Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Mahalnya Ucapan Terima Kasih

Apa lagi yang tak kena korang ni ha? Itu salah, ini tak betul? Haduih... naik penin teman baca blog-blog yang para sahabat tulis baru-baru ni. Macam-macam la korang ni kan? Haish... entahlah.

Kita ni rakyat biasa. Bawak-bawak la bersyukur, berterima kasih. Ini tidak, main hantam je ikut suka.

Err... korang tau tak apa yang teman nak bebelkan ni?






Iye, betui dah tu. Ini isu lawatan kerja DS Rosmah Mansor ke Qatar baru-baru ni. Buat apa korang kecoh-kecoh sangat? Memang la dia naik private jet. Tapi apa la salahnya kan? Haaa... kan? Tak salah kan? Cuba korang baca satu artikel terbitan Astro Awani ni ha -


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mempertahankan lawatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar minggu lepas, dengan menggunakan jet eksekutif swasta yang dibiayai oleh kerajaan.

Malah, Shahidan yang menerangkan lawatan Rosmah adalah kerana jemputan rasmi oleh kerajaan Qatar, berkata rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada Rosmah atas lawatan tersebut.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita kena berbangga dan berterima kasih atas usaha dan penat lelah yang ditanggung oleh isteri Perdana Menteri.

“Kita kena ingat lawatan ke luar negara ini bukanlah untuk berseronok. Ini sesuatu yang dibuat atas tanggungjawa dan kita buat secara telus.
“Lawatan ini dibuat setelah dipohon kepada Kabinet. Kabinet pun telah meluluskan lawatan ini,” katanya semasa satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Shahidan turut mengucapkan terima kasih kepada Rosmah atas lawatan tersebut.

"Bagi pihak majoriti ahli parlimen dan rakyat Malaysia, kita ucap terima kasih kepada isteri Perdana Menteri kerana hasil lawatan tersebut cukup positif kepada negara," kata Shahidan.
Pada 10 November, Rosmah menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4 di negara itu.

Sebelum ini laporan media mengatakan lawatan itu dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Qatar dan Rangkaian Perniagaan Interaktif.
Semalam, lawatan itu menjadi topik perbincangan hangat di Parlimen selepas Ahli Parlimen pembangkang, membangkitkan perkara itu.

Ahli Parlimen pembangkang bertanya adakah Rosmah layak menggunakan jet eksekutif swasta yang dibiayai oleh kerajaan dan adakah beliau layak mewakili kepentingan negara di peringkat antarabangsa kerana beliau bukan wakil rakyat hanya isteri Perdana Menteri.

Sebagai balasan, Shahidan menegaskan bahawa Kabinet memutuskan Rosmah boleh menggunakan jet itu kerana beliau mewakili negara atas urusan rasmi.

Sumber - Astro Awani

Lawatan kerja la. Korang faham tak lawatan kerja? Bukan pegi makan angin kat sana tu. Setiap menteri yang ada portfolio masing-masing, mesti ada tujuan kalo dia nak pegi obesi pun. Korang tau tak, dia pegi tu pun atas jemputan kerajaan Qatar tau.

Kalau tak cukup lagi, korang tengok la video ni pulak.




Bagi teman le, betui le dah tu.  Tengok pulak siapa yang bercakap, DS Shahidan Kassim tu. Haaa. Pemimpin masyarakat tu. Takkan la pemimpin yang kita sendiri lantik pun kita tak nak percaya kan?

Apa la korang ni. Kalau dah korang kata itu tak betui, ini salah... semua tak kena, yang korang pilih pemimpin yang macam tu nak buat apa? Banyak bunyi la korang ni. Ada baiknya korang duduk sekejap, menung, fikirkan... tanamkan perasaan redha dalam diri, bersyukur dan berterima kasih aje la atas penat lelah pemimpin-pemimpin kita.

Penin teman dibuatnya. Penin... penin... Mana pegi pulak anak kunci private jet teman ni ntah. Ada korang nampak? Udah dua hari tak panaskan enjin ni. Bersyukur la, sebab jet ni tak guna petrol RON95. Hmmm... syukur, alhamdulillah.

Sekian aje la untuk kali ni. Wassalam.

Comments

  1. jalan2 sini sambil baca entry.. jemput singgah www.sayeshukepink.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu