Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

Mahalnya Ucapan Terima Kasih

Apa lagi yang tak kena korang ni ha? Itu salah, ini tak betul? Haduih... naik penin teman baca blog-blog yang para sahabat tulis baru-baru ni. Macam-macam la korang ni kan? Haish... entahlah. Kita ni rakyat biasa. Bawak-bawak la bersyukur, berterima kasih. Ini tidak, main hantam je ikut suka. Err... korang tau tak apa yang teman nak bebelkan ni? Iye, betui dah tu. Ini isu lawatan kerja DS Rosmah Mansor ke Qatar baru-baru ni. Buat apa korang kecoh-kecoh sangat? Memang la dia naik private jet . Tapi apa la salahnya kan? Haaa... kan? Tak salah kan? Cuba korang baca satu artikel terbitan Astro Awani ni ha - KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mempertahankan lawatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar minggu lepas, dengan menggunakan jet eksekutif swasta yang dibiayai oleh kerajaan. Malah, Shahidan yang menerangkan lawatan Rosmah adalah kerana jemputan rasmi oleh kerajaan Qatar, berkata rakyat Malaysia harus berterima k

Dari Mana Datang Istilah Nombor Flat?

Alaaa... biasa la. Nombor flat pun kau tak tau ke? Itu pun nak buat entri kat blog? Apa besar punya kecoh la kau ni? OK, fine ... Yang ni ke nombor flat? Percaya dan jujur, ramai yang bersetuju kan? Tak semua, tapi ada ramai juga yang bersetuju bahawa nombor flat ialah sekeping papan plastik hitam dengan nombor pendaftaran kenderaan yang berwarna putih. Ada juga nombor flat yang papannya berwarna putih, dan tulisan nombornya hitam kan? Bagi teman sendiri, mungkin agak kelakar la. Setiap kali teman dengor orang sebut nombor flat, terus teman terbayangkan nombor dan rumah pangsapuri, atau nama gelamernya flat. Macam ni haaa... 1234567890 dan Salah ke? Ooo... salah ye? Jadi, siapa yang memulakan panggilan nombor flat yang terlekat di kereta tu? Yang itu tak dapat le teman nak jawab. Yang teman tau, kalau nombor pendaftaran tu dalam bahasa ibunda teman, iaitu bahasa Banjor, disebut registration number . Ada sesetengah negara panggil benda tu number plate, sebab memang nombor-nombor tu dita

Rajagobal Kata Ada Kejutan. Opocot!

Hmmm... malam ni pasukan bolasepak negara kita, Harimau Malaya akan berdepan dengan Qatar untuk kelayakan Piala Asia 2015. Pertemuannya di Shah Alam. Dengor cerita tiketnya RM30 aje. Kira boleh la tu. Tapi teman tak dapat le pegi stadium sebab teman ni jenis penakut hujan. Kena tempias je pun buleh demam. Tengok kat talibesen udah le ye. Hehehe. Rajagobal kata dia ada kejutan taktikal. Lagipun, setakat Qatar tu? Alahai... rahsianya ada dalam tangan Safiq (Rahim) je la. Apa la sangat kan? OK, kita tunggu dan lihat la ye. Teman pun teringin gak nak merasa terkejut-kejut camni. Perghhh... rasa macam saspens sungguh la weh. Hmmm. Buat apa pening kepala? Malam karang pukul 8:45 kita duduk, tengok tv sambil jerit-jerit 'GOLLL...' macam tu ha. Boleh macam tu? Haaa... boleh? Hehehe. Sekian aje la ye. Wassalam.

RESIPI : SOS KEJU (CHEESE SAUCE)

Kadang-kadang rasa macam gemuk sikit takpe, berat sikit takpe, nampak chubby (tembam la tu), itupun takpe kan? Ahahaha. Kalo dah teringin nak makan tu, diet ke apa ke, kita tak kisah pun kan? Bila tengok makanan berkeju macam cheesy wedges  tu, elok-elok perut kenyang pun buleh jadi lapor. Ahahaha. Gila la weh. Nampak bebenor orang Malaysia ni kuat makan. Silap gaya, tengah malam buta nak tengok bola perut pulak nak mintak diisi. Tak semua makanan segera boleh hantor lepas pukul 9:00 malam, iye dak? Yang mana rajin sikit tu, boleh la cuba ringan-ringankan tulang pegi check apa ada dalam peti sejuk. Kalau ada kentang goreng segera ke, wedges  ke atau mungkin pop-corn chicken  ke, ada pulak bahan-bahan lain, macam nak menjadi le dah kiranya ni. Kat bawah ni teman sediakan cara untuk buat sos keju atau dalam bahasa Banjornya dipanggil cheese sauce . Banyak resipi lain, guna bahan-bahan atau cara lain... tapi yang ni teman hantam keromo je la, janji rupa dan rasa seakan sama je, itu dah

Pemeriksaan Kereta - Perkara Penting Yang Tidak Boleh Diabaikan

Hmmm. Nampaknya ramai yang terpaksa ambik keputusan untuk  maintain je kereta lama. Ada teman dengor cerita, pinjaman kereta sekarang bukan main susah nak lulus. Tak tau le kenapa, dan betui ke idak rungutan-rungutan yang teman dengor tu. Ada juga kenalan teman bercerita, kereta MyVi yang dihantornya ke kedai kereta terpakai udah dua bulan, tapi tak terjual-jual juga. Pelik juga le teman mendengornya. Sebabnya, kalo jenama kereta tu buleh dikait dengan Daihatsu, Toyota, memang rakyat Malaysia ni nak aje. Kualiti Jepun, katanya. Keadaan kereta pun bukan main cantik, siap udah upgrade barang-barang baru ori Perodua lagi.  Jadi, takkan payah benor nak jual kot. Kaji punya kaji, katanya udah tiga orang hantor borang permohonan pinjaman, tapi belum ada satu pun yang boleh lulus. Apa puncanya, idak le teman bertanya. Kita lupakan dulu cerita pasal pinjaman tu. Kita fokus kepada hal pokok yang teman nak ketengahkan ni. Kisahnya, orang kita yang berpendapatan rendah, dah tak ada banyak pilih

Perlu Kita Bersyukur dan Redha

Buat nyadin je buleh tak? Bersyukur je la. Jangan banyak sangat karenah. Korang faham tak apa maksud 'nyadin' tu? Haaa. Lebih kurang, macam buat tak tau je la. Buat selamba jeee. Apa pulak la yang teman nak ngarut petang Jumaat ni ye? Hehehe. Saje je. Udah lama benor teman tak membebel sini. Sibuk sangat le gamaknya. Pagi ni teman hantor kereta pegi servis. Jadi, sementara nak siap tu buleh le teman pegi shopping barang dapur sikit, ye tak? Biasa la, ikan sardin dalam tin ni memang antara benda wajib beli la kalau teman beli barang dapur. Tiba musim penyakit vitamin M menjadi-jadi, memang sardin la menu yang nak dimamah pun. Asalkan perut terisi, cukup zat, alhamdulillah... syukur la kan? Haaa... kan? Kan...??? Haaa... kan? Memang penting hidup kita ni sentiasa bersyukur, redha je dengan kententuanNya. Makan nasi berlauk ikan sardin ni memang nostalgik sangat la, sebab biasanya itu la makanan yang popular, ekonomik dan kita tak rasa lekeh pulak nak makan, berbeza dengan telur