Skip to main content

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

Candyshare.com.my


Kenapa Teman Suka Baca Paper Omputeh (English)

Aaa... udah lama benor teman tak membebel kan? Maklum le, bulan puasa. Tak elok le kalo emo sangat. Karang kot termaki atau terkutuk ke apa ke, kan tak bagus tu.



Entri ni bukan le ber-nawaitu nak mengaibkan ke, menabur pasir ke dalam periuk nasik ke apa, cuma satu rasionalisasi yang jelas kenapa teman lebih selesa baca surat khabar Inggeris. Tak juga teman katakan paper bahasa kebangsaan kita tak bagus, cuma... iyalah, sebab ada cuma itulah teman kurang berkenan.

Teringat lagi zaman teman muda belia a.k.a remaja dulu, ada wartawan datang buat intebiu pasal eksiden maut kat selekoh bahaya kampung teman tu. Orang yang kena intebiu tu pulak Pak Chu Ya, pangkat pakcik teman sendiri le. Betui-betui teman rasa macam ajaib je, bila keluor artikel tu kat surat khabar, lokasi kejadian dah tukor Kampung Gajah yang jaraknya lebih kurang 40 minit dari tempat kejadian, kalau korang pandu kereta.

Aish... apa gila?! Kalau setakat ralat tu dalam dua ke lima kilometer, takde le teman rasa pelik. Ini kalau salah fakta tahap macam ni, nak heret ke mahkamah pun tak boleh sabit kesalahan sebab lokasi kejadian pun dah terang-terang tak betui. Aduyai...

Pagi semalam teman capai satu naskhah paper bahasa Melayu dan cuba luangkan lebih 20 minit untuk baca. Sampai ke satu muka surat bahagian hiburan, teman rasa macam tak ada gunanya teman teruskan bacaan sebab jelas, artikel tu tak ditulis dengan fakta yang tepat, maksud yang jelas, penulisnya agak emosi dalam memuji, mengatasi priority asal objektif penyampaian maklumat, dan teman boleh ringkaskan dengan kata 'tak cukup mengaji' - sorry.

Untuk menjadi wartawan, kolumnis, jurnalis dan segala yang seerti dengan - menulis untuk mencari makan, dah pasti kualiti penulisan jadi antara kayu ukur utama. Macam teman ni lain le. Teman tulis blog aje. Kalo salah-silap sikit-sikit, buleh teman betulkan sendiri. Editor pun takde nak tegur kesilapan teman. Pandai-pandai sendiri udah le.

Bebel panjang tak guna kan? Jom kita sorot sikit artikel yang ditulis oleh Nurezzatul Aqmar berkaitan filem Adnan Sempit 3.




Semuanya nampak lebih-kurang normal pada hemat teman, dan tiba-tiba menjadi abnormal bila tiba ke perenggan yang satu ni - 


Berkerut-kerut dahi teman nak memahamkan maksud ayat tu. Adakah Nestle dah menjual jenama Maggi kepada Mamee Double-Decker? Oh, negatif... carian di Wikipedia pagi ni masih tak membariskan Maggi sebagai salah satu jenama bernaung di bawah Mamee.

Oh, iya juga. Mungkin teman dah terlebih fikir ni. Si penulis mungkin cuba maksudkan dengan menaip 'maggi' dengan semua huruf kecil tu, sebagai sejenis mi, macam mi sup, mi goreng, Miss Universe... eh silap! Miss tak masuk dalam senarai tu. Tapi, ada ke perkataan 'maggi' dalam Kamus Dewan yang selama ni menjadi rujukan utama bahasa kita? Itu teman kurang periksa la ye. Mohon bantuan sikit untuk sahkan hal ni.

Dan, ada juga teman terfikir kemungkinan lain. Mungkin juga penulis ni jenis yang memanggil semua ubat gigi dengan nama Colgate, minuman coklat menggunakan serbuk koko masakan yang dijual di pasar malam dipanggil Milo, segala jenis bekas makanan dari material plastik diberi nama Tupperware, dan tak ketinggalan juga... parti politik boleh dipanggil kerajaan. Mudah juga bunyinya tu - mi segera panggil aje 'maggi'. Tak kisah la jenama apa sekalipun.

