Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI: 'Flip-Over' Apam a.k.a Apam Balik

Hehehe. Yappadaaa... sekali flip-over apam le pulak. Lebih ngarut, karang kompius sendiri je.



Entri macam ni tak penting sangat kot, cuma nak menyediakan satu alternatif kat orang yang tak reti makan manis (macam teman ni haaa). Sebut aje apam balik, memang dah tau manis ke idak benda ni. Ditabur gula, letak susu atau krimer manis lagi. Perghhh... memang hampir pasti, teman tak boleh makan benda tu.

Jadi, kalau dah tak makan manis tu, nak merasa juga, kena la buat sendiri kan? Ni teman kongsikan resipi apam balik kurang manis, kurang lemak dan kurang minyak. Harap-harap dapat dimanfaatkan sesama le ye, insyaAllah...


BAHAN-BAHAN :

1 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk krimer (dilarutkan dengan 1 cawan air suam)
2 biji telur gred B
3-6 sudu gula kasar (ikut selera la nak kurang manis ke nak biasa je)
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk soda bikarbonat
4 sudu besar jagung krim
3 sudu besar kacang tanah (goreng kering dan tumbuk hingga hancur)
2 sudu besar serbuk roti (kalau suka rasa rangup-rangup sikit)
1 piring kecil gula kasar (untuk ditabur jika mahu tambah manis)
2 sudu besar marjerin (kalau nak tambah rasa masin, atau guna untuk menggris kuali)


CARA PENYEDIAAN :

a.) Pukul telur hingga berbuih. Tambahkan dengan gula kasar, pukul lagi hingga gula larut.

b.) Tuangkan bancuhan krimer dan pukul lagi hingga bancuhan sekata. Masukkan tepung beras, tepung gandum, serbuk penaik, serbuk soda dan garam.

c.) Kacau sampai rata keseluruhan bancuhan, sampai la jadi macam dalam gambor kat bawah ni. Kalau nampak pekat sangat, boleh tambah sikit-sikit air suam sambil kacau perlahan-lahan.



d.) Panaskan kuali rata jenis tak lekat (kalau tak ada, terpaksa la guna minyak atau marjerin sikit buat gris). 

e.) Perlahankan api untuk elakkan tepung jadi berlapis-lapis. Cedok bancuhan tepung, tuang dan ratakan nipis-nipis atas kuali rata. Yang tak suka rangup, boleh buat tebal sikit.

f.) Bahagian atas tepung akan mula berbuih-buih. Taburkan sikit gula kasar, jagung krim dan kacang tanah hancur. Yang suka rangup, boleh taburkan serbuk roti sekali. Letakkan setengah sudu marjerin kalau nak rasa masin sikit.


g.) Bila dah cukup masak, bahagian bawah tepung jadi warna perang sikit. Gunakan sudip untuk lipat dua apam yang dah hampir siap tu. Alihkan dari kuali, biarkan sejuk sikit.

h.) Dah siap pun! Boleh la potong-potong ikut suka hati cemana yang korang nak.



Itu aje la caranya teman buat flip-over apam, ikut citarasa teman ni. Korang nak tambah manis, tambah masin, ikut pandai korang la nak ekjas cemana pun. Hehehe. Lagi satu, kalau korang jenis yang suka makan wangi-wangi, boleh gak tambah esen vanila dalam bancuhan tepung tu.

Sekian aje la untuk kali ni ye. Wassalam...

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu