Skip to main content

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

Candyshare.com.my


Boikot @stro, Ganti Dengan Njoi?

Huarrrghhh... Memang teman dah ngantuk ni. Tapi memandangkan ada rakan-rakan yang perlukan sedikit informasi berkaitan servis 'percuma' baru ni, maka teman kuatkan semangat untuk sediakan entri ni. Harap dapat jadi rujukan berguna kepada semua.

Seperti sedia maklum dek kaki-kaki bola seluruh Malaysia yang melanggan servis tv berbayar @stro, lebih-lebih lagi yang ada mengambil pakej sukan, pasti kebelakangan ni agak terkilan dan kecewa dengan penyedia perkhidmatan ni. Apa sebabnya? Iya, ada sesetengah pertemuan penting melibatkan skuad kebangsaan negara kita, Harimau Malaya tidak disiarkan secara langsung (live).

Antara alasan-alasan yang diberikan termasuklah - tidak dapat hak penyiaran, kos terlalu tinggi dan waktu siaran bertindan dengan acara sukan lain yang sama penting. Walau apapun justifikasi yang diberikan dek syarikat tu, pada pendapatan peribadi teman, tetap mendapat makian bergantang-gantang oleh peminat-peminat sukan tanah air. Dengan lain perkataan, kiranya tak jalan la alasan yang dibagi tu, senang cerita.

Kesannya besar terhadap reputasi @stro, lebih-lebih lagi kepada saluran-saluran sukannya. Memang teruk dihentam dek pelanggan. Ada juga yang mencetuskan idea untuk memboikot @stro, atau paling tidak berhenti melanggan pakej sukan. Bahkan... ada yang lebih 'maju ke hadapan', dengan menyeru semua pihak untuk beralih kepada perkhidmatan percuma yang baru, Njoi, dan hanya mengambil tambahan siaran secara prabayar jika berminat.




Nama Njoi ni memang dah hampir sebulan menarik perhatian teman, sejak iklannya disiarkan di tv. Ada ketawa kecil di hati teman bila teman tengok rupa 'kawah'nya boleh dikatakan 95% sama dengan apa yang ada di rumah teman. Apa tidaknya, hanya warna dan cetakan logo aje yang tak sama. Hehehe.

Lalu teman pun bodohkan diri bukak la laman web Njoi tu, guna alamat yang diiklankan. Syiok! Taip njoi.com.my, dapat tengok ni haaa...



Kah kah kah! Kelakor habis... Terang-terang kat header laman web tu tertulis - FREE SATELLITE TV FROM @STRO. Terkekek-kekek le teman gelak. Hehehe.

OK le tu, katakan free, maknanya tak payah bayor le kan - PERCUMA! Memang susah nak sediakan servis macam ni yang bakal bersaing dengan produk sedia ada, lebih-lebih lagi nak bersaing dengan servis sendiri kan?

Ambik langkah ke depan setapak lagi, teman pun rajin-rajinkan diri semak rekod pendaftaran nama domain njoi.com.my tu. Haish... lagi syiok gelak! Domain tu dah wujud sejak tahun 2011 lagi la. Dah lama dah. Dah lama dahhh... Bak kata Che' Det satu masa dulu.


Servis mula dibekalkan sejak tahun 2012 (merujuk teks kat video iklan tu la), manakala domain dah didaftarkan kira-kira setahun lebih awal. Bersangka baik, ini mungkin persediaan awal pihak yang terlibat kan? Haaa... kan? Kan...??? Haaa... kan?

OK, apa gunanya bebelan teman yang panjang lebar ni? Bagi teman mudah aje. Kita buat sesuatu, mesti ada asbab atau puncanya. Dalam konteks ni, dikatakan @stro dah gagal memenuhi kehendak pelanggannya. Fair enough, kata orang Banjor kan? Cuma, bagi teman sendiri la, melanggan Njoi dengan alasan memboikot @stro, satu perkara yang langsung tak bawa apa-apa makna secara urusniaga perniagaan.

