Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Gambar-gambar Rawak Ekspo Beli Barangan Malaysia 2013

Hari ni, 19 Mei 2013 ialah hari penutup Ekspo Beli Barangan Malaysia 2013 yang dijalankan di Dewan 5 dan 6 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Teman tak berminat nak menaip terlalu panjang sebab entri ni banyak gambar yang lebih berkesan untuk menjelaskan, berbanding dengan teks.

Ini aje yang sempat teman rakamkan sepanjang dua jam di lokasi ekspo tu. Sila la ye, jamu mata.



































































OK, secara peribadinya teman sebagai seorang yang kerap ke pameran, ekspo dan lain-lain program yang besar sampai tahap kebangsaan macam ni merumuskan bahawa selain dari booth Bank Rakyat, Modenas, Proton, Goodnite, SweetDream, ELV dan sebilangan kecil syarikat-syarikat peserta yang lain, juga booth penganjur sendiri, bolehlah teman katakan kira-kira 60% dari peserta yang lain tidak bersungguh-sungguh dalam mempromosi produk dan identiti jenama sendiri.


Ada syarikat yang langsung tak pasang kain rentang atau papan tanda jenama, ada yang kain rentangnya renyuk, terlalu kecil dan tak menarik, dan ada juga yang meletakkan kerusi plastik di atas lantai disandarkan di depan meja pameran. Tak rasa macam di ekspo, tapi lebih kepada pasar malam yang dibuat di bawah bumbung, dalam bangunan yang sewanya mahal.

Ringkasnya, teman mengklasifikasikan suasana di tapak event ini sebagai terlalu selekeh (maaflah, terlalu jujur). Memang itulah yang teman rasakan. Kalau tak percaya, semua perkara yang teman sebutkan di perenggan atas ni memang dapat dilihat jelas dalam gambar-gambar yang teman ambil hari ni. Silakan, semaklah semula.

Kepada penganjur, teman mengharapkan agar dapatlah disediakan satu garis panduan kepada syarikat-syarikat peserta untuk dipatuhi. Tak ada la orang pandang program ni macam main pondok-pondok di batas sawah. Yup! Jujurnya, event ni tak layak dihoskan di KLCC yang memang dikenali sebagai salah satu lokasi yang disegani.

Sekian sahaja bebelan sederhana panjang dari teman untuk kali ni. Wassalam...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba