Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Tinjau-tinjau Putrajaya Malam Besday - 12 April 2013

Huarghhh... ngantuknya tak ilang lagi. Hehehe. Biasanya orang sambut besday buat jamuan ke, lepak-lepak ngan kengkawan sampai pagi ke, buat potong kek, karaoke, macam-macam la lagi kan? Haaa... kan? Kan...??? Haaa... kan? Tapi sebab dek cuaca nampak molek je malam tadi, teman pegi ke Putrajaya.

Lama juga rasanya teman dah tak pegi sana malam-malam. Maklum leee... bizi kan?

Boleh teman katakan, hujung minggu macam malam Sabtu dengan malam Ahad dah tak semeriah dulu. Dah takde bebudak main basikal freestyle kat depan Istana Kehakiman tu. Entahlah... mungkin sebab malam Sabtu kot. Kalau malam Ahad, tak berapa pasti le pulak teman. Cuma yang pasti, malam tadi ada le nampak orang beriadah jogging dan kayuh basikal kat situ.

OK la, korang buleh tengok gambor-gambor yang sempat teman rakamkan malam tadi. Tak banyak macam yang dulu punya, tapi ada yang sangat unik, pada pandangan teman. Tengok je la yeee...



Dah boleh agak dari awal, kat sini antara tempat teman paling suka ambik gambor. Tengok lampu jalan kat jambatan ni, rasa macam kat negara mat salleh plak dah. Hehehe.



Sampai sekarang teman kompius, teman ambik gambor ni untuk apa ntah?! Apa yang pasti, lepas ambik gambor, masuk dalam kereta, teman terpikir plak, "Dibuatnya nampak ada momok dalam gambor ni, dak ke naya? Mau demam terkejut seminggu teman dibuatnya."



 'Trek' yang sedia berkhidmat...



"Satu... dua... mula...!!!" Perodua MyVi vs. Proton Savvy. Ahahaha... takde la. Dedua kereta ni tak racing pun. Kebetulan masa teman ambik gambor ni, diorang tengah lalu situ.





Kalo korang perhatikan hiasan kat penjuru bangunan KPT ni, apa yang korang dapat bayangkan? Sekali imbas, teman nampak macam salah satu scene dalam cerita Lara Croft: Tomb Raider jeee. Jelas, teman ni buta seni kan? 





Lapang jeee. Takde lagi bebudak main basikal kat sini. Ada banyak khemah berhias biru-merah kat sini. Mungkin ada majlis apa le esok ni kot.



Cool gila la bangunan ni. Nampak macam pagoda je kalo tengok dari jauh. Tak sempat teman nak tengok papan tandanya.






Err... korang perati elok-elok gambor ni, cari apa yang pelik. Hehehe.


Cukup le tu ye? Lain kali teman cuba intai-intai sini lagi, mana tau kot lebih meriah dari malam ni kot. OK, sekian je la untuk kali ni. Wassalam...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me