Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

Remedi Semulajadi Untuk Sakit Tekak

Hmmm... sakit tekak tak syok kan? Teman dah tiga hari sakit tekak ni. Siap batuk berkahak lagi. Tak lain tak bukan, kena jangkitan le ni. Rata-rata geng opis teman dah kena penyakit ni. Kelmarin teman dah pegi klinik, tapi seperti yang teman jangkakan dari awal lagi, pegi klinik ni setakat nak dapatkan MC je la. MC... sijil cuti sakit kan? Bukan apa, teman ni sendiri le. Biasanya teman tak berapa serasi dengan ubat-ubat doktor. Kiranya macam kolot juga la teman ni. Perubatan moden tak berapa nak jalan le. Bila telan je ubat, bukannya teman ni rasa makin baik, tapi jadi mabuk macam ayam berak kapur dah layaknya. Malam tadi teman memulakan operasi seperti biasa. Remedi semulajadi...!!! Apa ke bendanya tu? Jeng-jeng-jeng! Hehehe.   Teman gunakan madu asli, limau nipis dengan teh halia. Kalau tak ada teh halia, buleh aje racik-racik halia tua. Memang itu cara asalnya. Saje je teman guna uncang teh halia ni. Dah alang-alang ada kan? Cara penyediaannya macam teh O biasa aje. Tuang dua sudu m

Sekitar Ekspo Buku Selangor 2013

Ahad lepas, 26 Mei 2013, teman sempat la menjengah ke Ekspo Buku Negeri Selangor 2013. Boleh tahan juga la ramainya. Teman pergi malam pun meriahnya macam siang. Huih... kemain handei lagi ye. Aaaa... korang nak tengok gambor je kan? Sila-sila la ye, jamu mata macam biasa. Hehehe. Kepada sesiapa yang berkenan, buleh la pergi ke SACC Shah Alam sana. Program ni berlangsung sampai la ke 3 Jun 2013. Sempat lagi kan? Hmmm... Sekian aje la untuk kali ni ye. Wassalam...

Rabu Takde Kata [Wordless & Speechless Wednesday]

RESIPI: Tart Keju Coklat

Hmmm... huarghhh... Zzz... Malas nak taip resipi. Korang tengok gambor-gambor je dah le ye? Bebila rajin nanti, buleh update balik sini. InsyaAllah. Haaa...!!! Kan dah siap... Hehehe. Jom nyekik. Sekian, wassalam...