Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

Satu Langkah Pertama, Membuka Seluas Pandangan, Mewujudkan Peluang...

Tajuk macam semangat sangat aih. Udah bunyi macam orang kempen Em El Em pun ada. Hahaha. OK, teman cuma nak kongsikan beberapa gambar yang teman sempat rakamkan sepanjang proses membangunkan satu perniagaan baru untuk keluarga teman. Sila-sila la jamu mata ye.   Macamana? OK tak? Teman berharap projek ni mampu membuka peluang untuk adik-adik teman dalam merubah gaya hidup masing-masing. InsyaAllah. Teman dah cukup letih rasanya. Baru je balik dari sesi perbincangan dengan sahabat-sahabat teman cara-cara cemana nak promosikan bisnes kecil-kecilan ni untuk naik ke satu tahap yang lebih tinggi. Cukup untuk kali ni ye? Wassalam...

Promosi Jubah Denim dan Kain Pasang Pra-Raya (Masziah e-Shoppe)

    Tempahan terus ke agen jualan Kota Damansara (Cik Anne) atau cash and carry sekitar Sungai Buloh - Kota Damansara sahaja.

Kadang-kadang Terpaksa Juga Mengumpat

Entah la. Teman tak tau le kalo ini nak dikategorikan mengumpat ke tidak. Nak kata bukan ngumpat, kalo menyebut perihal orang kat belakang tu memang dah buleh panggil ngumpat. Tapi, nak ditegur berdepan pulak, teman teringat satu ayat ni - “Jika engkau mengatakan kepada sahabatmu “dengarkanlah (khutbah)” padahal imam pada waktu itu sedang berkhutbah, maka sesungguhnya engkau benar-benar telah berkata sia-sia.” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Kalau macam tu, teman rasa gambar di bawah ni mampu bagi penjelasan yang terbaik la kot, pada hemat teman la kan... Sepasang merpati dua sejoli sejenis ni memang kitorang kerap nampak kat mesjid tempat kitorang biasa solat Jumaat. Kira baguih benor dah tu. Rajin ke mesjid ye idak? Cuma... yang teman dengan kengkawan rasa macam aneh sangat ni, dedua diorang ni tak reti nak berenti pulak bercerita pasal unibesiti le, kolej le. Kalo teman kumpul buat skrip drama, rasa jumlah episodnya buleh kalah le drama bersiri dari seberang tu, dan lebih

RESIPI: Burger Bebola Daging

Haaa... entri resipi lagi. Kekeke. Ini kali la, resipinya untuk buat makanan segera aje. Biasanya korang makan burger yang bulat leper macam UFO tu kan? Teman buat burger yang lain sikit la ye. Tak le pelik mana pun. Cuma, burger teman ni tak guna roti burger bulat tu, dan dagingnya bukan leper, tapi bentuk bebola. Iye laaa. Kalau tak silap teman, orang Banjor panggil meatball le rasanya. Bebola daging yang biasa kita guna buat bakso tu. Entah le... mungkin juga ada yang bukan Jawa, langsung tak kenal spesis sup bakso tu. Teman tak perlu senaraikan keseluruhan bahannya sebab selain dari guna roti panjang dan bebola daging, takde le apa beza bahannya pun. Ikut aje langkah-langkahnya yang mudah sesangat ni. Oh, lupa nak bagitau. Kalau tak ada kuali leper, tak payah risau sebab burger ni langsung takde proses goreng atas kuali tu. Haaa. Itu nak kabor tu... Memula korang masak bebola daging guna oven microwave atau jenis elektrik pun boleh. Teman set ke 600 Watt, masanya sepanjang 10 min

Sekitar Majlis Perkahwinan Juridah & Taufik - 1 Jun 2013 [BHG. 3]

... dari Bahagian 2 . Haaa... dah selesai semua tiga bahagian koleksi gambor-gambor rawak teman untuk kali ni ye. Sekian... Wassalam...