Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Perlu Kita Bersyukur dan Redha

Buat nyadin je buleh tak? Bersyukur je la. Jangan banyak sangat karenah. Korang faham tak apa maksud 'nyadin' tu? Haaa. Lebih kurang, macam buat tak tau je la. Buat selamba jeee.




Apa pulak la yang teman nak ngarut petang Jumaat ni ye? Hehehe. Saje je. Udah lama benor teman tak membebel sini. Sibuk sangat le gamaknya. Pagi ni teman hantor kereta pegi servis. Jadi, sementara nak siap tu buleh le teman pegi shopping barang dapur sikit, ye tak?

Biasa la, ikan sardin dalam tin ni memang antara benda wajib beli la kalau teman beli barang dapur. Tiba musim penyakit vitamin M menjadi-jadi, memang sardin la menu yang nak dimamah pun. Asalkan perut terisi, cukup zat, alhamdulillah... syukur la kan? Haaa... kan? Kan...??? Haaa... kan? Memang penting hidup kita ni sentiasa bersyukur, redha je dengan kententuanNya.

Makan nasi berlauk ikan sardin ni memang nostalgik sangat la, sebab biasanya itu la makanan yang popular, ekonomik dan kita tak rasa lekeh pulak nak makan, berbeza dengan telur goreng mata. Dulu, harga sardin yang tin kecil lebih kurang RM 1.90 kalau tak silap teman, dan tin besar pulak dalam RM 3.20. Dengan berubahnya masa, dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun, sedar tak sedar harga setin besar ikan sardin dah mencecah RM 5.70. Nampak sangat la taraf hidup rakyat Malaysia ni dah semakin tinggi kan?

Tak... memang tak tinggi pun, kalau kita menjadi masyarakat prihatin. Cuba tengok gambar kat bawah ni -



Kita patut bersyukur sangat, kerana perlahan-lahan kita sedang mengorak langkah setapak demi setapak, semakin hampir menjadi masyarakat maju. Harga kat atas ni yang terkinilah kiranya teman tengok pagi ni di pasaraya Gian. Kalau di pasaraya Hayun Big, harganya RM 6.19 setin Kita patut bersyukur kerana ikan sardin dalam tin ini sudah siap berencah, mudah dan cepat untuk dimasak. Tidaklah semahal harga ayam segar yang kini mencecah RM 7.80 sekilogram, tapi nak memasaknya bukan main susah. Bahan masakannya pun banyak.

Alahai... apa la sangat. Itupun murah la. Sekilogram ayam tak sampai pun RM 10.00 la. Kecoh la korang ni. Gaji korang dah besor, bonus lagi, kenaikan tahunan lagi tu, duit BR1M lagi korang dapat. Dengan adanya duit BR1M yang RM 500 tu, pendapatan korang dah meningkat lagi 27 sehari, untuk tempoh lima tahun. Maksudnya, korang mampu makan ikan sardin dalam tin tiap-tiap hari selama 1,826 hari sebab peningkatan harga tu ada la lebih sikit 20 sen aje pun kalau korang beli kat pasaraya yang jual murah.

Belajar-belajar la bersyukur... syukur... alhamdulillah.

*Bling* ... *bling* ... *bling*

Eh-eh, baru teman teringat. Teman ni mana le ada terima duit BR1M. Hahaha. Macam bagus-bagus je fikir sampai tahap tu. Sori la, sebab mengelamun panjang sangat, siap ajak korang baca panjang meleret punya entri camni. Kah kah kah.

Lalu, teman letak la balik sardin Cap Piala Raja tu, dan teman beredar ke rak yang disebelahnya. Teman capai sardin yang ni haaa...


OK la tu kot. RM 4.89 je setin. Itu yang bagi teman sesuai la kot harga dengan barangnya. Hmmm... dah ada tanda-tanda yang sardin ni dah nak habis stok. Teman kira ada tiga tin aje lagi. Teman dah ambik satu, dan tinggal la lagi dua tin yang kemek-kemek. Mungkin kalau tak ada kemek, harus yang dua tin tu dah kena beli pun.

Apa-apa pun, kita patut bersyukur. Syukur, alhamdulillah. Masih mampu lagi makan ikan sardin dalam tin. Cuma, golongan yang tak terima BR1M macam teman ni dah tak boleh nak makan ikan sardin Cap Piala Raja lagi la. Tengok keadaan kat rak pasaraya tadi, dah jelas la orang dah beralih kepada jenama-jenama lain yang lebih murah. Mungkin juga penduduk pinggir bandar macam kami ni ramai yang tak layak terima BR1M, jadi kami tak ada lebihan 27 sen sehari untuk dibelanjakan.

Cara yang ada, kami bertukar kepada jenama-jenama yang lebih murah. Itupun kami tak tau la yang murah tu mungkin sebab stok lama. Nanti masuk stok baru, mungkin harga pun dah baru. 

Tak mustahil juga lepas ni penyeludup-penyeludup dan penggudang-penggudang rokok haram seperti John putih, akan beralih angin untuk menyeludup dan menggudang produk ikan sardin dalam tin pulak kan? Mana la tau nanti sambutannya macam pisang goreng panas.

Asalkan produk tu diiktiraf halal untuk dimakan, rasanya boleh diterima dek tekak, harus la ada pembelinya, pada hemat teman la. Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku lepas ni... dan jangan sesekali kita alpa dan kita berhenti untuk bersyukur. Jangan... jangan!

Alhamdulillah...

Sekian la untuk kali ni ye. Wassalam...

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu