipanjang-panjangkan. Sekian, wassalam...

Teknik Dapatkan Banyak 'Hits' dan Komen

Haaa... iye la ni. Memang le korang tengah baca blog teman yang tak popular ni, tapi ada hati nak bagi tips plak cemana nak dapatkan banyak pengunjung dan komen kat blog. Muahahahaha. Orang muda-mudi kata, poyo lebih je mamat ni kan? OK, itu terpulang kepada cara penerimaan masing-masing. Siapa nak teruskan membaca entri ni, buleh la teruskan. Dan kepada yang tak minat boleh tekan butang 'X' untuk tutup. Takde apa yang susah sangat pun kan? Hmmm. Kita kaji balik apa objektif nak dapatkan banyak pengunjung, ramai pengikut dan banyak komen di entri-entri blog kita (selain dari niat menulis kerana minat dan kesungguhan menyampaikan maklumat). Ramai yang ber-blog untuk dapatkan populariti, mudah menjual atau mempromosi barang dan ada juga yang mengharap pendapatan dari iklan-iklan di blog. Jadi, korang dalam kategori yang mana satu, itu korang letak la sendiri ye. Ikut pemerhatian teman, ada banyak opsyen untuk dipilih dalam mempopularkan sesuatu blog, tambah-tambah lagi dengan wuj

Limpahan Rezeki dan Sistem Amaran Awal Semulajadi?

Berita syiok, tapi kalau kita perhatikan dari sudut berbeza jadi macam tak berapa nak syiok. Hari ni, 24 Disember 2013 masyarakat tempatan di Pulau Tambisan, Lahad Datu Sabah dilimpahi rezeki yang tak terjangka - ikan-ikan dan hidupan laut yang lain berenang menyerah diri naik ke pantai. Memang rasanya tak ada sesiapa nak tolak tuah bila sumber protein segar macam tu dah terhidang di depan mata. Tinggal nak dikutip, siang dan cuci, lepas tu dimasak dan boleh dijamu sepuasnya. Sesuai jugalah masanya bila kita dapati sekarang ni harga barangan dah makin naik kan? Boleh juga jimatkan kos belanja dapur. Alhamdulillah... Tapi... jika jangan alpa, sekadar alpa. Kita mungkin mudah leka dengan limpahan kemewahan rezeki macam ni hingga kita terlupa kepada sejarah. Ingatkah kita tarikh 26 Disember 2004 ? Dan, masihkah kita ingat apa berlaku sebelum kejadian tsunami? Ikan-ikan berenang ke pantai-pantai, sanggup memanjat ke darat seakan-akan mengesan perkara 'kurang baik' akan berlaku di h

Fasa Peralihan 2013 - 2014

OK, tak ada yang terlalu berbeza di sini. Sekadar satu fasa peralihan biasa, dari tahun ke tahun. Selamat melangkah ke tahun 2014! Warna tema blog dah berubah dari hijau kepada hitam, bersempena dengan kempen 'jimatkan penggunaan elektrik'. Kita tulis blog dengan berbekalkan cahaya lilin? Ahahaha. Memang tak la kot. Gambor lilin kat banner atas tu sedakar simbolik aje la. Menjadi peringatan, berikutan peningkatan kos elektrik, maka pengurusan masa dan aturan kerja yang lebih sistematik diperlukan bagi mengelakkan pembaziran tenaga kesan dari kerja-kerja tak terancang. 'Dasar' yang sekian lama diamalkan dalam penulisan di blog ni masih cuba dikekalkan, dipastikan tahap kepatuhannya pada kadar semaksimum mungkin. Andai kata masih perlukan menyalin sebahagian dari artikel luar, maka kredit yang sepatutnya akan dinyatakan dengan jelas dan tanpa 'segan-silu'. Boleh gitu? Ahahaha. Sekian! Wassalam...

[KHAS] Bantuan Rakyat Malaysia 2014

Oh, sorry ! Teman lupa masukkan nombor 1 sebelum perkataan Malaysia. Sepatutnya dibaca - Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 kan? Whatever... Teman cuma nak memanjangkan maklumat bahawa borang permohonan bantuan tu secara dalam talian dah pun dibuka. Jadi, apa lagi? Kepada yang berkelayakan nak dapatkan bantuan ni, boleh la memohon ye. Tak lupa juga kepada peminat-peminat BR1M tak kira la yang layak ke tak layak, buat aje la macam biasa... korang mohon juga kan? Muahahaha. Ini alamatnya -  https://ebr1m.hasil.gov.my/ Sekian aje. Wassalam...

