Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI: Bingka Roti Berlauk

Memang kalo sekali dengor tu ada yang kata kurang waras le gamaknya. Tapi, bagi teman... mudah je. Cemana kalo dalam entri ni teman masukkan resipi bingka (sesetengah orang Perak panggil bengkang) roti berlauk. Pelik la kan? Biasanya kalau kuih bingka ni mesti rasanya manis.




Resipi ni teman terfikir dari gabungan dua idea - keinginan untuk makan kuih bingka tapi tak makan manis, dan evolusi kuih cara yang dulunya manis, sekarang dah ada kuih cara berlauk. Maknanya, benda ni tak mustahil pun untuk dibuat kan? Cuma kita aje yang kena guna daya pemikiran kita untuk bagi dia boleh menjadi.

Ini la resipinya dan beberapa gambar yang sempat teman rakamkan sepanjang proses membuat 'Bingka Roti Berlauk' malam tadi.



BAHAN-BAHAN :

4 keping roti (dipotong empat atau enam setiap keping)
2 sudu besar serbuk NDC (krimer bukan tenusu / non-dairy creamer)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu teh tepung jagung
1 tin kecil makerel goreng bercili dihancurkan (boleh juga guna serunding ayam, daging hancur kacau goreng, udang kering dan lain-lain)
2-3 sudu besar bawang goreng
1 sudu teh minyak masak untuk menggris
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk kunyit (kalau nak ada warna kuning)
1 setengah cawan air panas




CARA PENYEDIAAN :

a.) Bancuh serbuk krimer, tepung gandum, tepung jagung, garam, gula dan serbuk kunyit dengan air panas. Kacau rata supaya tak berketul. 

b.) Griskan acuan dengan sapuan minyak yang sangat nipis.

c.) Cedok dua sudu besar bancuhan tepung dan ratakan di atas dasar acuan.

d.) Susun kepingan-kepingan roti membentuk satu lapisan, dan tekan-tekan dengan sudu supaya roti menyerap bancuhan tepung.

e.) Taburkan cebisan ikan makerel (atau ayam/daging) dan bawang goreng. Tuangkan dua sudu besar lagi tepung bancuhan dan tekan-tekan lagi roti dengan sudu.



f.) Ulang langkah d.) dan e.) hingga habis roti dan bancuhan tepung. Untuk nampak menarik, pastikan kuantiti topping (ikan makerel dan bawang goreng) tak terlalu banyak. Nanti akan bersepah-sepah bila dipotong.



g.) Tutup acuan dengan dua lapisan kerajang aluminium (aluminium foil la tu).



h.) Kukuskan selama 20-30 minit. (30-40 minit kalau buat tebal)



i.) Asingkan dari pengukus dan sejukkan selama 10 minit (15-20 minit kalau tebal) 

j.) Bila dah sejuk tu, boleh la keluarkan dari acuan, letakkan atas papan pemotong, dan potong la ikut suka macamana pun. 

Ini kuih bingka aje, bukannya kek. Orang tua-tua kita kat kampung takde nak hias-hias apa pun kat atas pinggan, kalau setakat nak hidangkan kuih bingka kan? Realistik la sikit. Bukannya nak masuk Masterchef pun. Hahahaha.



OK, sekian je la resipi untuk kali ni ye. Lain kali kita main masak-masak lagi, insyaAllah. Wassalam...

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu