Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI: Burger Bebola Daging

Haaa... entri resipi lagi. Kekeke. Ini kali la, resipinya untuk buat makanan segera aje. Biasanya korang makan burger yang bulat leper macam UFO tu kan? Teman buat burger yang lain sikit la ye.


Tak le pelik mana pun. Cuma, burger teman ni tak guna roti burger bulat tu, dan dagingnya bukan leper, tapi bentuk bebola. Iye laaa. Kalau tak silap teman, orang Banjor panggil meatball le rasanya. Bebola daging yang biasa kita guna buat bakso tu. Entah le... mungkin juga ada yang bukan Jawa, langsung tak kenal spesis sup bakso tu.

Teman tak perlu senaraikan keseluruhan bahannya sebab selain dari guna roti panjang dan bebola daging, takde le apa beza bahannya pun. Ikut aje langkah-langkahnya yang mudah sesangat ni. Oh, lupa nak bagitau. Kalau tak ada kuali leper, tak payah risau sebab burger ni langsung takde proses goreng atas kuali tu. Haaa. Itu nak kabor tu...

Memula korang masak bebola daging guna oven microwave atau jenis elektrik pun boleh. Teman set ke 600 Watt, masanya sepanjang 10 minit. Akan jadi macam ni ha lebih kurang -


Keluarkan dari oven, biarkan sejuk. Sementara tu, boleh sediakan bahan-bahan lain. Potong la timun Jepun, tomato, salad, kubis, bawang besar, lada benggala... ikut suka korang la nak letak sayur apa pun. Ikut selera masing-masing.

Untuk roti, potong keju jadi jalur-jalur selebar lebih kurang seinci, susun dalam alur roti. Ini nanti jadi gam, tak bagi bebola daging tu bergolek-golek, jatuh masa kita makan. Amacam konsepnya? Hahaha.


Selit-selitkan sayur-sayuran di tepi-tepi belahan roti dan susun bebola daging kat bahagian tengah belahan roti. Letak sejalur lagi keju di atas bebola daging. Bior secure kat situ, takde le nak makan karang risau lintang-pukang jadinya nak menyambut bebola daging tu kan? Haaa... kan?


Panaskan dalam oven dengan suhu yang sama, tapi kali ni masanya pendek aje. Kira-kira tiga sampai lima minit cukup la. Jenguk-jenguk sikit dalam oven tu, takut keju cair sangat sampai meleleh ke tepi, atau sayur-sayur jadi layu sangat ke, hangus terus ke. Oven ni tak sama sifatnya. Kena rajin-rajin sikit la.

Haaa... dah cukup masa, keluarkan dari oven. Jalurkan atas bebola daging tu sos lada hitam. Kalau yang tak suka lada hitam, guna aje sos cili. Tapi, untuk teman, kalau dah alang-alang kita guna bebola daging yang memang sedap, rasa semulajadi, lembut, empuk, teksturnya halus... lagi baik kita guna sos lada hitam. Lagi tambah kick la rasanya.

Jadi macam dalam gambor kat bawah ni ha. 


Oh, iye tak ye juga. Yang jalur putih kat atas tu mayonis biasa aje. Kalau yang tak suka mayonis, tak payah le letak.


Lagi satu pasal telur. Jangan kita terlalu terikut-ikut dengan istilah 'burger spesel'. Bila spesel, maka kena letak telur. Hmmm... untuk burger bebola daging macam ni, lagi baik jangan banyak sangat letak benda-benda tak perlu. Nanti jadi rugi aje kita beli bebola daging mahal-mahal, tapi tak dapat nak merasa jus dari daging tu. Tak le syiok kan?

Hmmm... cukup la untuk kali ni ye. Wassalam...


Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu