Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Kotak Speaker (Speaker Box) DIY

Hmmm... teman tak rajin nak jelaskan secara terlalu teknikal, sebab teman sendiri sedia maklum, ini bukan cara terbaik untuk buat kotak speaker. Terlalu banyak kelemahan dari segi rekabentuk dan kualiti bahan. Antara paling nyata, teman tak buat lubang bulat ikut bentuk speaker, supaya kualiti bunyi yang keluar memang pada tahap paling selesa di telinga.



Apa-apa pun, teman nak berkisah tentang bagaimana teman sangat-sangat menghargai barangan lama yang jelas kualiti material dan buatannya jauh lebih tinggi dari apa yang ada di pasaran sekarang. Contohnya, pembesar suara atau speaker buatan Jepun ni, yang teman rasakan tak adil kalau dipencilkan di satu sudut di bilik hanya kerana bunyinya ada sedikit serak atau pecah.

Yang teman jumpa bila teman bukak kotak speaker tu, hanya beberapa panel jenis particleboard (papan dari jenis cantuman serpihan-serpihan kayu) yang memegang speaker tu, yang sudah separuh lerai (disintegrated, bak kata orang Banjor). Keadaan speaker, memang cantik, sempurna macam baru keluar dari kilang. Boleh lagi dibuat kotak baru, dan diberi nafas baru, untuk speaker lama yang berkualiti ni berkhidmat lebih lama lagi kan?


Bermodalkan kira-kira RM50, teman dapatkan papan lapis 9mm. gred B2 bersaiz 7 kaki x 3 kaki, dua batang kayu 1 inci x 1/2 inci, berpuluh-puluh batang paku dan skru, juga sekeping fiber saki-baki dari penapis akuarium . Apa lagi, kerja-kerja menukang pun berjalan.

Mengikut perangkaan asal, teman akan hasilkan sebuah kotak bersaiz 900mm. (panjang) x 300mm. (tinggi) x 200mm. (dalam), dan memang itu yang teman hasilkan, kira-kira 95% mengikut rekabentuk asalnya. Anggaran 5% tu sebab ada yang herot sana-sini, sikit-sikit sebab semua kerja-kerja tukang ni teman buat guna alat-alat tangan yang memang ada sikit masalah dengan ketepatan ukuran. Hehehe. Biasa le tu kan?





Mungkin ada yang bertanya, kenapa teman pasangkan speaker pada rangka kayu kan? Jawapan teman agak mudah dan berterus-terang. Di kampung memang tak ada sesiapa yang simpan jig-saw atau compass cutter untuk potong bulatan pada papan tu ikut bentuk dan diameter speaker. Jadi, penyelesaian paling praktikal masa tu, memang teman fikirkan hanya boleh buat rerangka macam tu aje la untuk pegang kedudukan speaker tu. Akan ada sikit lagi tambahan panel untuk kukuhkan pegangannya nanti, insyaAllah, teman akan update kat sini kalau berkesempatan.

Di bahagian belakang, teman pasangkan dinding dua lapis (double-wall) dengan jarak antara dinding tu 50mm. Ini sebabnya, teman nak jadikan kotak speaker ni sebagai portable audio system, atau sistem audio mudah alih. Akan ada beberapa kotak kecil, dan jek-jek penyambung di bahagian belakang kotak speaker ni nanti, jadi tempat untuk amplifier, pre-amplifier untuk mikrofon dan jek-jek untuk sambungkan unit ni kepada bekalan kuasa dan laptop/pemain DVD atau MP4.

Secara teknikalnya, teman gunakan konsep dua dinding ni untuk mengasingkan dinding dalam untuk speaker yang akan sedikit bergetar bila speaker berbunyi kuat, dan dinding bahagian luar untuk pasang barangan lain, yang perlukan tapak tidak/kurang bergetar. Ada jenis-jenis sambungan audio yang akan keluarkan bunyi seakan cengkerik kalau jek sambungannya bergetar. Tentu tak syiok la telinga kita dengar kan?

Buat masa ni teman sampai ke tahap menyimen tempat-tempat yang retak dan berlubang, yang akan digosok licin, dan sama rata dengan panel-panel luaran. Maklum laaa... nak nampak cantik kan? Murah takpe, yang penting kena nampak kemas, cantik dan mewah. Hehehe.

Seterusnya nanti teman akan tambah unit-unit tweeter, balut seluruh kotak sama ada dengan pelekat karbon fiber atau karpet nipis, pasang kain skrin untuk lindung bahagian depan speaker, dan akhirnya lengkapkan dengan alat-alat audio di bahagian belakang kotak. Teman belum buat pilihan lagi untuk pasangkan soket untuk kaki speaker setinggi 4-5 kaki, ataupun cukup dengan kaki boleh laras setinggi 1 inci, untuk teman letakkan unit ni di atas meja. Tunggu aje la ye, macamana hasilnya nanti.

Hmmm... teman rasa, setakat itu je la teman nak bebelkan pasal projek kotak speaker DIY teman ni. Harap-harap hasilnya sampai ke tahap yang teman jangkakan, insyaAllah.

Sekian, wassalam.

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu