Skip to main content

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

Candyshare.com.my


Remedi Semulajadi Untuk Sakit Tekak

Hmmm... sakit tekak tak syok kan? Teman dah tiga hari sakit tekak ni. Siap batuk berkahak lagi. Tak lain tak bukan, kena jangkitan le ni. Rata-rata geng opis teman dah kena penyakit ni.

Kelmarin teman dah pegi klinik, tapi seperti yang teman jangkakan dari awal lagi, pegi klinik ni setakat nak dapatkan MC je la. MC... sijil cuti sakit kan? Bukan apa, teman ni sendiri le. Biasanya teman tak berapa serasi dengan ubat-ubat doktor. Kiranya macam kolot juga la teman ni. Perubatan moden tak berapa nak jalan le. Bila telan je ubat, bukannya teman ni rasa makin baik, tapi jadi mabuk macam ayam berak kapur dah layaknya.

Malam tadi teman memulakan operasi seperti biasa. Remedi semulajadi...!!! Apa ke bendanya tu? Jeng-jeng-jeng! Hehehe.


Teman gunakan madu asli, limau nipis dengan teh halia. Kalau tak ada teh halia, buleh aje racik-racik halia tua. Memang itu cara asalnya. Saje je teman guna uncang teh halia ni. Dah alang-alang ada kan?

Cara penyediaannya macam teh O biasa aje. Tuang dua sudu makan madu, perah sebiji limau, tambah halia dengan teh. Lepas tu apa lagi... tuang aje la air panas.

Jadi la macam ni ha -


Minum la masa suam-suam lagi. Hirup sikit-sikit. Jangan main tuang je sampai habis. Hehehe. Rasanya macam teh O limau madu la, cuma ada rasa pedar sikit kat lidah sebab ada tambah halia. Takde la teruk mana pun rasanya kalau nak dibezakan dengan ubat moden tu.

Alhamdulillah, malam tadi dapat gak tidur lena. Takde terganggu dek batuk-batuk lagi. Malam ni teman buat lagi la, selagi tak lega sepenuhnya.

Kepada sesiapa yang nak cuba, boleh la ye. Mana le tau, kot serasi kan?

Sekian je la ye. Wassalam... 

Comments

  1. thanks for the petua.... selalu je sakit tekak... btw done follow u - Noob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Sama-sama. Ada sikit ilmu, kongsi sama-sama, tak rugi apa-apa kan? :-)

      Delete

Post a Comment

Popular Kini

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

KFC : Yang Ni OR Atau HS? Kompius Laaa...

Siapa tak suka ayam goreng? Susah nak jumpa la orang yang tak suka makan ayam goreng. Kalau nak jumpa pun mungkin satu dalam beribu-ribu orang. Kebiasaannya orang suka makan ayam goreng kan? Kalau korang beli ayam goreng KFC, yang mana satu pilihan korang? Original Recipe (OR) atau Hot & Spicy (HS)? Atau dua-dua pun korang balun satu macam je? Hahahaha. Setiap orang ada citarasanya tersendiri kan? Ada juga yang tak kisah walau macamana pun rasanya, tapi bila benda tu viral mesti dia nak cuba. Yang kategori ni dia pelik sikit. Dia sebenarnya bukan nak makan tapi nak kepuasan mencuba. Selagi tak cuba dia tak akan rasa puas. Ada satu perisa ayam goreng KFC yang tak pasti korang boleh merasa ke tak. Tapi benda ni ada dijual hari ni. OR bukan, HS pun bukan. Jenuh juga la tadi menyemak resit kot ada tersilap tekan pada mesin order layan diri tu. Manalah tau, tergatal tangan tercuit pilihan menu yang satu ni. Nampaknya, sah! Memang sah tak ada. Semuanya normal. Tak ada yang pelik pun.

Video Lagu Warisan - Sudirman Hj. Arshad

Benda yang baik biasanya datang dalam pelbagai perisa kan? Pizza, minuman coklat, yogurt dan jajan la contohnya. Orang olah jadi pelbagai perisa sampai tak jemu la peminatnya. Sama juga dengan lagu. Bagi teman, antara lagu patriotik yang paling teman suka dengor lagu Warisan, nyanyi Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Lagu ciptaan Syed Haron Ahmad ni memang liriknya ringkas, tepat dan menusuk ke hati tiap kali dengor. Bertepatan dengan insiden terhempasnya MH17 tahun ni yang mengorbankan ratusan nyawa, ada baiknya kita renungkan semula betapa syarikat penerbangan negara kita ni dah mula berkhidmat sejak zaman tv hitam-putih lagi. Tak tau la berapa berat, jerih payah semua yang terlibat dalam mematangkan Malaysia dalam industri penerbangan. Teman selitkan beberapa klip pendek yang sempat teman himpunkan berkaitan Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS, untuk renungan kita bersama, seiring dengan pembangunan negara dari waktu laungan 'Merdeka' yang pertama pada tahun 1957. Syyy... duduk