Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Bila Multi Sangat Kannn...

Kita biasa dengar kebelakangan ni, orang kita dah bijak gunakan perkataan-perkataan Inggeris (disebut 'English'), dan untuk entri kali ni teman hanya nak berkongsi tentang perkataan 'MULTI'.

Lebih kurang, maksud multi ni perkara yang lebih dari satu. Mungkin dua, tiga, empat dan seterusnya. Jadi, apa-apa perkataan yang dipangkalkan dengan perkataan multi, akan bagi maksud pelbagai. Contohnya tablet dengan fungsi 'multi-touch', perhimpunan pelbagai pihak atau 'multi-party', dan antara yang cukup popular sekarang ni, kenderaan pelbagai guna, MPV atau 'multi-purpose vehicle'.

Apa yang menarik sangat dengan kepelbagaian ni? Macam rasa nak bosan aje baca entri ni aih.

Ceritanya macam ni... kelmarin teman ada keluar ke pasaraya nak membeli bahan-bahan nak buat coney dog (hahaha... selera mat salleh la pulak!). Biasa la, memang dah namanya cerewet, teman memang cukup teliti bab-bab halal ni. Biasa le kan, benda nak makan jadi darah daging. Siapa yang tak cerewet kan?






Nak buat coney dog ni kalau tak ada jalur-jalur masam warna kuning tu, rasa macam kurang sifat la. Apa bendanya tu? Alaaa... orang Banjar panggil 'mustard' la benda tu. Ada mustard yang gunakan cuka, dan ada yang gunakan wain, ada yang campur dengan madu, ada warna kuning asli, dan ada juga yang ditambah dengan kunyit. Hahaha. Kalau bab masak-masak, makan-makan, memang iye-iye aje teman bercerita ye?

Gagalnya teman mendapatkan mustard yang ada logo halal yang sah, teman bertukar ke pendekatan lain. Teman beli serbuk biji sawi. Haish? Apa kejadahnya semua ini? Kekeke... Bagi yang belum tau,hakikatnya 'mustard' yang kita beli dalam botol kuning tu ialah 'processed mustard'. OK, ok... kita berbalik kepada serbuk biji sawi yang teman beli tu.

Ni ha rupa bungkusannya - 



Semuanya nampak normal masa teman ambil dari rak pasaraya tu. Tapi... bila teman sampai rumah, masa nak simpan barang-barang belian teman tu, rasa macam nak tergelak pun ada, rasa pelik pun ada juga. Teman terasa macam tengah baca corporate website kompeni yang keluarkan serbuk biji sawi tu.

Kalau tak percaya, tengok aje la sendiri macamana rupa cetakan bahagian belakang bungkusannya -


Tuuudiaaa... Lengkap ada teks,

"Additonal Information

Incorporated in 1997, XXXX Food has been manufacturing spices and herbs products. Located in the heart of South East Asia, Malaysia, we supply only the finest ingredients ... bla ... bla ... bla..."

Hah, memang macam website kan? Rasa macam baca bahagian 'About Us' kat laman web kompeni tu. Kekekeke. Itu la yang paling penting teman nak sampaikan dalam entri kali ni sebenarnya. Tak semua yang kita pelbagaikan akan berfungsi dengan baik, macamana yang kita harapkan. Secara umumnya, dan secara peribadinya teman rasakan pendekatan cetakan bungkusan 'multi-purpose' tu gagal menyampaikan maklumat kepada teman, sebaliknya menjadi bahan lawak semata-mata.

Ia tidak sama, sungguh lain dan sungguh-sungguh berbeza dengan mencetak tulisan '... dengan puluhan tahun pengalaman dan rempah-rempah ratus rahsia menjanjikan anda keenakan yang ketara mengatasi semua pesaing kami ...', di dinding restoran makanan segera.  

Tidak semua perkara sesuai kita pelbagaikan atau kita 'multi'-kan, dan jika tetap kita lakukan, perlu penelitian yang amat-amat mendalam dan terperinci bagi mengelakkan ia menjadi satu bentuk kegagalan yang boleh ditertawakan.

Ada sesiapa yang merancang untuk buat sinki basuh tangan di tandas restoran, di-'multi-purpose'-kan supaya boleh digunakan dek tukang masak untuk mencuci sayur-sayuran? Cuba renung-renungkan kata-kata mengarut ini sebelum bertindak. Hehehe.

Sekian bebelan panjang teman kali ni. Wassalam...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me