"PERTANDINGAN HARI TU DAH ADA KEPUTUSAN KE?" Antara soalan yang biasa diajukan oleh peserta kepada penganjur-penganjur pertandingan merekacipta. Tak kisahlah rekacipta logo, produk, grafik mural, cenderahati dan macam-macam lagi. Setelah peserta meletakkan idea, komitmen masa, ketekunan, mencurahkan kemahiran, mengejar tarikh tutup permohonan, barulah sesuatu penyertaan itu dapat dihantar. Ia tak sama dengan pertandingan teka kacang, silangkata, cari objek tersembunyi dan sebagainya. Merekabentuk memerlukan bakat, pengetahuan dan kemahiran khusus yang bukan semua orang mampu membuatnya. Malangnya selepas tarikh tutup penyertaan, kebanyakan penganjur menunggu para peserta atau orang awam yang berminat, untuk bertanya bilakah keputusannya akan keluar. Jika tidak, pihak penganjur akan diam membisu sahaja. Ini yang biasa berlaku. Sebenarnya bukanlah para peserta terlalu berharap untuk menang sebab setiap penyertaan itu atas rasa minat terhadap sesuatu. Mungkin ada juga yang ber
Huarghhh... ngantuk sungguh rasanya. Tapi takpe la. Teman cuba sudahkan juga la entri ni sebelum masuk tidor. Mana tak ngantuknya. Dua jam dari pukul sembilan sampai la pukul 11 teman tunggu 'Piwang Wimak' ni ada servis balik. Tadi dok kelip-kelip je takde signal. Ni baru dapat guna balik.
Dulu teman ada bagi resipi kek mentega stim kan? Teman rasa ada la yang dah cuba tu. Tapi biasa laaa... orang yang tak makan manis macam teman ni, resipinya mesti ada rasa manis yang sikit-sikit je. Cukup setakat ada berasa dan bukan tawar hambar sampai tak lalu nak dimakan.
Sesiapa yang suka makan manis tu, boleh la sesuaikan sendiri sebanyak mana gula yang dia nak letak. Kan ke fleksibel namanya tu? Hehehe.
Resipi kali ni kek stim juga, cuma ada sikit beza dari segi bahannya. Sebab dek berbeza bahan, maka hasilnya pun ada la berbeza. Kek ni dia berat sikit dari kek stim mentega dulu tu, dan, ada rasa macam berkrim dan masam sikit sebab teman tambah dengan keju dan minuman yogurt.
BAHAN-BAHAN :
2 sudu besar mentega
4 biji telur gred C (atau 3 biji jika guna gred A)
3 sudu besar keju krim atau keju sapuan (spreadable cheese)
3 sudu besar minuman yogurt perisa oren atau lemon
4 sudu besar (paling tawar) ~ secawan (paling manis) gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk soda bikarbonat
CARA PENYEDIAAN :
a.) Nyahbekukan mentega sampai jadi lembut dan boleh dipukul.
b.) Pukul mentega, telur, keju, minuman yogurt dan gula sampai gula betul-betul larut dan bancuhan jadi kembang.
c.) Masukkan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan gaul hingga betul-betul rata.
d.) Tuangkan adunan ke dalam bekas acuan kek.
e.) Cucuk-cucuk dengan garpu untuk elakkan udara terkumpul di sesetengah tempat.
f.) Biarkan adunan sementara mendidihkan air dalam pengukus.
g.) Sesudah air kukusan mendidih, stimkan adunan kek pada suhu tinggi selama 15-20 minit.
h.) Kek akan cukup naik, dan perlahankan api ke tahap minimum. Kukuskan lagi selama 35 minit.
i.) Keluarkan kek dari pengukus, dan biarkan sejuk selama 20 ~ 30 minit, baru boleh keluarkan dan potong.

Nota : Boleh letakkan jalur-jalur sirap coklat kalau nak cantik. Ada juga orang gunakan sirap raspberi. Ikut selera masing-masing la. Kalau yang suka kek tu sejuk dan rasa lebih lembab, boleh masukkan dalam peti sejuk (disejukkan, bukan dibekukan) untuk dua jam, baru dimakan.
Nampak cool je kan? Simple je kek ni. Ini la salah satu kelebihan kalau kita kukuskan kek. Tak payah risau kalau bahagian bawahnya berkerak. Nanti leceh la nak kena potong-potong bahagian tu kan?
Hmmm... Sekian saja la sesi perkongsian resipi untuk kali ni. Wassalam...
wahh..nampak sedap..blh cuba nanti..
ReplyDeleteHehehe. Kalau tukang masak amatur, memang macam ni je gaya masakannya. Ikut suka sendiri je. Janji jalaaannn... selera untuk dimakan. Alhamdulillah.
Delete