Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


RESIPI : SOS KEJU (CHEESE SAUCE)

Kadang-kadang rasa macam gemuk sikit takpe, berat sikit takpe, nampak chubby (tembam la tu), itupun takpe kan? Ahahaha. Kalo dah teringin nak makan tu, diet ke apa ke, kita tak kisah pun kan?




Bila tengok makanan berkeju macam cheesy wedges  tu, elok-elok perut kenyang pun buleh jadi lapor. Ahahaha. Gila la weh. Nampak bebenor orang Malaysia ni kuat makan. Silap gaya, tengah malam buta nak tengok bola perut pulak nak mintak diisi. Tak semua makanan segera boleh hantor lepas pukul 9:00 malam, iye dak?

Yang mana rajin sikit tu, boleh la cuba ringan-ringankan tulang pegi check apa ada dalam peti sejuk. Kalau ada kentang goreng segera ke, wedges ke atau mungkin pop-corn chicken ke, ada pulak bahan-bahan lain, macam nak menjadi le dah kiranya ni.

Kat bawah ni teman sediakan cara untuk buat sos keju atau dalam bahasa Banjornya dipanggil cheese sauce. Banyak resipi lain, guna bahan-bahan atau cara lain... tapi yang ni teman hantam keromo je la, janji rupa dan rasa seakan sama je, itu dah kira bagus. Yang penting juga, caranya tak la remeh. Perut dah lapor weh, tengah-tengah malam!


BAHAN-BAHAN :




5-7 keping keju (ikut selera korang la nak pilih keju jenis apa, janji kaler oren)
1 cawan susu (pun suka korang la nak letak susu apa, asal jangan yang ada perisa)
2 sudu besar tepung gandum, elok kalau jenis yang halus
2 sudu besar marjerin atau mentega, dilembutkan pada suhu bilik
1 sudu kecik garam
1-2 sudu kecik gula kastor atau gula biasa pun boleh
1 sudu kecik serbuk lada hitam, kalau nak rasa berempah sikit
1/2 cawan air suam


CARA PENYEDIAAN :

a.) Gaulkan tepung, marjerin, gula, garam dan serbuk lada hitam dalam mangkuk. Masukkan air suam, gaul lagi sampai larut garam dengan gula.

b.) Panaskan periuk masukkan campuran bahan-bahan (a.). Terus perlahankan api sampai tahap paling kecik.

c.) Tuangkan susu dan kacau hingga rata. Pastikan api kecik aje dan susu setakat suhu suam, bukan mendidih

d.) Masukkan kepingan keju satu-persatu. Jangan main humban je semua dalam periuk tu! Biarkan lembut, sambil kacau perlahan-lahan.

e.) Kacau la sampai rata warnanya. Sesekali sodok sikit bahagian paling bawah dalam periuk tu, untuk elakkan berkerak. Tunggu sampai jadi pekat macam susu pekat manis. Lebih kurang macam tu la likatnya yang kita nak. Bila sejuk nanti, akan jadi bertambah liat.

f.) Dah nampak cantik warnanya, padamkan api. Salinkan ke bekas lain untuk elakkan terlalu lama atas dapur, kot nanti berkerak.


Haaa... jadi tak macam yang dalam gambor kat atas tu? OK... sekian aje la ye. Wassalam.

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba