Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

Elakkan Terlalu Kerap Makan Megi

Kita semua sedia maklum, ini isu lama. Kemain banyak dah diperdebatkan, ada yang kata makan megi (mi segera) ni bahaya, dan ada juga yang berhujah megi tu sendiri membekalkan protein, dengan lain perkataan kiranya berkhasiat la juga kan? Tak kurang juga ada teman dengor orang kaitkan megi dengan bahan kimia potassium bromat .  Eeee... mintak simpang le ye? Buleh pulak benda ropa itu ada dalam makanan kita! Err... Potassium bromat tu mende? Aaa... tak kisah la apa alasan korang sekalipun, berapa puluh jam korang nak debat kat warung Pak Jabit tu, ikut suka korang leee. Bagi teman, sekarang ada alasan lebih kukuh kenapa teman takut nak makan megi. . . . . . . . . . Korang perlu tau, " Tengah makan megi, Husin kena kidnap! ". Faham tak ni? Hehehehe. Kalo korang tak faham, sila pegi wayang ke, cari dalam Asteruk First ke, langgan cerita 'Husin, Mon & Jin Pakai Toncit. Korang peratikan dan dengor elok-elok skrip watak Lias Sekupang tu. Muahahaha. Jangan marah yeee. Gambor

Anda Sudah Potong? Jangan Tunggu Lagi...!!!

Entri kali ni sekadar hiburan semata-mata, dan tak ada apa niat untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa OK?! Duduk rileks, baca, tengok gambar, dan senyum sinis cukup laaa.  Baru-baru ni ada kompeni penyedia khidmat Internet berkelajuan tinggi wayarles dah melancarkan satu servis barunya iaitu khidmat talian guna kabel optik fiber. KABEL! Iyaaa... Perkataan yang patut kita bagi perhatian kali ni ialah kabel. Teman nak cadangkan kompeni tu gunakan pendekatan yang agak berani dalam mempromosi servis barunya tu. Contohnya, dengan penggunaan poster macam ni - Perkara ini bukanlah idea baru untuk kompeni ni pun. Tak ada apa yang nak kita rasa pelik pun sebenornya. Ingat tak dulu, kita selalu nampak poster 'POTONG! POTONG! POTONG!'. Mesti biasa kan? Kat tv pun selalu ada iklan camtu. Alaaa... yang ni haaa... Wohooo... kepada sesiapa yang terlibat secara langsung, atau tak langsung dengan syarikat Pee1 ni, jangan la marah. Kan teman dah kata, entri ni sekadar hiburan semata-mata. Ini

MARI MENGUNDI : Amalan Ketika Berceramah / Kuliah Agama

Teman tau dan sedor hakikat bahawa buat undian di forum, blog dan lain-lain jenis website  memang tak akan dapat sambutan sekarang ni sebab orang lebih selesa dengan Facebook. Apa sebabnya, itu tak dapat le teman nak perjelaskan. Tanya la pengguna-pengguna tegar FB tu sendiri ye? Untuk undian isu remeh kali ni, andai kata buleh dapat satu dua vote  pun jadi leee. Tak payah nak berangan tinggi melangit pun kannn...???  Persoalan 'remeh-temeh' yang teman nak ajukan, macam ni le bunyinya - "WAJARKAH PARA GURU AGAMA BERJENAKA, BERSYAIR, BERPANTUN, BERGURINDAM, BERNYANYI DAN SEUMPAMANYA KETIKA DALAM PROSES MENYAMPAIKAN ILMU?" Haaa... sila-sila la ye. Kepada sesiapa yang berminat, boleh la klik kat memana pilihan undian yang sesuai. Sekian untuk kali ni. Wassalam...

Esok Tengok Bola Ke Hoki? Yang Mana Satu?

Entri ni pendek aje. Korang suka bola, boleh tengok persahabatan Malaysia bertemu Arab Saudi atau yang minat sukan hoki, ada perlawanan akhir hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013.  Ikut selera sendiri la ye? Macamana boleh pilih-pilih pulak tu? Ceritanya, esok, 17 Mac 2013, pihak Astro menyediakan saluran tambahan 802. Mana pulak teman tau? Tuuu... ce tengok gambor kat bawah - Esok ada Astro Arena Saluran 802 dengan kod pendek AREN2. Jadi, apa lagi? Fikir-fikir la mana yang bersesuaian nak ditonton esok malam ye? Jangan sampai bergaduh rebut-rebut remote control Astro dah le. Hahaha. Sekian untuk kali ni. Wassalam...

Aplikasi Android BraderPET.com

Kelakar, tapi tak la kelakar mana pun. Hari ni teman dah wujudkan satu aplikasi ringkas untuk bukak blog teman ni gunakan alat-alat kecik macam henpon, tablet, netbook dan lain-lain yang gunakan sistem operasi Android . Bukan la teman katakan yang blog teman ni popular sangat sampai nak ada aplikasi sendiri pun. Apa yang teman fikirkan, susah juga nak taip alamat blog teman ni kalau gunakan kibod jenis sentuh-sentuh kat skrin LCD tu. Apa salahnya kalau terus ada je satu ikon kat skrin dan kita sentuh je, terus bukak laman blog. Haaa... senang kan? Aplikasi ni ringan je, sebab sangat kecik pun fail dia. Tak payah risau kalau makan masa nak tunggu dia jalan. Cara nak install macam aplikasi Android yang biasa sebab ada pakej fail .APK yang secara automatik OS Android akan tau cara cemana nak handle fail ni. Ini la rupanya ikon dan skrin aplikasi yang teman dah buat tu. Nampak mudah je kan? Walau apapun, teman kena katakan kat sini aplikasi ni masih lagi teman uji untuk kenalpasti ada m

Isu Tentera Naik Air Asia Pun Korang Penin?

Bongok!  Pandai sangat! Sori... pembuka entri yang kasor sangat bunyinya. Teman tak suka nak katakan benda macam tu, tapi kalau dah sifat bodoh cerdik melampau tu tak reti nak simpan sikit-sikit, memang layak le kena macam tu. Ada sini yang nak tanya, "Kenapa tak guna jet pejuang je hantar tentera kita pegi Sabah sana?" Kalau teman kata 'mangkuk tingkat' karang, gamak kecik hati ke idak? Halo sedara, F/A 18 tu kenapa pangkal namanya ada F/A? Dua-dua huruf tu bawak maksud Fighter/Attack. Dengan lain perkataan, bukan guna untuk angkut anggota tentera. Sama juga dengan Hawk 208 yang kegunaan utamanya untuk latihan dan kombat kos rendah. Lain kali, guna la otak tu untuk berfikir dulu apa yang nak ditaip, sebelum membadutkan diri dan jadi bahan gelak tawa orang lain. Ini gambar yang dikongsikan Tan Sri Tony Fernandes di Twitter - Iyeee... Apa yang korang terkejut sangat kalau tentera Malaysia naik kapal terbang Air Asia pun? Korang rasa pelik, atau korang tak pernah tau y

RESIPI : Kek Mentega Keju Stim

Huarghhh... ngantuk sungguh rasanya. Tapi takpe la. Teman cuba sudahkan juga la entri ni sebelum masuk tidor. Mana tak ngantuknya. Dua jam dari pukul sembilan sampai la pukul 11 teman tunggu 'Piwang Wimak' ni ada servis balik. Tadi dok kelip-kelip je takde signal . Ni baru dapat guna balik. Dulu teman ada bagi resipi kek mentega stim kan? Teman rasa ada la yang dah cuba tu. Tapi biasa laaa... orang yang tak makan manis macam teman ni, resipinya mesti ada rasa manis yang sikit-sikit je. Cukup setakat ada berasa dan bukan tawar hambar sampai tak lalu nak dimakan.  Sesiapa yang suka makan manis tu, boleh la sesuaikan sendiri sebanyak mana gula yang dia nak letak. Kan ke fleksibel namanya tu? Hehehe. Resipi kali ni kek stim juga, cuma ada sikit beza dari segi bahannya. Sebab dek berbeza bahan, maka hasilnya pun ada la berbeza. Kek ni dia berat sikit dari kek stim mentega dulu tu, dan, ada rasa macam berkrim dan masam sikit sebab teman tambah dengan keju dan minuman yogurt. BAHAN-B

GAMBAR : Pengadun Buatan Sendiri (DIY Mixer)

Tak ada pengadun kat rumah? Kadang-kadang nak guna, tapi bendanya tak ada, susah juga la kan? Hari ni teman teruskan cadangan nak buat sendiri mixer . Alaaa... biasa le. Bak kata orang Banjor, konsepnya  Do-It-Yourself atau DIY . Ini la rupanya pengadun yang separuh siap tu.  Kot ada masa lapang esok, teman siapkan le bahagian-bahagian sambungan wayarnya pulak. Eh-eh, kejap! Macam ada yang tak kena jeee. Macam salah je gambor kat atas tu. Hehehe. Ni haaa gambor yang betul - Macamana hasilnya? Kualiti rakaman bunyi dari DIY mixer ni kita akan tau, insyaAllah, bila teman ada kesempatan rakam mana-mana persembahan live kawan-kawan nanti. Kita tunggu aje la ye. Sekian la sesi perkongsian untuk kali ni. Wassalam...