Skip to main content

MAKAN : Ada Halal, Haram, Makruh, Harus, ... Ada Muslim Friendly?

    Istilahnya ' Muslim friendly' . Bahan-bahannya HALAL. (perhatikan ejaan halal dalam ALL CAPS ) Aku juga ada kawan-kawan Cina, India, Iban, dan kami berkawan baik. Saling hormat-menghormati bangsa dan agama masing-masing. Kami tidak melanggar batas-batas kaum dan agama. Tapi dalam situasi macam ni, sebenarnya satu taktik halus dalam mengelabukan pandangan orang awam terutamanya yang Muslim. Dari kecil kita belajar agama. Ada halal, ada haram, ada makruh, ada harus, semuanya istilah yang khusus. Masa kat sekolah dulu pernah dengar ustaz dengan ustazah sebut, "Yang ni hukumnya Muslim friendly ." Ada ke? Fikir-fikir dan renung-renungkanlah. Mungkin akan teringat kembali ajaran-ajaran agama guru-guru kita dahulu. InsyaAllah.

Anda Sudah Potong? Jangan Tunggu Lagi...!!!

Entri kali ni sekadar hiburan semata-mata, dan tak ada apa niat untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa OK?! Duduk rileks, baca, tengok gambar, dan senyum sinis cukup laaa. 

Baru-baru ni ada kompeni penyedia khidmat Internet berkelajuan tinggi wayarles dah melancarkan satu servis barunya iaitu khidmat talian guna kabel optik fiber. KABEL! Iyaaa... Perkataan yang patut kita bagi perhatian kali ni ialah kabel.

Teman nak cadangkan kompeni tu gunakan pendekatan yang agak berani dalam mempromosi servis barunya tu. Contohnya, dengan penggunaan poster macam ni -



Perkara ini bukanlah idea baru untuk kompeni ni pun. Tak ada apa yang nak kita rasa pelik pun sebenornya. Ingat tak dulu, kita selalu nampak poster 'POTONG! POTONG! POTONG!'. Mesti biasa kan? Kat tv pun selalu ada iklan camtu. Alaaa... yang ni haaa...


Wohooo... kepada sesiapa yang terlibat secara langsung, atau tak langsung dengan syarikat Pee1 ni, jangan la marah. Kan teman dah kata, entri ni sekadar hiburan semata-mata. Ini pun tak cukup kelakor sebenornya. Apa yang lebih lawak dari tu ialah email yang teman baru je terima ni :

(Kalau susah nak baca, bleh klik kat gambor tu. Nanti dia zum jadi besor)


YANG NI BACA DENGAN NADA SERIUS :

Kepada Encik Fird**s Huss**n (bukan nama sebenar), terima kasih kerana menjawab soalan-soalan yang telah saya ajukan pada 13 Februari 2013. Bagi saya, hanya kekeliruan dari segi bil yang telah mampu pihak Tuan perjelaskan kepada saya dan meninggalkan saya dengan beberapa isu teknikal seperti gangguan-gangguan perkhidmatan dan perubahan kaedah pengendalian masalah yang pihak Tuan lakukan. 

Di awal langganan saya, pihak Tuan memberikan makluman melalui SMS tentang gangguan-gangguan teknikal, tetapi sekarang tiada lagi diamalkan. Ini tidak dapat dinafikan langsung kerana pihak Tuan ternyata gagal memaklumkan beberapa gangguan perkhidmatan dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, bahkan gangguan yang berlaku malam ini juga langsung tiada sebarang notis diberikan oleh pihak Tuan. Jika pihak Tuan rasakan saya mengada-adakan cerita, silalah semak dengan rekod teknikal Tuan sendiri. Pihak Tuan ada menyimpan nombor akaun saya, dan itu menjamin lokasi gangguan dapat disemak dalam beberapa minit sahaja.

Suka dimaklumkan, kami pengguna, membayar bil untuk mendapatkan perkhidmatan Internet tanpa wayar yang ditawarkan, bukan untuk melihat kelipan-kelipan L.E.D berwarna hijau itu. Jika pihak Tuan tidak jelas bagaimana rupanya kelipan-kelipan tersebut, tidak perlu bimbang kerana saya juga telah membuat rakaman video untuk kita tonton bersama sekiranya Tuan tidak pernah berpeluang melihatnya sebelum ini.

Dimaklumkan juga, setiap jam, minit dan saat berlakunya gangguan perkhidmatan, ia tidak pernah diambil-kira di dalam bil dan penyata akaun kerana saya tidak pernah melihat sebarang bentuk bayaran pulangan berkaitan perkara ini di bil-bil saya. Adakah menjadi satu amalan standard pihak Tuan untuk mengenakan bayaran atas perkhidmatan yang tidak diberikan?

