Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

RESIPI: Bingka Roti Berlauk

Memang kalo sekali dengor tu ada yang kata kurang waras le gamaknya. Tapi, bagi teman... mudah je. Cemana kalo dalam entri ni teman masukkan resipi bingka (sesetengah orang Perak panggil bengkang) roti berlauk. Pelik la kan? Biasanya kalau kuih bingka ni mesti rasanya manis. Resipi ni teman terfikir dari gabungan dua idea - keinginan untuk makan kuih bingka tapi tak makan manis, dan evolusi kuih cara   yang dulunya manis, sekarang dah ada kuih cara berlauk. Maknanya, benda ni tak mustahil pun untuk dibuat kan? Cuma kita aje yang kena guna daya pemikiran kita untuk bagi dia boleh menjadi. Ini la resipinya dan beberapa gambar yang sempat teman rakamkan sepanjang proses membuat 'Bingka Roti Berlauk' malam tadi. BAHAN-BAHAN : 4 keping roti (dipotong empat atau enam setiap keping) 2 sudu besar serbuk NDC (krimer bukan tenusu / non-dairy creamer ) 2 sudu besar tepung gandum 2 sudu teh tepung jagung 1 tin kecil makerel goreng bercili dihancurkan (boleh juga guna serunding ayam, dagin

Kalau Kena Rompak Di Mesin ATM

OK, teman sedia tau... memang banyak diedarkan cara-cara nak kendalikan perompak yang memaksa kita keluor duit di mesin ATM. Jangan le marah. Biasa le tu. Setiap orang kan ada cara penyampaiannya sendiri. Ini teks yang biasa korang baca kan? Teman tak pasti le 100% sama ke idak, sebab teman salin aje bulat-bulat. Camni lebih kurang kan? " Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna

Korang Tengok Fool's Gold Kat TV2 Malam Tadi?

Huuu... selepas berhari-hari tengok tengok treler kat tv, malam tadi tak sabor-sabor rasanya nak tengok cerita Fool's Gold tu. Bukan le teman ni orang utan sampai tak pernah tengok cerita mat salleh camtu, tapi bila teman cari sikit-sikit maklumat dari IMDb, teman rasakan cerita ni bagus dan sesuai dengan tahap daya pemikiran teman. Well ... maksud teman tu, bukan le teman ni genius ke, bijak pandai sampai tahap Albert Einstein  ke. Teman membayangkan alangkah baiknya kalau penulis skrip, penerbit dan pengarah-pengarah kat Malaysia ni kurangkan cerita-cerita 'cinta antara dua darjat', 'orang Melayu kaya melampau sampai pergi pasar naik Lamborghini', dan lain-lain cerita yang diadaptasi dari novel. Ini ringkasan cerita Fool's Gold yang berjaya menarik perhatian teman untuk tonton, dan memaksa teman untuk sanggup sengkang mata di malam Isnin - " Benjamin Finnegan is a deep-sea treasure hunter certain he's onto the find of the century in waters near an i

Wow! Ayam Korea Tu...!!! Baek Punyaaa...

Wah-wah-wah... Korang bila benda berkait ngan Korea je, memang laju je korang nak ambik tau kan? Agak-agak malam minggu camni ada tak yang tengah buat video Gwiyomi ? Kih kih kih! Hmmm... entri kali ni teman nak tulis review  pasal ayam Korea ni haaa. Hep! Hep! Hep! Yang ayam tu, bukan pompuan tu tau. Ke situ pulak korang pikir. Hehehe. Teman maksudkan ayam goreng le. Kenapa dikait dengan Korea, itu teman kurang periksa le pulak. Mungkin le ayam goreng tu bersalut dengan sos yang ikut citarasa orang Korea. Gitu le gamaknya. Teman beli dua kotak yang tiga ketul tu, isinya enam ketul le kan? Untuk proses review yang lebih neutral, teman tidak akan menyalin ayam goreng tu ke atas pinggan, sebaliknya terus makan dari kotak asalnya. (Perrrggghhh...!!! Alasan kukuh dan logis untuk sorok perangai malas nak kotorkan pinggan, pastu kena cuci. Muahahahaha.) Bila teman bukak kotak ayam goreng tu, dapat le teman tengok camni haaa. Rupanya macam ayam goreng yang pedas rangup tu, cuma ada salut sos

SERAM : 'Barrier' Jalan Yang Misteri ...

Sebut saja ' road barrier ' mungkin ramai yang tak kenal benda ni. Tapi bila dah tengok, baru la faham apa bendanya kan? Penghadang jalan ni memang banyak kat kawasan bandar dan pekan, sebab ada banyak projek pembangunan. Cemana rupa road barrier tu? Ni haaa... teman sempat cari gambornya semalam - Antara fungsi utama penghadang jalan ni dah tentu le nak menghadang jalan kan? Dah memang itu le nama yang dibagi. Selain dari tu, ada juga yang gunakan penghadang jalan ni untuk buat sempadan tapak projek yang tak berdinding, macam dalam gambor ni... Sekali imbas, memang tak ada apa yang menyeramkan pun barisan-barisan barrier tu. Itu kata orang yang tengok kat gambor ni aje la. Bagi orang yang tengok secara live dengan mata kepala sendiri macam teman ni, memang sah akan kata ada yang tak kena. Cuba peratikan gambor kat bawah ni pulak... Seingat teman, kira-kira suku ke setengah tahun lepas... maksudnya tahun lepas le tu. Tahun 2012, masa tu lepas tahun 2011, kan? Haaa... sebelum

Jangan Jadi Beruk Politik Laaa...

Entah laaa. Susah hati juga teman fikirkan sebelum ni, patut ke tidak teman katakan benda camni. Tapi... memandangkan hak-hak peribadi pengguna makin di'percacai'kan pihak-pihak pengamal politik (ahhh... tak kira la korang guna lambang apa sekalipun), henpon dan nombornya yang terang-terang merupakan hak peribadi kita, dah disalahguna. Sila hentikan serta-merta aktiviti kempen politik secara terus ke henpon orang awam. Kami beli telefon dengan duit hasil titik peluh kami sendiri, kami daftarkan nombornya dengan MyKAD kami sendiri, kami cas baterinya dengan bekalan elektrik yang kami bayar bilnya. Jadi, dari mana datang pecahan syer kalian yang menghalalkan mesej-mesej kempen dihantar ke henpon kami tanpa kebenaran? Oh, bantuan RM200 buat beli henpon? Takde laaa... sekupang haram bahkan sekupang halal pun teman tak ambik aih. Kalau tak caya, teman buleh emel kat korang salinan resit bayaran masa teman beli henpon teman ni. Nak?! Secara mudahnya, kalau tak teringin dan tak redha

Stesen Minyak Ni Mampu Bertahan Tanpa Pelanggan?

Entri yang pendek, ringkas, padat dan sendat. Teman tertanya-tanya macam mana la stesen minyak yang terlalu ' aman tenteram ' ni mampu bertahan dengan keadaan macam ni - Uiks?! Korang tak nampak ye? Takpe, teman dah edit bagi dekatkan sikit. Ada sebuah kereta (nombor 1) tengah diisi minyak, dan sebuah lagi (nombor 2) baru tiba. Maksudnya, stesen minyak ni cuma kendalikan dua kereta je dalam satu masa? Dan... teman baru je lima ke enam minit sebelum tu, melintas kat satu stesen minyak jenama lain, teman nampak paling kurang ada dekat 10 buah kereta. Boleh katakan, waktu puncak la kalau macam tu gayanya kan? Korang ada rasa pelik tak cemana stesen minyak jenama baru ni boleh bertahan kalau jumlah pelanggannya cuma dalam 10 peratus dari stesen minyak lain? Agak buntu juga la fikiran teman memikirkan hal ni. Ahhh... biar lantak la kan? Apa teman nak heran. Lagipun syarikat induk pemilik stesen minyak tu kan ke kaya-raya, gila-gila punya kaya kat obesi tu kan? Haaa... kan? Kan? Haaa

RESIPI : 'Smoothie' Buah Mangga Asli

Jom, main masak-masak lagi. Hehehe. Entri kali ni kita nak kongsi resipi ' smoothie ' yang senang, sungguh senang nak buat, dan rasanya memang asli sebab guna buah mangga sebenar. Tak sama dengan ' ice-blended ' (mana punya istilah korang ambik ni?), yang korang beli kat pasaraya, jenis yang guna serbuk perisa tu. Kalau tak caya, korang cuba le buat benda ni sendiri. Ni ha resipinya... BAHAN-BAHAN : 4 biji mangga masak ranum 2 sudu besar gula pasir (bergantung kepada tahap manisnya buah mangga) 2 cawan air ' Dessert topping ' Bijian coklat atau kacang (kalau suka) CARA-CARA PENYEDIAAN : a.) Kisar isi buah mangga dengan secawan air, sesudu besar gula. b.) Masukkan dalam acuan ais dan bekukan (empat jam atau semalaman). c.) Keluarkan 'ais mangga' dari peti sejuk. d.) Kisarkan hingga hancur (jangan terlalu halus/cair), bersama secawan air dan sesudu besar gula. e.) Masukkan dalam cawan atau mangkuk manisan. f.) Letakkan ' dessert topping ' dan tam

Tinjau-tinjau Putrajaya Malam Besday - 12 April 2013

Huarghhh... ngantuknya tak ilang lagi. Hehehe. Biasanya orang sambut besday buat jamuan ke, lepak-lepak ngan kengkawan sampai pagi ke, buat potong kek, karaoke, macam-macam la lagi kan? Haaa... kan? Kan...??? Haaa... kan? Tapi sebab dek cuaca nampak molek je malam tadi, teman pegi ke Putrajaya. Lama juga rasanya teman dah tak pegi sana malam-malam. Maklum leee... bizi kan? Boleh teman katakan, hujung minggu macam malam Sabtu dengan malam Ahad dah tak semeriah dulu. Dah takde bebudak main basikal freestyle  kat depan Istana Kehakiman tu. Entahlah... mungkin sebab malam Sabtu kot. Kalau malam Ahad, tak berapa pasti le pulak teman. Cuma yang pasti, malam tadi ada le nampak orang beriadah jogging dan kayuh basikal kat situ. OK la, korang buleh tengok gambor-gambor yang sempat teman rakamkan malam tadi. Tak banyak macam yang dulu punya, tapi ada yang sangat unik, pada pandangan teman. Tengok je la yeee... Dah boleh agak dari awal, kat sini antara tempat teman paling suka ambik gambor. Tengo

[VIDEO] Sekurang-Kurangnya Encik Nasir Menghargai Majikan dan Kerjayanya

Temberang la kalo korang tak pernah tertengok iklan tv salah sebuah syarikat pengendali restoran makanan segera ni kan? Haaa... kan? Kannn...? Haaa... Haaa... Kan? Haaa... kan? Eh, entah la. Mungkin juga ada yang belum pernah tengok iklan tu. Tapi takpe, teman sempat reupload  sebahagian video iklan tu ke akaun Youtube teman. Edit sikit-sikit tu biasa le kan? Teman siap masukkan sarikata lagi tu. Maklum le, kekadang kita syok tengok video, tapi kita tak perasan apa yang disebut dek pelakon iklan tu kan? Hish... panjang bebenor pulak teman nak membebel ni. Karang korang boring plak kan? Haa... kan? Kan... Haa... kan? Haaa... kan? Kan? Korang tengok je la sendiri. Ni haaa videonya - OK tak ni? Alaaa... tak sporting la korang ni. Kalau tak OK pun, korang kata je la OK, baguih, hensem... baru semangat sikit. Kekeke. Sekian je la sesi ngarut untuk malam ni ye. Wassalam...

Jawapan Teka Benda Tersembunyi

Haaa... betui le ni! Jawapan bagi soalan cari benda tersembunyi tu ada kat entri ni. Hehehe. Nak tau apa benda yang tersembunyi sangat tu? Tengok le kat gambor bawah ni - Aaa... gambor roti ni teman ambik kat sebuah pasaraya besar kat Teluk Intan. Kompeni pasaraya yang sama teman beli roti berkulat dulu tu. Ingat lagi tak? Sama la lambangnya ni, cuma cawangannya aje yang berbeza. Masalah terpencil? Ehehe... Sama-sama la kita fikirkan, selama ni apa la yang diorang jual kat kita ye? Mujor teman nampak. Kalau tak, jadi mangsa le sekali lagi ye tak? Alhamdulillah...  Bagi teman, secara peribadinya teman merasakan kesilapan paling besar dalam rekabentuk susunatur pasaraya tu sendiri. Ada ke pulak bahagian bakeri tu letaknya sebelah-menyebelah dengan bahagian segar yang ada ikan, ayam, daging, sayur, buah dan lain-lain lagi barang basah. Hampir pasti ada le lalat kat tempat macam tu kan? Mungkin... ini teman tekankan perkataan mungkin, daya pemikiran masyarakat kita tidak cukup dan tidak m

Senarai Penuh Penerima Anugerah ABPBH 2012

Korang dah salah tempat le gamaknya. Kekeke. Jelas sekali blog teman ni memang tak berapa minat nak cover  isu-isu macam ni. Kepada sesiapa yang berminat nak baca semua artikel dan belek-belek gambor artis, buleh le terus klik link ni ye - http://abpbh.com.my Jangan marah yeee... Teman nyakat je. Saje je nak ukur sejauh mana popularnya topik ABPBH ni, berbanding isu-isu lain yang lebih penting, contohnya Pilihanraya Umum ke-13, PRU13, General Election 13, GE13, Pemilu ke-13 dan lain-lain. Sekian je la ye. Wassalam...

Korang Pernah Makan Lemper?

Apa benda le lemper tu ye? Haaa... itu le pentingnya general knowledge , *tangan buat la-la-tamplom macam Usop Wilcha* Lemper ni makanan orang Jawa yang biasanya dihidangkan awal pagi kat rumah-rumah kenduri. Kiranya kudapan sementara tunggu nak makan tengahari le ni. Cemana rupa lemper tu? Tengok ni... Clear ke idak gambornya? Ni teman guna kamera henpon morah teman ni aje. Tak kuasa le awok nak bawak kamera kat meja makan romah kenduri. Ingat teman ni reporter surat kabor ' Putusan ' ke? Hehehe. Kiranya, lebih kurang rupa kuih koci le kan? Berbalut dengan daun pisang, dikukus plak tu. Cuma kalo kuih koci, bentuknya macam segitiga atau lebih kurang bentuk kon la. Yang ni plak lain sikit. Cara balutannya macam orang buat lepat, tapi pendek-pendek aje. Kalau kita bukak balutan daun pisang ni, kita akan nampak pulut putih yang ditanak. Tengok bawah ni, kita boleh faham balutan lemper ni sebenornya ada dua lapis. Perasan tak dua lapis daun pisang yang bersilang tu? Macam dalam g

6 April 2013 - Pilihan Korang?

Ni entri mod 'malas-nak-taip'. Malam ni korang pilih bola ke manifesto pilihanraya? Hehehe. Itu je la ye untuk kali ni. Sekian. Wassalam...

1Komen 1Anda...??? - - - Sila Ketepikan Unsur Politik

Entri ini agak pendek dan ringkas. 1Soalan untuk 1Gambar, dan soalan paling sesuai untuk gambar ini ialah... *** PANDANGAN ANDA???  *** Kepada sesiapa yang berangan-angan nak tembak teman berkaitan isu politik, mohon sedar dan jelas bahawa ini tiada kaitan dengan fahaman politik. Sebabnya? Bagi pandangan teman sendiri, TIADA pihak akan redha jika bendera atau lambangnya diperlakukan sebegini. Kalau ada yang berbeza pendapat, sila la dikongsikan kat sini ye. Sebab itulah teman bertanyakan soalan penting ni. Dan... kepada yang dah pasang niat nak mencari akaun FB individu-individu ni, rasanya sangat wajar kalau teman nasihatkan, ' tak payah laaa .' Nak tau juga apa sebabnya? Yang pompuan tu bukan le lawa mana pun, dan yang laki tu pun tak la hensem. Takkan korang minat kot nak ushar...??? Kekeke. Apa-apapun, terus-terang teman ucapkan syabas dan tahniah kepada pasangan ni sebab objektif mereka untuk jadi popular dah pun tercapai. Tak caya? Tunggu je la kejap lagi, memang merata

1Cuti-cuti 1Cameron 1Highlands 1Episod - 1Dua

AMARAN JUJUR DAN IKHLAS : Sila tutup browser  anda SEKARANG , jika ia tidak mampu mengendalikan gambar yang banyak . Maksudnya, banyaaakkk gambarrr... Hehehe. OK, teman tak minat ngan ngarut panjang-panjang sangat kalo ada banyak gambor untuk korang tengok. Kat bawah ni semua gambor yang sempat teman rakamkan sepanjang cuti hujung minggu teman di Lata Iskandar, Batu 14, Tapah dan sekitar tempat-tempat menarik di Tanah Tinggi Cameron (Apa yang ko mengarut ni Labu...??? Sebut aje le Cameron Highlands. Kekeke.) Bila tarikhnya ye? Hmmm... 31.3.13. Senang je nak ingat. Sila-sila la ye, jamu mata. Antara barang paling cool  teman jumpa kat gerai tepi jalan, Lata Iskandar. Mesti sejuk ni kan? Brrr... Kembor Nelydia Senrose jual nasi campur? Kekeke. Ganu - Ija naunggg...!!! Macam tak sah rasa kalo pegi Cameron Highlands, tapi tak lawat ladang teh kan? Tak boleh ' pick ' bunga, tapi kalo papan tanda amarannya takpe. Hehehe. Amaran keras, jangan petik daun teh. Kalo tebang pokoknya, itu