Skip to main content

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

Pengalaman Pertama Bersama MyE.G*

Setiap perkara pasti ada pertamanya kan? Lazimnya macam la... Untuk entri kali ni, teman nak ceritakan pengalaman teman buat kali pertama mengambil pelekat cukai jalan di pejabat telur saya MyE.GG (bukan nama sebenar). Jangan berprasangka buruk dengan teman ye. Ini sekadar sesi berkongsi pengalaman; tidak lebih dan tidak kurang dari tu la ye.

Hari ni, 14 Februari 2013, jam lebih kurang 11:25 pagi, teman berkunjung ke bangunan yang terletak di Bandar Utama, tempat di mana yang telah teman pilih untuk ambil sendiri pelekat cukai jalan kereta teman yang dah diperbaharui secara online. Di lobi bangunan, teman disambut mesra dek seorang pengawal keselamatan dan beliau merekodkan butir-butir peribadi sebelum menunjukkan arah ke lif bangunan.

Pejabat MyE.GG letaknya di tingkat lapan bangunan tu. Dengan layanan mesra yang teman terima dari pengawal keselamatan tadi tu, kiranya teman dah siap-siap buat andaian khidmat yang bakal teman terima nanti memang mencapai tahap yang teman harapkan. (untuk makluman, citarasa teman agak tinggi dalam hal-hal macam ni ye...)

Wah...!!! Memang cantik tempatnya. Ada lima kaunter, tapi teman dapat lihat hanya ada plet nombor dua dan lima. Nombor lain entah ke mana la peginya. Kekeke. Tak apa la. Itu bukan masalah besar pun kan? Bagi teman, urusan utama yang teman nak laksanakan hanyalah mengambil pelekat untuk ditampal di cermin kereta. Itu sahaja.



Dapat teman lihat dengan jelas, beberapa orang pegawai mundar-mandir keluar masuk kawasan kaunter dan saling berbincang sesama sendiri. Memang kelas sungguh ni. Bayangan di kepala otak teman semakin kuat, servis MyE.GG ni tahap world class. Semua yang bertugas nampak serius dan bersungguh-sungguh. 

Ada mesin tiket nombor giliran; bila teman tekan dapat la nombor ni -



Nombor giliran yang sedang dilayan ialah 3005, dan nombor giliran teman pula 3006. Kiranya lepas selesai urusan brader yang pakai kemeja putih ni, giliran teman le kan? Mana ada orang lain kat depan kaunter tu pun. Kekeke. Masa tu jam 11:39. Awal lagi. Tak ada apa nak dikejarkan pun. Sekarang, masa untuk lepak depan monitor, tunggu nombor giliran teman dipanggil.


Eh-eh... tak ada siaran la. Mungkin siaran Asteruk terganggu la tu. Hujan la katakan...

Jeling-jeling ke arah kaunter. Nampak lagi brader tadi berdiri depan kaunter. Mungkin sulit la urusannya ni. Makan masa nak disemak, nak disudahkan.


Tak apa la. Tak payah sibuk-sibuk urusan orang lain. Sambung lepak, tengok monitor yang tak ada siaran TV3 tu. Hehehe.


Bosannyaaa... Toleh balik arah kaunter...


Hmmm... nampak macam dah letih je la dia tu kan? Huarghhh... Teman pun rasa macam nak ngantuk dah masa tu. *bling-bling* Haaa... Kan ada dua pegawai kaunter masa tu? Baru teman terfikir. Kalau ada dua kaunter yang beroperasi masa tu, kenapa nombor gilirannya tak bergerak langsung dari tadi ye? Atau teman datang salah masa kot. Mungkin masa makan tengahari la gamaknya ni. Patut la ada satu kaunter je yang layan pelanggan.

Beberapa minit lepas tu baru la brader tadi tu beredar. Rumit sungguh la tu urusannya. Ting tong! Nombor 3006 dipanggil. Hehehe. Teman le tu. Biasa la, buat muka cool je bagitau apa urusan teman. Pegawai kaunter tu angguk-angguk, senyum-senyum, ambik MyKAD teman dan masuk ke pejabat belakang untuk cari pelekat cukai jalan kereta teman.

Sementara tu teman sempat jeling dan ambik gambar salah satu monitor nombor giliran yang paling dekat dengan kaunter tu.


Eh-eh! Baru pukul 11:48 pagi laaa. Takkan diorang keluar makan tengahari sebelum waktu tengahari kan? Jelas sekali tengahari tu maksudnya jam 12:00 tengahari la. Jadi, isu menunggu tadi tak ada apa kaitan langsung dengan waktu makan tengahari rupanya.

.
.
.
tik tok tik tok ...
.
tik tok tik tok ...
.
tik tok tik tok ...
.
.
.


Dah dapat! Akhirnya eksperimen pertama teman perbaharui cukai jalan tanpa bawa geran kenderaan telahpun berhasil. Sukses! Sukses! Muahahaha. Tengok laaa. Dalam sampul surat tu ada pelekat cukai jalan kereta teman.


Bagi yang ada pengalaman berurusan dengan MyE.GG sebelum ni, mungkin sama dan mungkin juga langsung tak sama situasinya macam yang teman lalui hari ni kan? Tak pasti la teman macamana pula kisahnya.

Apa-apa pun, beberapa kesimpulan yang teman buat berdasarkan pengalaman pertama ini ialah -

i.) Sistem ni bagus sebab kita boleh perbaharui cukai jalan kenderaan tanpa bawa geran (kad pendaftaran) kenderaan. Tak semua orang sentiasa ingat nak bawa dokumen macam ni bila diperlukan. Andaikan kita pegi ke pejabat pos atau ke bank dan kita lupa nak bawa geran? Mungkin ada masalah dan kita perlu tangguh niat kita masa tu kan?

ii.) Sistem yang bagus dan kemas, dilengkapi alat-alat canggih tidak menjamin servis yang efisyen jika kita tidak menitikberatkan faktor 人 (people / manusia). Manusia boleh membentuk sistem operasi, manusia boleh merekabentuk alat tetapi sistem dan alat tidak boleh mengawal manusia untuk memberikan khidmat yang terbaik. Manusia tetap manusia dan kelemahan manusia hanya boleh dikurangkan dengan bantuan sistem kerja dan mesin, namun ia bukanlah penyelesaian secara total.

iii.) Jika tempoh menunggu terlalu panjang hanya untuk mengambil sahaja pelekat cukai jalan yang sudah tersedia, boleh kalian andaikan jika pegawai-pegawai yang sama ditugaskan di kaunter-kaunter pejabat pos atau di bank? Cuba fikirkan sedalam-dalamnya dan cari jawapannya sendiri. Hehehe.

iv.) Teman gagal membezakan perkhidmatan syarikat swasta 'Berhad' ini dengan khidmat kaunter agensi kerajaan. Seakan langsung tak ada bezanya. Setuju atau tidak, nilaikan sendiri la ye.

v.) Khidmat yang diberikan oleh pengawal keselamatan di lobi bangunan teman rasakan lebih efektif dan jauh lebih efisyen berbanding khidmat kaunter MyE.GG .

vi.) Tak ada sebiji telur pun dijual di kaunter MyE.GG walaupun teman sengaja silapkan ejaannya dengan menambah huruf G di hujungnya. Kalau menunggu lama macam nak tunggu ayam bertelur tu ada la. Kekekeke.


Itu la saja yang teman nak kongsikan kali ni. Sekian... Wassalam...

Comments

  1. tak pernah pergi kaunter tue...
    tapi mesti akan kena pergi jugak one day...
    sabor jer la... hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih kih kih. Apa nak buat... Orang kita ni kemudahan kelas pertama, tapi sikap dok kat kelas bawahan jeee. Apa-apa pun, kita perlu sentiasa tingkatkan diri sendiri. Baru sepadan dengan teknologi yang kita guna.

      Delete
  2. ok, kalau nk plg sng renew roadtax sy ad cara nye..
    guna emel..sng je..jimat masa + tenaga.. baca entry tu kt blog sy..
    http://belogzeera.blogspot.com/2012/11/perbaharui-insurans-raodtax-anda.html

    ada 5% diskaun utk kwn2 blog tw =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err... terima kasih ye. Tapi masalah saya bukan dengan insurans. Masalahnya kat atas tu berkenaan urusan di kaunter MyEG kan?

      Delete

Post a Comment

Popular Kini

Anda Sudah Potong? Jangan Tunggu Lagi...!!!

Entri kali ni sekadar hiburan semata-mata, dan tak ada apa niat untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa OK?! Duduk rileks, baca, tengok gambar, dan senyum sinis cukup laaa.  Baru-baru ni ada kompeni penyedia khidmat Internet berkelajuan tinggi wayarles dah melancarkan satu servis barunya iaitu khidmat talian guna kabel optik fiber. KABEL! Iyaaa... Perkataan yang patut kita bagi perhatian kali ni ialah kabel. Teman nak cadangkan kompeni tu gunakan pendekatan yang agak berani dalam mempromosi servis barunya tu. Contohnya, dengan penggunaan poster macam ni - Perkara ini bukanlah idea baru untuk kompeni ni pun. Tak ada apa yang nak kita rasa pelik pun sebenornya. Ingat tak dulu, kita selalu nampak poster 'POTONG! POTONG! POTONG!'. Mesti biasa kan? Kat tv pun selalu ada iklan camtu. Alaaa... yang ni haaa... Wohooo... kepada sesiapa yang terlibat secara langsung, atau tak langsung dengan syarikat Pee1 ni, jangan la marah. Kan teman dah kata, entri ni sekadar hiburan semata-mata. Ini

Kabinet Dapur (DIY Bulan Ramadhan 1431H)

Kembali atas popularitinya sendiri, maka entri kabinet dapur ni teman masukkan balik ke dalam blog teman ni. Terima kasih atas sokongan semua! :-) - - - Konsep sendiri, design sendiri, buat drawing sendiri, tukang sendiri... Maka, terhasillah kabinet dapur baru ni. Bajet yang tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan ditempah dengan kontraktor. Alhamdulillah, selesai sudah.  Yeah, bersih dan kemas rasanya konsep ni. Hitam-putih. Gambar semasa baru siap, sebelum barang-barang dimasukkan. Tiga pintu. Paling kiri - Barang kegunaan harian. Tengah - Tong gas dan simpanan barangan kurang aktif. Paling kanan - Simpanan barang paling jarang guna. Memang spesifik, tak campur aduk. Tempat letak tong gas ada tanda - supaya jangan lupa tutup. Kalau tak, nanti nampak tong gas kaler hijau-merah yang berkarat-karat tu. Hehehe (Syarikat Nasional punya ke tong hijau-merah tu) Ada lubang air-vent untuk pengudaraan - selalu designer lupa, tempat gas perlu ada pengudaraan yang baik. Dah mula letak

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u