Skip to main content

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

Candyshare.com.my


ALT.TO Burger Berjenama Dari Restoran Makanan Segera

Hahahaha... haaa... haaa... haaachium! Brrrr... Alhamdulillah. Pedihnya idong ni. Tapi takpe, tak jadi masalah besor sangat kot, insyaAllah.

Entri kali ni teman nak bercerita pasal pengalaman pertama teman beli burger di Ramly Kiosk. Jangan kelentong le. Ramai yang tak pernah tau benda ni wujud di muka alam. Hahaha.

Bagi yang tak pernah tengok tu, ni ha rupanya kiosk burger tu -



Tempatnya? Yang dalam gambor ni letaknya di medan selera dalam bangunan Aeon Big, Kota Damansara.

Kalau sesiapa yang agak teliti, akan ternampak poster iklan ni... Adik-adik pompuan yang ada SPM, tak ada apa nak buat kat rumah, boleh la mohon kerja ni kot.


Sempat teman sembang dengan salah sorang operator kiosk tu. Dia kata sales kurang sikit hari Jumaat sebab kena tutup rehat dua jam waktu solat Jumaat. Tak ada pekerja pompuan katanya. Haaa... 

Teman sebenornya tak nak le expect tinggi sangat pun. Bagi teman, burger Ramly ni siapa tak kenal? Dari peti sejuk beku, sampai la ke gerai tepi jalan, memang senang-senang aje buleh dapat produk-produk Ramly. Lebih kurang, rasanya pun teman dah tau.

Apa yang tinggal untuk teman nilaikan? Hanya saiz hidangan, olahan pembungkusan dan, best part KUALITI SERVIS. Itu akan menjadi kayu ukur utama rasanya.

Baiklah... selepas menunggu kira-kira 15 minit, makanan yang teman tempah tu pun siap la. Dua burger oblong ala-carte dan dua lagi burger oblong set. Pembungkusannya boleh dikatakan menarik sebab makanan diasing dalam beg kertas sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik.



Bagi teman, idea tu memang kena sangat dah dengan cara yang teman suka. Burger yang dibungkus macam tu dapat elakkan aromanya, wap panas keluar dan boleh elakkan makanan-makanan yang kecik-kecik macam kentang goreng dari bersepah-sepah dalam beg plastik, terkena tin air minuman. OK kan?

Sampai je rumah, teman cuba dapatkan idea macamana nak bagi korang tengok keseluruhan barang-barang yang teman dah beli dari Ramly Kiosk malam tu. Hmmm. Jelas tak?


Burger oblong ni kecik sikit dari yang jual kat gerai tepi jalan tu, tapi bagi teman pulak, untuk makan malam dah boleh sangat le besor tu. Kalo besor sangat karang kot terlebih makan le pulak kan?

Cuba teka, berapa yang teman belanjakan untuk makanan-makanan tu? Ehem! Ehem! RM20 hengget pun tak habis korang tau? Belas-belas hengget je pun, buleh gak makanan burger berjenama dan dapat perasaan 'grand' yang sama masa korang jinjit beg plastik WakDonel's, Ayam Goreng Kenkaki dan A & Dabel U.


Aaa... kalo ada yang nak mencuba, buleh le ye? Teman nak rehat dulu. Kepala dah berat benor rasanya ni. Tersilap makan ubat gamaknya. Hehehe.

Sekian aje le ye. Wassalam...

Comments

  1. banyak ni... murah pula tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah... memang murah pun. Kena didik diri sendiri dan generasi akan datang untuk mengamalkan membeli produk, bukan membayar brand royalty. :-)

      Delete

Post a Comment

Popular Kini

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

KFC : Yang Ni OR Atau HS? Kompius Laaa...

Siapa tak suka ayam goreng? Susah nak jumpa la orang yang tak suka makan ayam goreng. Kalau nak jumpa pun mungkin satu dalam beribu-ribu orang. Kebiasaannya orang suka makan ayam goreng kan? Kalau korang beli ayam goreng KFC, yang mana satu pilihan korang? Original Recipe (OR) atau Hot & Spicy (HS)? Atau dua-dua pun korang balun satu macam je? Hahahaha. Setiap orang ada citarasanya tersendiri kan? Ada juga yang tak kisah walau macamana pun rasanya, tapi bila benda tu viral mesti dia nak cuba. Yang kategori ni dia pelik sikit. Dia sebenarnya bukan nak makan tapi nak kepuasan mencuba. Selagi tak cuba dia tak akan rasa puas. Ada satu perisa ayam goreng KFC yang tak pasti korang boleh merasa ke tak. Tapi benda ni ada dijual hari ni. OR bukan, HS pun bukan. Jenuh juga la tadi menyemak resit kot ada tersilap tekan pada mesin order layan diri tu. Manalah tau, tergatal tangan tercuit pilihan menu yang satu ni. Nampaknya, sah! Memang sah tak ada. Semuanya normal. Tak ada yang pelik pun.

Video Lagu Warisan - Sudirman Hj. Arshad

Benda yang baik biasanya datang dalam pelbagai perisa kan? Pizza, minuman coklat, yogurt dan jajan la contohnya. Orang olah jadi pelbagai perisa sampai tak jemu la peminatnya. Sama juga dengan lagu. Bagi teman, antara lagu patriotik yang paling teman suka dengor lagu Warisan, nyanyi Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Lagu ciptaan Syed Haron Ahmad ni memang liriknya ringkas, tepat dan menusuk ke hati tiap kali dengor. Bertepatan dengan insiden terhempasnya MH17 tahun ni yang mengorbankan ratusan nyawa, ada baiknya kita renungkan semula betapa syarikat penerbangan negara kita ni dah mula berkhidmat sejak zaman tv hitam-putih lagi. Tak tau la berapa berat, jerih payah semua yang terlibat dalam mematangkan Malaysia dalam industri penerbangan. Teman selitkan beberapa klip pendek yang sempat teman himpunkan berkaitan Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS, untuk renungan kita bersama, seiring dengan pembangunan negara dari waktu laungan 'Merdeka' yang pertama pada tahun 1957. Syyy... duduk