Skip to main content

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

Candyshare.com.my


Wow! Ayam Korea Tu...!!! Baek Punyaaa...



Wah-wah-wah... Korang bila benda berkait ngan Korea je, memang laju je korang nak ambik tau kan? Agak-agak malam minggu camni ada tak yang tengah buat video Gwiyomi? Kih kih kih!


Hmmm... entri kali ni teman nak tulis review pasal ayam Korea ni haaa.



Hep! Hep! Hep! Yang ayam tu, bukan pompuan tu tau. Ke situ pulak korang pikir. Hehehe. Teman maksudkan ayam goreng le. Kenapa dikait dengan Korea, itu teman kurang periksa le pulak. Mungkin le ayam goreng tu bersalut dengan sos yang ikut citarasa orang Korea. Gitu le gamaknya.

Teman beli dua kotak yang tiga ketul tu, isinya enam ketul le kan? Untuk proses review yang lebih neutral, teman tidak akan menyalin ayam goreng tu ke atas pinggan, sebaliknya terus makan dari kotak asalnya. (Perrrggghhh...!!! Alasan kukuh dan logis untuk sorok perangai malas nak kotorkan pinggan, pastu kena cuci. Muahahahaha.)


Bila teman bukak kotak ayam goreng tu, dapat le teman tengok camni haaa. Rupanya macam ayam goreng yang pedas rangup tu, cuma ada salut sos, dan tabur bijan kat atasnya. Setiap sekotak yang teman dapat, dua ketul dengan salutan sos yang agak hensem manakala seketul lagi nampak macam terpercik belen-belen dari yang dua ketul tu je. Itu kuantiti sos yang dibagi untuk tambahan dua kupang untuk setiap ketulan ayam goreng yang biasa tu.

Bagi sesetengah rakyat Malaysia, itu semua takpe kot. Asalkan dapat rasa makanan yang menjadi kegemaran Bae Yon' Jun, Girls Generation dan mendiang Yuri Irsenovich Kim. Janji Korea la kan? Apa pun bulehhh... Hahaha.



OK, sekarang tenung dengan lebih teliti gambor yang kat bawah ni plak. Apa yang korang boleh katakan?


Sama tak rupanya dengan poster iklan ayam goreng tu? Teman tak senang juga kalo orang katakan teman taip review ni ikut suka, jadi lebih baik korang skrol ke atas balik untuk tengok cemana rupa ayam goreng Korea tu digambarkan, dan bezakan balik dengan gegambor sebenor produknya.

Haaa... itu la kegunaan ayat 'Ilustrasi Sekadar Hiasan Sahaja.' yang kerap korang tengok kat memana poster, gambor kat papan menu, iklan kat tv dan yang lelain lagi. Memang, hampir pasti apa yang korang beli tak akan sama atau paling tidak akan hampir-hampir menyerupai apa yang diiklankan. Sebab itulah kadang-kadang korang tengok gambor burger kat surat kabor nampak macam besor talam, tapi bila beli plak ada le sebesor penumbuk bebudak sekolah darjah lima yang belum akil baligh.

Sampai sekarang teman memikirkan, ada kemungkinan tak memana pihak penguatkuasaan akan mengharamkan penggunaan ayat selamat macam contoh kat perenggan atas ni, untuk melindungi penipuan eh, pengeliruan yang cuba dilakukan oleh pihak peniaga. Namun...

Bagi teman, adalah lebih selamat kalo teman tak fikir terlalu banyak hal tu. Lebih baik teman fokus kepada sebab-musabab kenapa artis-artis K-pop dan K-drama tu nampak kurus je. Korang perlu tau, kalo korang nyekik ayam yang (entah iya entah tidaknya) bercitarasa Korea ni, memang mau menitik peluh korang terutamanya bagi yang memang tak reti makan pedas. Jadi, lemak-lemak di bahagian perut dah terbakor, itu mungkin jadi punca diorang nampak slim je.

Harap produk ni takde nak diulang-ulang lepas ni.  Rakyat Malaysia tak perlukan sangat pembedahan plastik kan. Eh! Tetiba je kan...??? Hehehe. 

Sekian je la sesi review ngarut teman ni ha.  Wassalam.



Nota : Yoona SNSD bukanlah duta jenama dan tiada sebarang kaitan dengan produk ini. Ilustrasi Sekadar Hiasan Sahaja. Harap maklum.

Comments

  1. teringin jugak nk try...tapi x sempat lagi pi KFC hahaha...nice sharing bro...

    Ruang iklan termurah untuk disewa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Hehehe. Entah le, artikel camni buleh panggil review ke idak, awok pun tak berapa reti. Hantam sajalah... Kekekeke.

      Delete
  2. hari dah bawak anak makan kfc, oklah not bad korean spicy tu, tapi masih suka hot and spicy regular nye, sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Sangat-sangat diakui Hot and Spicy yang asal lebih bagus sebab tak memaksa orang makan bersama sos. Fleksibiliti ada kalanya satu kelebihan yang besar walaupun nampak sedikit leceh.

      Delete

Post a Comment

Popular Kini

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

KFC : Yang Ni OR Atau HS? Kompius Laaa...

Siapa tak suka ayam goreng? Susah nak jumpa la orang yang tak suka makan ayam goreng. Kalau nak jumpa pun mungkin satu dalam beribu-ribu orang. Kebiasaannya orang suka makan ayam goreng kan? Kalau korang beli ayam goreng KFC, yang mana satu pilihan korang? Original Recipe (OR) atau Hot & Spicy (HS)? Atau dua-dua pun korang balun satu macam je? Hahahaha. Setiap orang ada citarasanya tersendiri kan? Ada juga yang tak kisah walau macamana pun rasanya, tapi bila benda tu viral mesti dia nak cuba. Yang kategori ni dia pelik sikit. Dia sebenarnya bukan nak makan tapi nak kepuasan mencuba. Selagi tak cuba dia tak akan rasa puas. Ada satu perisa ayam goreng KFC yang tak pasti korang boleh merasa ke tak. Tapi benda ni ada dijual hari ni. OR bukan, HS pun bukan. Jenuh juga la tadi menyemak resit kot ada tersilap tekan pada mesin order layan diri tu. Manalah tau, tergatal tangan tercuit pilihan menu yang satu ni. Nampaknya, sah! Memang sah tak ada. Semuanya normal. Tak ada yang pelik pun.

Video Lagu Warisan - Sudirman Hj. Arshad

Benda yang baik biasanya datang dalam pelbagai perisa kan? Pizza, minuman coklat, yogurt dan jajan la contohnya. Orang olah jadi pelbagai perisa sampai tak jemu la peminatnya. Sama juga dengan lagu. Bagi teman, antara lagu patriotik yang paling teman suka dengor lagu Warisan, nyanyi Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Lagu ciptaan Syed Haron Ahmad ni memang liriknya ringkas, tepat dan menusuk ke hati tiap kali dengor. Bertepatan dengan insiden terhempasnya MH17 tahun ni yang mengorbankan ratusan nyawa, ada baiknya kita renungkan semula betapa syarikat penerbangan negara kita ni dah mula berkhidmat sejak zaman tv hitam-putih lagi. Tak tau la berapa berat, jerih payah semua yang terlibat dalam mematangkan Malaysia dalam industri penerbangan. Teman selitkan beberapa klip pendek yang sempat teman himpunkan berkaitan Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS, untuk renungan kita bersama, seiring dengan pembangunan negara dari waktu laungan 'Merdeka' yang pertama pada tahun 1957. Syyy... duduk