Teman rasakan entri ni dah terlebih panjang, hanya sekadar motifnya teman nak menyampaikan maksud yang mudah aje - maklumat kena betul, baru pembaca tak rasa macam nak dibodoh-bodohkan. Simple je kan?

OK, cukup la kot. Sekarang ramai yang faham kenapa teman memilih surat khabar English. Bukanlah terbitan tu sempurna sebab dek bahasanya, dan sebaliknya tak cela pun bila guna bahasa kebangsaan kita. Cuma, berhentilah bagi maklumat yang misleading kepada masyarakat. Tak kira la maklumat tu penting ke remeh-temeh. Asalkan ia fakta, masih perlu ia dijaga sebab itulah sebahagian dari etika penulisan. Iye tak?

Sekian la bebelan panjang teman untuk kali ni. Wassalam...

Comments

  1. Salam tuan..
    nak tambah satu lagi, lampin. Tak kira la jenama apa pun, tetap orang panggil pampers :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih kih kih! Betui tu... dia pegi mini market, selamba je tanya, "Dik, 'pampers' PETPET kat mana ye?". Hahaha.

      Delete
  2. hehehe.. org ramai mmg selalu ingat maggi dan mamee adalah satu benda yg sama walhal ianya berbeza~ huu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

KFC : Yang Ni OR Atau HS? Kompius Laaa...

Siapa tak suka ayam goreng? Susah nak jumpa la orang yang tak suka makan ayam goreng. Kalau nak jumpa pun mungkin satu dalam beribu-ribu orang. Kebiasaannya orang suka makan ayam goreng kan? Kalau korang beli ayam goreng KFC, yang mana satu pilihan korang? Original Recipe (OR) atau Hot & Spicy (HS)? Atau dua-dua pun korang balun satu macam je? Hahahaha. Setiap orang ada citarasanya tersendiri kan? Ada juga yang tak kisah walau macamana pun rasanya, tapi bila benda tu viral mesti dia nak cuba. Yang kategori ni dia pelik sikit. Dia sebenarnya bukan nak makan tapi nak kepuasan mencuba. Selagi tak cuba dia tak akan rasa puas. Ada satu perisa ayam goreng KFC yang tak pasti korang boleh merasa ke tak. Tapi benda ni ada dijual hari ni. OR bukan, HS pun bukan. Jenuh juga la tadi menyemak resit kot ada tersilap tekan pada mesin order layan diri tu. Manalah tau, tergatal tangan tercuit pilihan menu yang satu ni. Nampaknya, sah! Memang sah tak ada. Semuanya normal. Tak ada yang pelik pun.

Video Lagu Warisan - Sudirman Hj. Arshad

Benda yang baik biasanya datang dalam pelbagai perisa kan? Pizza, minuman coklat, yogurt dan jajan la contohnya. Orang olah jadi pelbagai perisa sampai tak jemu la peminatnya. Sama juga dengan lagu. Bagi teman, antara lagu patriotik yang paling teman suka dengor lagu Warisan, nyanyi Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Lagu ciptaan Syed Haron Ahmad ni memang liriknya ringkas, tepat dan menusuk ke hati tiap kali dengor. Bertepatan dengan insiden terhempasnya MH17 tahun ni yang mengorbankan ratusan nyawa, ada baiknya kita renungkan semula betapa syarikat penerbangan negara kita ni dah mula berkhidmat sejak zaman tv hitam-putih lagi. Tak tau la berapa berat, jerih payah semua yang terlibat dalam mematangkan Malaysia dalam industri penerbangan. Teman selitkan beberapa klip pendek yang sempat teman himpunkan berkaitan Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS, untuk renungan kita bersama, seiring dengan pembangunan negara dari waktu laungan 'Merdeka' yang pertama pada tahun 1957. Syyy... duduk