Saya juga ingin menarik perhatian pihak Tuan mengenai amalan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Sila maklum bahawa syarikat Tuan beroperasi di negara Malaysia; nama Tuan juga saya dapati nama seorang Melayu, atau jika sebaliknya, mungkin saya salah faham. Mungkin juga Encik Fird**s seorang yang berbangsa asing. Maafkan saya jika begitu. Andaian saya mungkin meleset sama sekali. 

Sebenarnya, amatlah kurang sopan sekiranya pelanggan membuat aduan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya, tetapi dibalas pula dengan Bahasa Inggeris sepenuhnya oleh pihak Tuan. Adakah syarikat Tuan enggan mengiktiraf bahasa rasmi negara ini? Sekiranya Tuan seorang Melayu, harap dapatlah dipanjangkan kepada pihak pengurusan syarikat Tuan bahawa di Malaysia, 'lingua franca'-nya ialah Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.

Pihak Tuan tidak perlu memikirkan untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap saya, sebaliknya pihak Tuanlah yang perlu berfikir apa yang patut dilakukan. Jangan dipersalahkan saya kerana menggunakan platform ini untuk menegur kelemahan-kelemahan pihak Tuan. Sila ambil secara positif dan ketepikan kaedah penyampaian saya yang tidak rasmi ini. Banyak perkara yang boleh diselesaikan dengan pilihan pelbagai cara. Mungkin ini salah satu cara yang lebih besar impaknya dari sekadar menghantar emel aduan secara rasmi kepada pihak Tuan. Itu terpulang kepada cara penerimaan pihak Tuan.

- - -

Aaaahhh... Watever-lah korang weh. Ingat bagus sangat ke pun ntah leee. Ai olso ken skipin London la weh. Semor, ai olso woc 'Oh, My English!'. So wat la...!!!

Sekian la untuk kali ni. Panjang bebenor dah teman membebel gamaknya. Cukup le tu. Wassalam...

Comments

Post a Comment

Popular Kini

Pengalaman Pertama Bersama MyE.G*

Setiap perkara pasti ada pertamanya kan? Lazimnya macam la... Untuk entri kali ni, teman nak ceritakan pengalaman teman buat kali pertama mengambil pelekat cukai jalan di pejabat telur saya MyE.GG (bukan nama sebenar). Jangan berprasangka buruk dengan teman ye. Ini sekadar sesi berkongsi pengalaman; tidak lebih dan tidak kurang dari tu la ye. Hari ni, 14 Februari 2013, jam lebih kurang 11:25 pagi, teman berkunjung ke bangunan yang terletak di Bandar Utama, tempat di mana yang telah teman pilih untuk ambil sendiri pelekat cukai jalan kereta teman yang dah diperbaharui secara online . Di lobi bangunan, teman disambut mesra dek seorang pengawal keselamatan dan beliau merekodkan butir-butir peribadi sebelum menunjukkan arah ke lif bangunan. Pejabat MyE.GG letaknya di tingkat lapan bangunan tu. Dengan layanan mesra yang teman terima dari pengawal keselamatan tadi tu, kiranya teman dah siap-siap buat andaian khidmat yang bakal teman terima nanti memang mencapai tahap yang teman harapkan. (u

Logo BRPiEC

Kira buleh le ni ye? Sekian je la, untuk jamu mata. Hehehe. Wassalam.

LGBTQ+ : Bukan Calang-Calang Yang Terlibat

Mungkin ada yang perasan dalam tempoh sebulan kebelakangan ni banyak jenama besar yang gunakan warna-warna pelangi sebagai latarbelakang logo mereka. Ada yang rasa pelik, dan ada yang lebih kurang tahu apa ceritanya.  Untuk yang tak berapa tahu, warna-warna pelangi tu mewakili bendera LGBTQ+ (dulu LGBT sahaja, dan kemudian beranak-pinak lagi). Singkatan huruf-huruf tu membawa maksud Lesbian , Gay , Bisexual , Transgender dan Queer . Benda ni tak susah nak faham. Kiranya depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah, jantan, betina, pondan, semua boleh. Sapu sama rata aje. Kot sempat batang penyapu boleh jalan... kalau jumpa lubang botol pun jalan. Lebih kurang begitulah kalau nak dikiaskan. Asal boleh, kira jadi. NASA pun promosi LGBTQ Janganlah terkejut kalau dikatakan aktiviti luar tabii ni sedang dinormalisasikan. Bukan baru hari ni. Dah lama dah... Dah lama dah... 'Perjuangan' songsang ni dah berlangsung seawal 50'an, 60'an dan 70'an, hanya caranya berbeza mengikut