Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

Boikot @stro, Ganti Dengan Njoi?

Huarrrghhh... Memang teman dah ngantuk ni. Tapi memandangkan ada rakan-rakan yang perlukan sedikit informasi berkaitan servis 'percuma' baru ni, maka teman kuatkan semangat untuk sediakan entri ni. Harap dapat jadi rujukan berguna kepada semua. Seperti sedia maklum dek kaki-kaki bola seluruh Malaysia yang melanggan servis tv berbayar @stro, lebih-lebih lagi yang ada mengambil pakej sukan, pasti kebelakangan ni agak terkilan dan kecewa dengan penyedia perkhidmatan ni. Apa sebabnya? Iya, ada sesetengah pertemuan penting melibatkan skuad kebangsaan negara kita, Harimau Malaya tidak disiarkan secara langsung ( live ) . Antara alasan-alasan yang diberikan termasuklah - tidak dapat hak penyiaran, kos terlalu tinggi dan waktu siaran bertindan dengan acara sukan lain yang sama penting. Walau apapun justifikasi yang diberikan dek syarikat tu, pada pendapatan peribadi teman, tetap mendapat makian bergantang-gantang oleh peminat-peminat sukan tanah air. Dengan lain perkataan, kiranya tak

Razlan Kristal Ada Buat. Ko Ada...???

Pagi ni teman jalan-jalan kat pasar Shah Alam. Alaaa... tapak pasar besar kat depan Stadium Malawati tu. Biasa la kan, cari barang-barang persediaan nak raya. Teman tak nak cerita panjang lebor sangat pasal raya le. Nanti korang bosan kan? Yang teman nak bebelkan kali ni tentang amal-amal tambahan di bulan puasa. Selalu kita dengor kat tv dengan radio, ramai artis dengan menteri-menteri dok selalu sebut, 'banyakkan amalan di bulan Ramadhan yang mulia ini...', 'banyakkan bersedekah', 'ingatlah selalu kepada yang kurang berkemampuan...', dan macam-macam lagi la. Pernah tak korang terfikir, sama macam teman fikirkan tadi, betui-betui ke artis-artis dan menteri-menteri ni materialize apa yang diorang sebut, atau semua tu sekadar skrip penyedap di depan wartawan? Iye laaa... siapa tak nak wangi kan? Sedangkan orang lain dok acap kali pesan buat amal, yang kita ni buat bodo je kan...??? Haaa... kan? Haaa... Tak dapat le teman pastikan itu dipanggil buat bodo atau mema

Biskut Cip Coklat (Chocolate Chip Cookies)

Saje je ni, tolong promote bisnes kawan lama. Jom kita tengok apa yang dia jual. (Teks disalin dan dipinda dari iklan asal di FB - kes malas nak taip panjang-panjang. Hehehe) "Hmmm, bau apa ni mama? Chocolate Chip Cookies la..." Tempahan untuk Hari Raya 2013 telah dibuka. Pelbagai saiz dari RM4 - RM 32 (tanpa kekacang). Sesuai untuk buah tangan, hadiah korporat, juadah raya (saiz 350 gram dan 450 gram) atau sadaqah untuk anak-anak yang kurang berkemampuan. SENARAI HARGA : a.) 6 keping, kotak empat segi - RM 4.00 b.) 12 keping, bekas bulat - RM 6.00 c.) 20 keping, kotak empat segi - RM 10.00 d.) 350 gram, balang bulat, lebih kurang 50 keping - RM 25.00 e.) 450 gram, balang bulat, kandungan lebih 50 keping - RM 32.00 Nota - Saiz a dan b untuk tempahan kuantiti besar sahaja.  KAEDAH PENGHANTARAN : i.) Ambil Sendiri - KLCC dan Sri Gombak ii.) Kawasan Penghantaran - Sri Gombak, Setapak, Batu Caves. (Penghantaran untuk tempahan besar boleh dirunding) Untuk tempahan sila me

Majlis Berbuka Puasa Geng BraderPET.com - 1434H/2013M

Untuk yang berminat, sila berikan nama dan nombor telefon untuk tujuan pengesahan (jika perlu). Yang tak ikut tarawih, kalau nak sambung lepak lepas pukul 9 malam, ada banyak port 24 jam kat area tu. (Syed, Al-Fareez... dll.) Sila terus ke laman FB Event :  https://www.facebook.com/events/408937735892250/ Sekian, terima kasih. Wassalam...

Kotak Speaker (Speaker Box) DIY

Hmmm... teman tak rajin nak jelaskan secara terlalu teknikal, sebab teman sendiri sedia maklum, ini bukan cara terbaik untuk buat kotak speaker . Terlalu banyak kelemahan dari segi rekabentuk dan kualiti bahan. Antara paling nyata, teman tak buat lubang bulat ikut bentuk speaker , supaya kualiti bunyi yang keluar memang pada tahap paling selesa di telinga. Apa-apa pun, teman nak berkisah tentang bagaimana teman sangat-sangat menghargai barangan lama yang jelas kualiti material dan buatannya jauh lebih tinggi dari apa yang ada di pasaran sekarang. Contohnya, pembesar suara atau speaker buatan Jepun ni, yang teman rasakan tak adil kalau dipencilkan di satu sudut di bilik hanya kerana bunyinya ada sedikit serak atau pecah. Yang teman jumpa bila teman bukak kotak speaker tu, hanya beberapa panel jenis particleboard (papan dari jenis cantuman serpihan-serpihan kayu) yang memegang speaker tu, yang sudah separuh lerai ( disintegrated, bak kata orang Banjor). Keadaan speaker , memang cantik

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Selangor 1434H / 2013M

Huhuhu... ada juga yang segan-segan nak mengaku yang dia belum ada jadual penting ni kan? Takpe la. Mungkin juga kesibukan urusan harian tu sampai nak buat benda-benda macam ni kurang la ada masanya kan? Ini memang dah lumrah kehidupan zaman moden ni. Ramai yang berharap kat azan di surau atau masjid, dan ada juga yang bergantung sepenuhnya kat siaran tv dan radio kan? Bagi yang rasakan jadual berbuka puasa dan imsak ni penting, ini teman sempat sediakan jadual bagi kawasan-kawasan di negeri Selangor. Harap-harap dapat la dimanfaatkan ye.   Untuk negeri-negeri lain, boleh dapatkan jadual bagi negeri dan wilayah masing-masing dari sumber yang sama teman dapatkan jadual ni ye.  Ini alamatnya - http://apps.islam.gov.my/efalak/takwim-fenomena   Setakat ini aje la ye untuk kali ni. Wassalam...

Perkhidmatan Atas Talian Yang Kelakar

Dari pemerhatian teman secara peribadi aje ni. Kalau yang lain ada nak tambah, sila-sila la ye. Hehehe. Antara perkara kelakar (yang tak kelakar pun) anda mungkin jumpa di laman-laman web ker@jaan (disebut 'sesetengah pihak', secara amnya) -   a.) di bahagian penerangan, ada fungsi yang dicari, ada juga panduan dan borang-borang untuk diisi di atas talian ( online ), tapi bila dibuka sama ada langsung tak berfungsi atau anda perlu download file DOC, XLS, PDF dan lain-lain format, cetak borang tersebut, isi dengan pen dan hantar ke pejabat  - AWAS ketika anda pergi ke pejabat mereka, ada kemungkinan anda perlu meniti di atas talian telefon b.) penerangan cukup panjang lebar yang boleh anda patuhi langkah demi langkah, tetapi anda mungkin sebenarnya sedang diarahkan ke bahagian yang mula-mula sekali  - running in circles , kata orang Banjar c.) anda sudah memilih Bahasa Melayu, tetapi selepas beberapa klik mengikuti arahan di laman web tersebut, dengan tiba-tiba anda s