Biarkan Udang Sahaja Yang Berotak Udang

Memang tak pasti apa punca sebenornya, tapi teman pasti sesangat apa hasilnya. Iya! Jem teruk yang teramat teruk, dan kena lalu kat sebelah himpunan sampah sarap yang sengaja ditimbunkan di lorong paling kiri  highway. Itu pengalaman yang teman tempuh hari Sabtu lepas, bila balik dari rumah kenduri melalui lebuhraya dari Selayang ke Damansara. Dalam gambor tu, tak dapat teman pastikan pukul berapa diambik sebab tak jem pulak masa tu. Gambor tu pun teman dapat dari FB, yang belum dapat teman pastikan sumber asalnya. Apa yang kita nampak dalam gambor tu sampah-sarap dihimpunkan di lorong kecemasan highway tu kan? Macam biasa la. Rakyat Malaysia ni prihatin. Memang kompom la ramai yang bawak slow  sebab nak jadi penonton. Jelas kan? Lorong kecemasan dah penuh dengan sampah, dan kon-kon disusun untuk tutup lorong kiri. Dengan lain perkataan, dah tinggal dua lorong aje masa tu. Ikut apa yang teman faham dari cerita-cerita liar, punca kejadian ni sebab dek kontraktor yang tak puas hati kont

Projek BRPiEC - Gambor-gambor Terbaru

OK, tak banyak nak update  kat sini cuma susunatur yang diubah untuk memudahkan akses ke penyambung USB dan tambahan unit kawalan jauh. Sekarang dah tak guna keyboard  dengan mouse  lagi, selagi tak perlukan taip panjang-panjang. Hehehe. Nota : a.) Imej dari filem Rock Oo - Hakcipta Terpelihara, Grand Brilliance dan Naga VXS 2013 - 20/12/2013 b.) Sistem Operasi Xbian digantikan dengan Berryboot + OpenELEC - 28/12/2013 c.) Link  ke gambor-gambor di Facebook  https://www.facebook.com/media/set/?set=a.619699464763597.1073741839.292159270850953  - 28/12/2013

Pengguna vs. P1 Wimax - Satu Pandangan Neutral

Hmmm. Kebelakangan ni heboh cerita pasal penyedia perkhidmatan Internet ( Internet Service Provider, ISP ) P1 yang dikatakan menggunakan khidmat CTOS kepada pelanggan-pelanggan yang lalai membayar bil atau bayaran-bayaran lain termasuk denda pelanggaran perjanjian.   Situasi menjadi semakin panas, dan baru hari ni teman sempat menjengah ke kumpulan FB yang membincangkan hal-hal ketidakpuasan hati pengguna-pengguna perkhidmatan P1. Kes-kes nampak macam sangat rumit dan yang dapat teman tangkap tadi termasuklah - a.) Servis kerap tergendala sehingga ke tahap terlalu sukar nak diguna b.) Percanggahan dari segi bayaran balik dari tergendalanya perkhidmatan c.) Pelanggan yang dah lama tamatkan perkhidmatan, tapi bil bulanan masih berjalan d.) Alat-alat dah dipulangkan tetapi dikenakan denda sebab gagal memulangkannya e.) Panggilan dan SMS amaran untuk mengenakan tindakan menyenarai di CTOS sekiranya gagal membayar mengikut yang dituntut f.) Penyenaraian ke CTOS sekiranya masih gagal memba

Projek BRPiEC - Menyediakan Video Untuk Raspberry Pi

Kita sambung lagi cerita pasal projek BRPiEC teman yang menggunakan Raspberry Pi sebagai komponen utamanya. Raspberry Pi ni sebuah komputer yang berasaskan prosesor ARM6, sama dengan yang digunakan dalam henpon kita tu. Jadi, tak la lengkap macam komputer yang kita guna harian. Antara fungsi yang dikeluarkan, tak ada hardware decoding  untuk format video MPEG-2. Kalau nak juga, kena la beli lesen yang harganya RM10.00 untuk setiap unit Raspberry Pi. Apa pentingnya fungsi tu? Format DVD dan kebanyakan stesen tv kabel menggunakan format MPEG-2. Kalau kita nak decode  video tu dengan perisian memang boleh, tapi akan jadi terlalu perlahan dan mungkin tersekat-sekat. Antara kaedah termudah untuk selesaikan masalah ni, teman dah salinkan fail DVD asal dari .VOB yang gunakan format video MPEG-2 kepada .AVI yang gunakan MPEG-4. Ada juga yang lebih suka codec yang lebih moden macam H.264, tapi dalam tutorial ni teman tunjukkan yang MPEG-4 aje la. Tak payah nak campur-aduk, takut pening kepala

