Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Razlan Kristal Ada Buat. Ko Ada...???

Pagi ni teman jalan-jalan kat pasar Shah Alam. Alaaa... tapak pasar besar kat depan Stadium Malawati tu. Biasa la kan, cari barang-barang persediaan nak raya.

Teman tak nak cerita panjang lebor sangat pasal raya le. Nanti korang bosan kan? Yang teman nak bebelkan kali ni tentang amal-amal tambahan di bulan puasa. Selalu kita dengor kat tv dengan radio, ramai artis dengan menteri-menteri dok selalu sebut, 'banyakkan amalan di bulan Ramadhan yang mulia ini...', 'banyakkan bersedekah', 'ingatlah selalu kepada yang kurang berkemampuan...', dan macam-macam lagi la.

Pernah tak korang terfikir, sama macam teman fikirkan tadi, betui-betui ke artis-artis dan menteri-menteri ni materialize apa yang diorang sebut, atau semua tu sekadar skrip penyedap di depan wartawan? Iye laaa... siapa tak nak wangi kan? Sedangkan orang lain dok acap kali pesan buat amal, yang kita ni buat bodo je kan...??? Haaa... kan? Haaa... Tak dapat le teman pastikan itu dipanggil buat bodo atau memang tak payah buat-buat dah.

OK, berbalik kepada pasar Shah Alam pagi tadi. Agak-agak teman terserempak dengan siapa? Haaa... dah tentu le Razlan (vokalis Kristal) kan? Kalo tak, takkan le teman letak nama dia kat tajuk entri ni. Nampak benor tak betuinya. Kekeke.



Wooo... ini rupanya program RTM yang teman ternampak van krew teknikalnya tadi. Ada program amal rupanya. Bak kata orang Banjor apa nama, kalo tak salah teman charity program ke apa ke dipanggilnya. Lebih kurang gitu le bunyinya.

Tersengih-sengih Razlan si kutu rock ni bertanya kat teman, 'dah beli ke bang?'. Aish... awok senyum aje le sambil ambik gambor dia guna henpon murah awok ni haaa. Ate, mana nak membuatnya. Bila terjumpa retis je, teman tak bawok kamera. Bila tak bawok kamera, masa itu le retis nak tunjuk muka. Hehehe.

Program ni namanya FULU$. Pada hemat teman, maksudnya duit le tu. Rancangan RTM ni. Tak pasti le kalo tayang masa raya nanti popular ke tak. Harap-harapnya gitu la ye? Bukan senang nak suruh orang camni jaja barang sambil berdiri tengah panas terik matahari kat pasar camtu kan? Kalau sebarang artis, mau jawabnya, 'tak siyor teman aih, apa kelasss...'.

Korang semua boleh la mula buat andaian sendiri, kunon teman nak jek je cerita pasal ni. Retis kan? Ada offer, ada bayor, diorang buat le kan? Ce kalo free, nak ke? Entah iye ada berbayor ke tidak, tak dapat le teman pastikan. Itu antara dia dengan pihak penerbitan le kan?

Yang penting, kita nak kena betuikan Pepsi kita, eh bukan! Persepsi kita, bila kita mula buat andaian sendiri. Kenapa kita mesti fikir arah negatif, bukan yang positif dan baik-baik je. Bersangka baik kan bagus?

Tak kisah la Razlan dan selebriti lain (termasuk Ana Raffali) buat semua tu dengan niat untuk buat kerja amal dengan ikhlas, nawaitu yang luhur, atau sebab dapat offer dan bayarannya berbaloi, tapi kita ni... Haaa... kita ni la kan? Ce fikir, ce fikir elok-elok, apa yang kurang kena dengan kita ni.

Kita yang nak bersangka buruk ni, kita ada buat tak? Kita ada buat tak macam pesan artis-artis dan menteri-menteri kat tv dan radio tu untuk banyakkan amal-amal tambahan di bulan yang mulia ni? Atau kita sama gak macam diorang, buleh buat bodo je. Sangka buruk kat orang pandai la.

Bukan teman katakan semua, tapi sebahagian la. Yang mana memang ada buat tu, teruskan la. Kalau boleh, jangan tunggu bulan Ramadhan je nak 'booking' anak-anak yatim untuk buat program-program amal macam buka puasa, kutipan derma. Nak bersadaqah ni tak payah tunggu musim, iye dak?

Apa-apa pun, tahniah dan syabas kepada Razlan dan artis-artis lain yang terlibat kerana memberikan contoh yang baik kepada masyarakat sekitar Shah Alam hari ini, yang sanggup bersusah-payah menjayakan program amal macam ni.

Sekian aje la bebelan teman untuk kali ni. Wassalam...

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu