Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Isu Tentera Naik Air Asia Pun Korang Penin?

Bongok! Pandai sangat! Sori... pembuka entri yang kasor sangat bunyinya. Teman tak suka nak katakan benda macam tu, tapi kalau dah sifat bodoh cerdik melampau tu tak reti nak simpan sikit-sikit, memang layak le kena macam tu. Ada sini yang nak tanya, "Kenapa tak guna jet pejuang je hantar tentera kita pegi Sabah sana?"

Kalau teman kata 'mangkuk tingkat' karang, gamak kecik hati ke idak? Halo sedara, F/A 18 tu kenapa pangkal namanya ada F/A? Dua-dua huruf tu bawak maksud Fighter/Attack. Dengan lain perkataan, bukan guna untuk angkut anggota tentera. Sama juga dengan Hawk 208 yang kegunaan utamanya untuk latihan dan kombat kos rendah. Lain kali, guna la otak tu untuk berfikir dulu apa yang nak ditaip, sebelum membadutkan diri dan jadi bahan gelak tawa orang lain.

Ini gambar yang dikongsikan Tan Sri Tony Fernandes di Twitter -




Iyeee... Apa yang korang terkejut sangat kalau tentera Malaysia naik kapal terbang Air Asia pun? Korang rasa pelik, atau korang tak pernah tau yang mana-mana pasukan tentera dari mana-mana negara pun angkut anggotanya guna khidmat penerbangan komersil.

Walaupun blog teman ni warna rasminya tak pernah tukar, tetap hijau-putih dari dulu lagi, tapi itu tak bermakna teman akan iyakan apa segala yang disampaikan oleh pihak tertentu. Apa yang betul tu, betul la, yang salah tetap salah. Isu tentera naik kapal terbang Air Asia ni tak patut dijadikan jenaka langsung sebab benda macam ni sangat normal. 

Korang tak pernah nampak tentera kat lapangan terbang ke kat stesen keretapi ke... Atau, sebenarnya korang tu seumur hidup tak pernah merasa naik kapal terbang dengan keretapi? Malu nak ngaku kot. Tak payah risau sebab dengan Air Asia, "Now Everyone Can Fly". Kekeke. Jangan marah. Teman gurau jeee...

Macamana keadaan kalau anggota-anggota pasukan keselamatan negara berpakaian lengkap nak pergi berperang, kita nampak kat lapangan terbang ye? Mesti nampak menggerunkan, rasa cemas, panik dan macam-macam lagi kan? Tak! Salah! Negatif! Meleset sama sekali. Tengok je la gambar-gambar kat bawah ni -




Hakikatnya kita akan rasa selamat, yakin, bangga dan hormat kepada mereka ni. Kita mampu dan kita sanggup buat apa yang diorang buat ni? Cuba tanya diri sendiri dan jawab dengan ikhlas...

Hmmm... Syok la diorang, dapat naik kapal terbang free. Air Asia lagi le tu. Air Asia? Air Asia aje yang korang nak hentam sebab angkut anggota keselamatan? Mung dok diang-diang, mung bace molek-molek...




Uniform apa yang peramugari pakai tu? Blazer merah dengan skirt singkat atas lutut ke? Jawab sendiri dah la.

Bukan teman nak marah ke apa ke kan. Cuma, kita ni tak pandai mana pun. Kalau itu bukan bidang kita, bukan kepakaran kita, jangan kita yang sibuk-sibuk tunjuk pandai nak mengajar orang kunon. Ini bukan main Counter Strike tau. Yang itu kalau kalah boleh ulang main lagi. Ini libatkan nyawa.


Pasukan keselamatan negara nak bertindak macamana, nak naik apa pergi, nak guna senjata apa, itu semua menurut arahan atasan yang kita tak tau menahu untuk apa dan macamana jadinya nanti. Maklum leee... kita ni bukannya pakar strategik dan taktikal perang pun. 



Tentera darat ke, udara ke marin ke, komando polis ke, mandur estet ke... eh silap! Mandur estet tak masuk dalam cerita ni. Semua tu ada cara-cara dan prosedurnya nya sendiri. Lagipun kalau kita sibuk sangat Air Asia angkut tentera negara, kita boleh buat ke? Kita ada Airbus A380 macam Tony Fernandes tu? Hehehe...



"Kalau kita ni mahir gaul simen, kita cerita la bab gaul simen. Kalau kita pandai mancing ikan kerisi, cerita pasal mancing kerisi. Bila masa yang kita mancing tenggiri? Masing-masing ada bidang masing-masing." (Eh, macam biasa dengor pulak skrip ni. Kat mana ye?)



Sekian le sesi membebel teman untuk kali ni. Wassalam...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba