Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

'Gentleman' Sangat Ke Kau...???

Syyy... senyap je, dok rileks dan layan. Hehehe. Aaa... amacam, ok tak? Kekeke. Kepada peminat-peminat PSY, jangan marah ye. Saje je bergurau senda. Apa-apa pun, "Mak tuk, pak tuk cik tumeh! Mak tuk, pak tuk cik tumeh!". Tak kisah le apa maksudnya pun. Korang suka je kan? Ahahaha. Sekian untuk kali ni. Wassalam...

RUMAH TERES 2 TINGKAT UNTUK DIJUAL / DISEWA (Green View, Port Dickson)

Rumah teres 2 tingkat (double storey) dengan rekabentuk yang cantik dan praktikal di Taman Green View, Port Dickson untuk dijual atau disewa. Pelbagai kemudahan seperti lot-lot kedai, tempat percutian, institut-institut latihan, pusat sukan ekstrem, dengan jarak pemanduan hanya 5 minit. Taman tema air dan lebuhraya penghubung sedang giat dibangunkan. Hanya kira-kira 10 minit jarak dari Pantai Teluk Kemang. Harga jualan ditawarkan RM 310 ribu. Terus berhubung dengan pemilik untuk rundingan harga atau kadar sewaan. Azlan ( 019-3640580 ) Masziah ( 019-2416475 ) AGEN HARTANAH TIDAK DIPERLUKAN DAN TIDAK AKAN DILAYAN . Untuk bakal pembeli yang serius sahaja.

Kenapa Teman Suka Baca Paper Omputeh (English)

Aaa... udah lama benor teman tak membebel kan? Maklum le, bulan puasa. Tak elok le kalo emo sangat. Karang kot termaki atau terkutuk ke apa ke, kan tak bagus tu. Entri ni bukan le ber-nawaitu nak mengaibkan ke, menabur pasir ke dalam periuk nasik ke apa, cuma satu rasionalisasi yang jelas kenapa teman lebih selesa baca surat khabar Inggeris. Tak juga teman katakan paper bahasa kebangsaan kita tak bagus, cuma... iyalah, sebab ada cuma itulah teman kurang berkenan. Teringat lagi zaman teman muda belia a.k.a remaja dulu, ada wartawan datang buat intebiu pasal eksiden maut kat selekoh bahaya kampung teman tu. Orang yang kena intebiu tu pulak Pak Chu Ya, pangkat pakcik teman sendiri le. Betui-betui teman rasa macam ajaib je, bila keluor artikel tu kat surat khabar, lokasi kejadian dah tukor Kampung Gajah yang jaraknya lebih kurang 40 minit dari tempat kejadian, kalau korang pandu kereta. Aish... apa gila?! Kalau setakat ralat tu dalam dua ke lima kilometer, takde le teman rasa pelik. Ini k

Gambar-gambar Rawak Aidilfitri 1434H/2013M [Bhg. 3]