[PETUA] Penggunaan Pewangi Kereta

Kalau korang ingat lagi, teman pernah tulis satu entri pasal pewangi kereta kan? Lebih kurang macam yang tu juga, kali ni teman nak cerita lagi pasal pewangi kereta. Dah macam drama bersiri le pulak. Hehehe. OK, kita semua tau Malaysia ni cuacanya panas. Kalau setakat pewangi kereta jenis cecair ke gel ke, memang cepat aje habisnya kan? Dulu teman cadangkan untuk gunakan pewangi jenis tablet macam ubat gegat tu kan? Tapi bila teman fikir balik, bukan semua tempat ada jual pewangi kereta jenis camtu. Jadi, kali ni kita kongsikan macamana nak gunakan barang yang sedia ada, mudah dapat di pasaran, tapi dengan cara yang berbeza. Kalau pewangi kereta jenis gel tu memang senang nak dapat kan? Dan harganya pun murah je. Lebih kurang RM4.50 - 7.00 pun dah boleh dapat. Kita tengok cemana rupa aircond vent  kereta teman - Iya betui, memang takde air freshner kat situ. Teman tak pasang apa-apa jenis pewangi kereta kat aircond vent kereta teman sekarang ni, tapi kereta ni tetap berbau wangi kala

Beruk-beruk Jantan Menyerang Masjid BBSB

Sekali lagi, mesjid Bandar Baru Sungai Buloh diserang makhluk yang dipanggil beruk. Amat mengejutkan, lepas setahun lebih berlalu, beruk-beruk ni berani datang lagi ke mesjid ni. Teman pun naik heran juga la. Dulu setakat buang sampah bungkusan makanan merata-rata je. Kali ni pulak lagi la dahsyat!  Korang tengok la sendiri - Habih! Punoh! Jamban-jamban kat mesjid pulak dirosakkan paip-paipnya. Bukan paip ayor je. Butang tempat tekan ayor flush  pun udah kena pecah. Kemain handey beruk-beruk sekarang ni. Gamaknya udah belajor Kemahiran Hidup kot. Itu yang tau pomen paip segala tu. Memula teman ingat satu-dua je yang kena. Rupa-rupanya habih semua jamban kena. Jawatankuasa mesjid udah tak lalu nak repair kot. Diorang letak tangki ayor kat luor jamban tu, siap sediakan gayung. Ini le masalah kalo negara kita dah maju sangat. Bukan orang je makin pandai, tapi beruk pun ikut bijak sekali dah haaa. Silap gaya, mau ada beruk buleh baca surat kabor, update Facebook waktu khutbah. Sempat juga

Projek BRPiEC - Video Ujian Raspberry Pi + Xbian

Ni video demo yang sempat teman rakamkan masa buat salah satu ujian awalan fungsi-fungsi asas dalam Projek BRPiEC.   Sikit maklumat teknikal untuk sesiapa yang minat nak ambik tau atau nak join sekali buat koje gila ni. Hahaha. Raspberry Pi B 512MB Xbian 1.0 Beta 2 Aztech WL552USB WLAN USB Dongle Powered (D-I-Y Modified) 4 Port USB Hub Hitachi 500GB USB External Hard Drive Built-in Stereo Speakers (Analog Audio Out Ready) HDMI to VGA Converter 5vDC 2A Aftermarket Switching Power Adaptor Amacam? OK tak? Nanti fungsi lain kita tambah la pelan-pelan ye? Dah letih benor rasanya ni. Sekian, wassalam.

Transformasi Gadis Playboy

Tak, memang kalau untuk publisiti murahan, atau untuk dapatkan hits banyak, memang idak la. Entri ni teman tulis sebagai satu tanda hormat yang dapat teman berikan kepada seorang gadis berbangsa Cina kelahiran Malaysia, Felixia Yeap, seorang (bekas) gadis Playboy. Siapa sebenarnya si Felixia Yeap ni sampai berjaya tarik perhatian teman untuk menaip tengah malam buta macam ni? Apa yang dibuatnya? Gadis ini benar-benar melakukan transformasi diri. Bukan... dia bukannya bertukar dari Decepticon jadi Autobot macam dalam cerita Transformers tu. Lain laaa... Duduk tenang, rehatkan minda, amati gambar-gambar kat bawah ni - Mungkin ada yang meneka, serkap jarang yang si Felixia Yeap ini dah memeluk Islam, sebab itu la berubah cara pemakaiannya. Tak, salah tu, negatif... Gadis comel ini bukan Islam (belum memeluk Islam), tapi merubah cara berpakaiannya dengan alasannya tersendiri. Penjelasan panjang lebar hal ini teman beri laluan kepada yang empunya diri. Teman bukan tulis artikel ni untuk pu