Skip to main content

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

Candyshare.com.my


Jawapan Teka Benda Tersembunyi


Haaa... betui le ni! Jawapan bagi soalan cari benda tersembunyi tu ada kat entri ni. Hehehe. Nak tau apa benda yang tersembunyi sangat tu?

Tengok le kat gambor bawah ni -



Aaa... gambor roti ni teman ambik kat sebuah pasaraya besar kat Teluk Intan. Kompeni pasaraya yang sama teman beli roti berkulat dulu tu. Ingat lagi tak? Sama la lambangnya ni, cuma cawangannya aje yang berbeza.

Masalah terpencil? Ehehe... Sama-sama la kita fikirkan, selama ni apa la yang diorang jual kat kita ye? Mujor teman nampak. Kalau tak, jadi mangsa le sekali lagi ye tak? Alhamdulillah... 

Bagi teman, secara peribadinya teman merasakan kesilapan paling besar dalam rekabentuk susunatur pasaraya tu sendiri. Ada ke pulak bahagian bakeri tu letaknya sebelah-menyebelah dengan bahagian segar yang ada ikan, ayam, daging, sayur, buah dan lain-lain lagi barang basah. Hampir pasti ada le lalat kat tempat macam tu kan?

Mungkin... ini teman tekankan perkataan mungkin, daya pemikiran masyarakat kita tidak cukup dan tidak mencapai tahap lagi untuk bergelar negara maju. Bukti yang jelas di sini sebabnya seorang yang profesional (kunonnya) dalam rekabentuk dalaman, takkanlah tak terfikir makanan yang siap dimasak TIDAK SESUAI sama sekali ditempatkan terlalu hampir dengan barangan mentah yang basah.

Kenapa? Kalau nak tau kenapa, pegi la mengaji lagi. Susah hati pulak teman rasanya kalau golongan yang bergaji tinggi macam tu andai kata perkara asas dan terlalu mudah macam ni pun tak mampu nak fikir kan? Haaa.. kan? Kan? Haaa... kan... kan...???

OK, sekian je la jawapan teka teki yang panjang membebel-bebel ni. Wassalam...


Comments

  1. adoyai.. rasa memang byk berlaku di hypermarket.. jual roti dekat ngan jual ayam/ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gayanya, kat Malaysia ni konsumer kena bertindak lebih agresif dalam memastikan tiada yang teraniaya terlalu mudah macam kes-kes gini kan?

      Delete

Post a Comment

Popular Kini

SIDAI : Siapa Suka Kena Sidai?

 "PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku.  Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber

KFC : Yang Ni OR Atau HS? Kompius Laaa...

Siapa tak suka ayam goreng? Susah nak jumpa la orang yang tak suka makan ayam goreng. Kalau nak jumpa pun mungkin satu dalam beribu-ribu orang. Kebiasaannya orang suka makan ayam goreng kan? Kalau korang beli ayam goreng KFC, yang mana satu pilihan korang? Original Recipe (OR) atau Hot & Spicy (HS)? Atau dua-dua pun korang balun satu macam je? Hahahaha. Setiap orang ada citarasanya tersendiri kan? Ada juga yang tak kisah walau macamana pun rasanya, tapi bila benda tu viral mesti dia nak cuba. Yang kategori ni dia pelik sikit. Dia sebenarnya bukan nak makan tapi nak kepuasan mencuba. Selagi tak cuba dia tak akan rasa puas. Ada satu perisa ayam goreng KFC yang tak pasti korang boleh merasa ke tak. Tapi benda ni ada dijual hari ni. OR bukan, HS pun bukan. Jenuh juga la tadi menyemak resit kot ada tersilap tekan pada mesin order layan diri tu. Manalah tau, tergatal tangan tercuit pilihan menu yang satu ni. Nampaknya, sah! Memang sah tak ada. Semuanya normal. Tak ada yang pelik pun.

Video Lagu Warisan - Sudirman Hj. Arshad

Benda yang baik biasanya datang dalam pelbagai perisa kan? Pizza, minuman coklat, yogurt dan jajan la contohnya. Orang olah jadi pelbagai perisa sampai tak jemu la peminatnya. Sama juga dengan lagu. Bagi teman, antara lagu patriotik yang paling teman suka dengor lagu Warisan, nyanyi Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Lagu ciptaan Syed Haron Ahmad ni memang liriknya ringkas, tepat dan menusuk ke hati tiap kali dengor. Bertepatan dengan insiden terhempasnya MH17 tahun ni yang mengorbankan ratusan nyawa, ada baiknya kita renungkan semula betapa syarikat penerbangan negara kita ni dah mula berkhidmat sejak zaman tv hitam-putih lagi. Tak tau la berapa berat, jerih payah semua yang terlibat dalam mematangkan Malaysia dalam industri penerbangan. Teman selitkan beberapa klip pendek yang sempat teman himpunkan berkaitan Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS, untuk renungan kita bersama, seiring dengan pembangunan negara dari waktu laungan 'Merdeka' yang pertama pada tahun 1957. Syyy... duduk