Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

DIY : Pasang 'Fender Signal' Jenis LED

Arghhh...!!! Apa punya tajuk, bahasa campur-aduk macam ni. Hahaha. Yang sebenornya teman tak jumpa perkataan terbaik untuk gantikan 'fender signal' tu ke Bahasa Melayu. Takkan 'lampu isyarat fender' kot. Lagi buruk bebenor campur bahasanya kan?

OK, ok. Tak payah bebel panjang-panjang sangat. Cuma teman nak kongsikan kat sini cara teman tukar 'fender signal' dari jenis yang standard dari kilang ke jenis LED. Iyeee... Jenis mentol kecik-kecik tu.

Macam ni haaa -


Nak dijadikan punca, teman hantor Che Nab teman ke woksyop sebab ada masalah dengan gear auto dia. Tapi, entah apa punca teman tak pasti, yang gear tak boleh betuikan, datang pulak masalah lain. Dari kecuaian si pomen, fender kereta teman kemek-kemek dan lampu isyarat yang melekat kat fender tu pecah. Malas nak kenang-kenangkan. Buat sakit hati jeee. Teman hantor ke tempat pakar, dua hari je dah siap. Lagi senang hati.


Jadi, semalam lepas kemek tu dibetuikan, dan dah dicat semula, tinggal la satu cabaran lagi. Teman ni kalau nak disuruh beli barang kategori 'rare' sampai nak kena tempah-tempah lepas tu kena tunggu barang tiba, memang teman tak berkenan sungguh la. Datang satu idea, teman nak tukor terus dua-dua belah lampu isyarat tu dengan jenis 'universal'. Maksudnya, benda tu takde kaki dan klip. Hanya perlu tampal dengan 'double-sided foam tape'. Haish... tak payah gatai la nak terjemah ke Bahasa Melayu benda ni. Buat siksa diri jeee.

PERINGATAN IKHLAS : Lakukan semua proses DIY ini dengan keadaan sistem elektrik kereta dimatikan. Pastikan tiada mana-mana bahagian terlibat yang basah atau berminyak. Dan, antara yang terpenting - 


"Do this procedure at your own risk. I am not responsible for any mistakes in the procedure or those that you make while performing it."

Di bawah ni langkah-langkah macamana teman tukor lampu tu -


1. Keluarkan lampu yang dah pecah tu. Cara paling selamat, teman gunakan pemutar skru jenis leper yang paling nipis dan balut bilahnya dengan kain nipis. Tuilkan dari bahagian bawah lampu, bukan dari bahagian atas. Nanti nampak calar ke kemek ke, naya jeee.

Cabutkan dari soket penyambung. Ada yang jenis klip, ada juga jenis putar macam skru. Hati-hati jangan rosakkan mana-mana bahagian wayar dan soket.


2. Potong sikit kira-kira jarak dua milimeter bahagian getah penyalut ('insulator') kedua-dua wayar lampu yang asal. Jarakkan kira-kira seinci antara potongan wayar positif dan negatif. Ini penting untuk elakkan litar pintas kalau ada mana-mana bahagian balutan wayar yang terbuka atau reput nanti. Kalau tak faham, ikut aje gambor kat atas tu.

Mungkin ada yang tanya, kenapa teman tak potong terus kepala soket asal tu. Jawapannya mudah je. Kalau lain kali kita nak guna lampu lain, tapi jenis yang ada soket penyambung, mana pulak kita nak cari soket tu kan? Jadi, jangan cari penyakit la. Lagi baik dibiar situ untuk kegunaan akan datang.


3. Cantumkan wayar dari 'fender signal' LED yang baru kepada wayar-wayar lampu yang asal. Biasanya wayar lampu ni dibezakan antara positif dengan negatif sama ada dengan warna merah-hitam, atau dengan jalur halus di salah satu wayar. Kalau tak tau juga, gunakan multimeter atau bateri kecik untuk pastikan polaritinya. Biasanya kalau terbalik pasang pun, LED tak rosak, cuma tak menyala aje. Boleh betuikan balik kalau tak nyala.


4. Balutkan semua wayar yang disambung dengan 'heatshrink tube' atau, kalau dah tak ada tu, guna aje la pita penebat elektrik yang biasa tu. Untuk kegunaan automotif, kita perlukan pita jenis yang melekat dengan kuat, tahan haba dan kelembapan.

Cara teman, lepas balut dengan 'insulation tapesatu persatu wayar tu, teman akan ikat dengan pengikat kabel ('cable tie') jenis paling halus, tak bagi dia terbuka. Agak bahaya kalau balutan tu terbuka masa sistem elektrik kereta hidup. Macam-macam masalah boleh timbul.

Kepala soket asal pun perlu dibalut dengan kemas untuk elakkan terkena air. Wayar-wayar yang berlebihan teman pendekkan dan kemaskan untuk elakkan dari bergesel dengan mana-mana bahagian logam di badan kereta.


5. Selepas dipastikan semua sambungan betul dan sangat-sangat kemas, boleh la dicuba. Hidupkan suis kereta dan nyalakan lampu isyarat. Tengok menyala ke tidak. Kalau menyala maknanya betul la tu. Dah boleh tampalkan ke tempatnya. Pastikan tak herot ye. 'Double-sided foam tape' dari gred automotif ni biasanya sangat kuat dan kalau dah melekat susah nak dibuka balik.





6. Tengok, kan dah nyala...!!! Hehehe. 


Senang je kan pasang 'fender signal' LED ni ye? Kenapa kedai aksesori nak ambik upah pasang sampai RM20-45 untuk buat kerja yang boleh siap dan 15 minit ni ye? Orang pompuan pun boleh buat. Takde nak pegang-pegang benda kotor pun.

Hmmm... OK. Sekalian la sesi perkongsian teknik DIY kita untuk kali ni. Wassalam...

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu