Skip to main content

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

SERAM : 'Barrier' Jalan Yang Misteri ...

Sebut saja 'road barrier' mungkin ramai yang tak kenal benda ni. Tapi bila dah tengok, baru la faham apa bendanya kan? Penghadang jalan ni memang banyak kat kawasan bandar dan pekan, sebab ada banyak projek pembangunan.

Cemana rupa road barrier tu? Ni haaa... teman sempat cari gambornya semalam -


Antara fungsi utama penghadang jalan ni dah tentu le nak menghadang jalan kan? Dah memang itu le nama yang dibagi. Selain dari tu, ada juga yang gunakan penghadang jalan ni untuk buat sempadan tapak projek yang tak berdinding, macam dalam gambor ni...


Sekali imbas, memang tak ada apa yang menyeramkan pun barisan-barisan barrier tu. Itu kata orang yang tengok kat gambor ni aje la. Bagi orang yang tengok secara live dengan mata kepala sendiri macam teman ni, memang sah akan kata ada yang tak kena. Cuba peratikan gambor kat bawah ni pulak...


Seingat teman, kira-kira suku ke setengah tahun lepas... maksudnya tahun lepas le tu. Tahun 2012, masa tu lepas tahun 2011, kan? Haaa... sebelum tahun 2013 le. 2013 tu tahun ni le kan? Iye le, tahun lepas tu tahun 2012 le kan? Aish... hadeh! Tak habih-habih lagi pengaruh cerita Husin, Mon & Jin Pakai Toncit ni. Kekeke. 

Aaa... kat mana kita tadi? Haaa...!!! Ceritanya, asalnya dulu barisan penghadang tu diletakkan dek pemaju projek tu di hujung kawasan hijau tu. Kira bucu punya paling bucu celah Bedah punya bucu la kan? Sejuk hati teman memandang, membayangkan  betapa pengurusan projek tu memang udah cukup ambik kira segala dah. Endah alam sekitar le tu. Takmo le rosakkan kawasan hijau tu kan?

Tapi... itu semua sebelum projek tu bermula leee.

Yang bahagian cukup menyeramkan tu, bila projek bermula, jentolak datang dan mula buat kerja mengorek, pasir pun dikumpulkan di atas padang hijau tu... JENG JENG JENG...!!! 

Dengan tiba-tiba dan dengan sendirinya barisan barrier itu beransur-ansur mengalihkan 'dirinya' sekaki demi sekaki, sedepa demi sedepa... dan akhirnya berada di tempat barunya macam dalam gambor kat atas tu. Ikut congak teman, lebih kurang 15 ke 20 meter juga le jaraknya.

Cuba korang bayangkan sendiri le, ada nak masuk akai ke penghadang yang dibuat dari plastik, yang bukan benda hidup tu buleh beralih sendiri? Mesti ada unsur-unsur mistik yang terlibat dalam hal ni kan?

Eee... mintak simpang le, bak kata orang Perak kan? Korang mesti ada rasa seram kan? Itu leee... teman dah kabor. Memang misteri sungguh road barrier ni sebab dia boleh bergerak sendiri tanpa bantuan sesiapa pun.

Isk, salah hari teman taip entri ni. Udah le malam ni malam Jumaat. Seram sejuk pulak rasanya. Meremang bulu idong teman dibuatnya. Karang korang takut sampai takmo tidor plak, kan ke naya? Hmmm. Sekian aje le ye. Wassalam...


Comments

  1. Itu dah cukup seram? Ak semalam accident moto sebab langgar road barrier ni.tengah2 ak bawak moto bende tu beralih dari tepi jalan ke betul2 depan aku, tak smpai berapa inci pun. Terus ak lnggar n jatuh bersepai ats jalan

    ReplyDelete
  2. Itu dah cukup seram? Ak semalam accident moto sebab langgar road barrier ni.tengah2 ak bawak moto bende tu beralih dari tepi jalan ke betul2 depan aku, tak smpai berapa inci pun. Terus ak lnggar n jatuh bersepai ats jalan

    ReplyDelete
  3. Itu dah cukup seram? Ak semalam accident moto sebab langgar road barrier ni.tengah2 ak bawak moto bende tu beralih dari tepi jalan ke betul2 depan aku, tak smpai berapa inci pun. Terus ak lnggar n jatuh bersepai ats jalan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

Anda Sudah Potong? Jangan Tunggu Lagi...!!!

Entri kali ni sekadar hiburan semata-mata, dan tak ada apa niat untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa OK?! Duduk rileks, baca, tengok gambar, dan senyum sinis cukup laaa.  Baru-baru ni ada kompeni penyedia khidmat Internet berkelajuan tinggi wayarles dah melancarkan satu servis barunya iaitu khidmat talian guna kabel optik fiber. KABEL! Iyaaa... Perkataan yang patut kita bagi perhatian kali ni ialah kabel. Teman nak cadangkan kompeni tu gunakan pendekatan yang agak berani dalam mempromosi servis barunya tu. Contohnya, dengan penggunaan poster macam ni - Perkara ini bukanlah idea baru untuk kompeni ni pun. Tak ada apa yang nak kita rasa pelik pun sebenornya. Ingat tak dulu, kita selalu nampak poster 'POTONG! POTONG! POTONG!'. Mesti biasa kan? Kat tv pun selalu ada iklan camtu. Alaaa... yang ni haaa... Wohooo... kepada sesiapa yang terlibat secara langsung, atau tak langsung dengan syarikat Pee1 ni, jangan la marah. Kan teman dah kata, entri ni sekadar hiburan semata-mata. Ini

Kabinet Dapur (DIY Bulan Ramadhan 1431H)

Kembali atas popularitinya sendiri, maka entri kabinet dapur ni teman masukkan balik ke dalam blog teman ni. Terima kasih atas sokongan semua! :-) - - - Konsep sendiri, design sendiri, buat drawing sendiri, tukang sendiri... Maka, terhasillah kabinet dapur baru ni. Bajet yang tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan ditempah dengan kontraktor. Alhamdulillah, selesai sudah.  Yeah, bersih dan kemas rasanya konsep ni. Hitam-putih. Gambar semasa baru siap, sebelum barang-barang dimasukkan. Tiga pintu. Paling kiri - Barang kegunaan harian. Tengah - Tong gas dan simpanan barangan kurang aktif. Paling kanan - Simpanan barang paling jarang guna. Memang spesifik, tak campur aduk. Tempat letak tong gas ada tanda - supaya jangan lupa tutup. Kalau tak, nanti nampak tong gas kaler hijau-merah yang berkarat-karat tu. Hehehe (Syarikat Nasional punya ke tong hijau-merah tu) Ada lubang air-vent untuk pengudaraan - selalu designer lupa, tempat gas perlu ada pengudaraan yang baik. Dah mula letak

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u