Ia tak ubah macam kita marahkan syarikat telekomunikasi sebab terlebih caj kita di bil bulanan, dan kemudiannya kita memboikot servis tu lalu mengajak semua kenalan kita bertukar ke servis prabayar yang dibekalkan oleh syarikat yang sama. Boikot ke namanya tu? Macam marah-marah sayang le pulak ye? Ahahaha... Kelakor plak teman rasa.

Lebih baik, sebelum kita 'lancarkan' satu-satu tindakan tu biarlah dengan  sebab yang betul dan pasti benar. Jangan biarkan diri kita dimalukan dek kejahilan sendiri.

Lebih kurang ceritanya, teman tetap menyokong tindakan beralih kepada Njoi, bukan kerana memboikot @stro, tetapi mengambil-kira faktor ekonomik. Kepada yang selama ni ambil pakej asas RM42 semata-mata nak tengok berita dan drama di waktu maghrib, boleh jimatkan duit tu untuk beli dua kampit beras 5kg setiap bulan. Ia lebih berbaloi untuk mengimbangi kos kenaikan harga ayam (ini tak termasuk kos ayam hidup yang disewa - PULAK!)

Jelas kan apa mesejnya? Buat sesuatu, biar dengan ilmu, bukan dengan emosi luar kawalan. Idak gitu yeop? Hmmm... Sekian aje le untuk entri kali ni ye. Wassalam...

Comments

  1. Tanpa Nama6/8/16 3:37 pm

    Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
    Harga murah kasi.
    Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
    Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
    Whatsapp sy 013-3332502

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

KFC : Yang Ni OR Atau HS? Kompius Laaa...

Siapa tak suka ayam goreng? Susah nak jumpa la orang yang tak suka makan ayam goreng. Kalau nak jumpa pun mungkin satu dalam beribu-ribu orang. Kebiasaannya orang suka makan ayam goreng kan? Kalau korang beli ayam goreng KFC, yang mana satu pilihan korang? Original Recipe (OR) atau Hot & Spicy (HS)? Atau dua-dua pun korang balun satu macam je? Hahahaha. Setiap orang ada citarasanya tersendiri kan? Ada juga yang tak kisah walau macamana pun rasanya, tapi bila benda tu viral mesti dia nak cuba. Yang kategori ni dia pelik sikit. Dia sebenarnya bukan nak makan tapi nak kepuasan mencuba. Selagi tak cuba dia tak akan rasa puas. Ada satu perisa ayam goreng KFC yang tak pasti korang boleh merasa ke tak. Tapi benda ni ada dijual hari ni. OR bukan, HS pun bukan. Jenuh juga la tadi menyemak resit kot ada tersilap tekan pada mesin order layan diri tu. Manalah tau, tergatal tangan tercuit pilihan menu yang satu ni. Nampaknya, sah! Memang sah tak ada. Semuanya normal. Tak ada yang pelik pun.

Video Lagu Warisan - Sudirman Hj. Arshad

Benda yang baik biasanya datang dalam pelbagai perisa kan? Pizza, minuman coklat, yogurt dan jajan la contohnya. Orang olah jadi pelbagai perisa sampai tak jemu la peminatnya. Sama juga dengan lagu. Bagi teman, antara lagu patriotik yang paling teman suka dengor lagu Warisan, nyanyi Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Lagu ciptaan Syed Haron Ahmad ni memang liriknya ringkas, tepat dan menusuk ke hati tiap kali dengor. Bertepatan dengan insiden terhempasnya MH17 tahun ni yang mengorbankan ratusan nyawa, ada baiknya kita renungkan semula betapa syarikat penerbangan negara kita ni dah mula berkhidmat sejak zaman tv hitam-putih lagi. Tak tau la berapa berat, jerih payah semua yang terlibat dalam mematangkan Malaysia dalam industri penerbangan. Teman selitkan beberapa klip pendek yang sempat teman himpunkan berkaitan Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS, untuk renungan kita bersama, seiring dengan pembangunan negara dari waktu laungan 'Merdeka' yang pertama pada tahun 1957. Syyy... duduk