Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Pemeriksaan Kereta - Perkara Penting Yang Tidak Boleh Diabaikan

Hmmm. Nampaknya ramai yang terpaksa ambik keputusan untuk maintain je kereta lama. Ada teman dengor cerita, pinjaman kereta sekarang bukan main susah nak lulus. Tak tau le kenapa, dan betui ke idak rungutan-rungutan yang teman dengor tu.




Ada juga kenalan teman bercerita, kereta MyVi yang dihantornya ke kedai kereta terpakai udah dua bulan, tapi tak terjual-jual juga. Pelik juga le teman mendengornya. Sebabnya, kalo jenama kereta tu buleh dikait dengan Daihatsu, Toyota, memang rakyat Malaysia ni nak aje. Kualiti Jepun, katanya. Keadaan kereta pun bukan main cantik, siap udah upgrade barang-barang baru ori Perodua lagi. Jadi, takkan payah benor nak jual kot.

Kaji punya kaji, katanya udah tiga orang hantor borang permohonan pinjaman, tapi belum ada satu pun yang boleh lulus. Apa puncanya, idak le teman bertanya.

Kita lupakan dulu cerita pasal pinjaman tu. Kita fokus kepada hal pokok yang teman nak ketengahkan ni. Kisahnya, orang kita yang berpendapatan rendah, dah tak ada banyak pilihan selain dari guna aje la kereta lama yang sedia ada. Mungkin dah sikit uzur sebab dah melewati dua dekad usia kereta tu. Nampak OK lagi, bawak pun sedap, takde banyak masalah.

Yang baru-baru ni teman terdengor juga cerita, lepas ni kereta lama kena hantor pegi buat pemeriksaan berkala. Bak kata orang Banjor apa tu... periodical inspection ke namanya. Lebih kurang macam van hantor roti, lori, teksi dan lain-lain kenderaan perdagangan le. Itu ikut apa yang teman faham.

Baguih juga idea tu. Mana le kita tau, dalam kita bawak kereta tu hari-hari mungkin ada masalah-masalah yang kita tak perasan. Jadi bila ada buat pemeriksaan tu, ciri keselamatan dan tahap layak dipandu di jalanraya tu dapat la kita pastikan. Iye tak?

Termenung teman sekejap, rasa macam ada yang bermain di fikiran teman ni masa bersembang dengan abang-abang drebar teksi (ehem, pakcik-pakcik sebenornya), yang merungut-rungut katakan bila hantor kereta untuk pemeriksaan ni memang sehari suntuk la tunggu giliran. Macam tu pulak masalahnya ye? Kesian juga orang yang cari rezeki bawak teksi ni. Dalam sehari tu tak dapat le cari makan agaknya.

Menung lagi, teringat pulak ada teksi yang teman nampak masa teman lepak kat kedai mamak beberapa bulan lepas. Ish-ish-ish, memang seram la. Teman tengok empat tayar, semua botak licin macam tayar kereta F1. Err... bukan ada hantor buat inspection ke teksi tu? Dan... err... masa tu kan dah mula kempen tukar tayar teksi percuma. Takkan dalam tempoh tiga-empat bulan je tayar dah botak licin sampai nak terkeluar benang macam tu kot? Kan...??? Haaa... kan? Kan? Ehtah la. Kita ni tak boleh la nak berburuk sangka kan?


Pagi ni pulak, teman ternampak satu teksi ni kat highway. Hahaha. Tengok aje le sendiri macamana rupanya.


Iye betui, memang pintunya tak boleh ditutup rapat. Ada renggang lebih kurang dekat seinci juga la. Bukan sebelah je, tapi kedua-dua belah pintu penumpang. Teman perasan juga, kedua-dua pintu tu ada kesan remuk, tapi bukan la remuk yang baru. Memang sangat-sangat lusuh dan nampak dah melewati setengah tahun kesan remuknya.

Aneh kan? Kenderaan macam ni boleh terlepas pandang masa pemeriksaan tu ye? Walau apa pun, teman tetap cuba bersangka baik. Mungkin ngam-ngam balik dari tempat pemeriksaan tu, waktu itu la teksi tu eksiden. Sebab itu la boleh lulus. Macam tu la kot lebih kurang ceritanya.

Bila teman perhatikan lagi teksi tu berlalu, teman pula yang rasa macam tak lalu. Terjawablah misteri macamana teksi tu boleh eksiden dalam perjalanan balik dari inspection. Rupa-rupanya pemilik teksi tu adalah seorang bekas pelumba rali yang terkemuka. Memang wajar digeruni kemahirannya dalam mencelah-celah di tengah bandar, mengelakkan kesesakan.

Jadi, setelah panjang lebar teman mengarut ni dapatlah teman buat kesimpulan bahawa bantuan tayar ke, kuatkuasakan pemeriksaan ke, itu tak menjamin apa-apa pun seandainya faktor manusia itu tak diperbetulkan terlebih dahulu. Dan seperkara lagi, boleh tak agak-agaknya teman ajukan idea bangang sikit ni. Apa kata tayar percuma untuk teksi tu dikeluarkan dengan jalur warna kekal di bahagian tepinya. Buat la jalur tu lebar-lebar dan warnanya terang benderang. Jadi, andai kata lepas ni ada yang 'tersilap' sarung tayar teksi tu kat kereta persendirian, kan kita boleh gelakkan ramai-ramai? Hehehe.

Sekian aje la bebelan tak tentu arah teman kali ni. Wassalam...

Comments

  1. bahaya tak periksa kereta ni, masalah nye, kereta rosak tiba-tiba bahayakan orang lain,
    nak beli kereta baru, tak berduit pula, huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, betui-betui-betui. Maksudnya, kereta tu kena hantor buat pemeriksaan yang betui-betui diperiksa la keadaannya. Karang dibuatnya meragam kat tengah jalan, tak ke naya kan?

      Delete

Post a Comment

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu