Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

Warna Hijau Semakin Diminati

Ditegaskan, ini bukan blog politik, dan si penulis (teman le tu) bukanlah seorang ahli politik. Cuma, kali ni teman nak kongsikan satu poster yang teman jumpa masa teman balik kerja tadi. Cantik kan?  Memang teman bangga sungguh sebab teman ni memang peminat kaler hijau. Hehehe. Rasa tenang, aman damai di jiwa bila tengok hijau. *** Peace *** Sekian la sesi mengarut pendek teman untuk kali ni. Wassalam... 

Ramez Dayoub Digantung Seumur Hidup

Ramez Dayoub, pemain pertahanan Selangor yang diimport dari Lubnan telah digantung seumur hidup berkaitan kes mengatur perlawanan. Teman tak perlu taip panjang-panjang rasanya tentang isu ni sebab seluruh dunia bolasepak tengah fokus dengan isu ni pun. Ni antara artikel yang teman jumpa, berkait isu pergantungan pemain tu - In a surprising twist of events, Selangor's star defender, Ramez Dayoub has been named as one of two players suspended for life by the Lebanese FA for alleged match-fixing, pending appeal. The announcement was made today in a press conference by the Secretary General of the West Asia Football Federation, Fadi Zureikat at the headquarters of the Lebanese Association of Football. Al-Jadeed TV also broke the news through their official twitter account naming 24 Lebanese football players who were accused of manipulating the results of the Lebanese National Football Team in the Asian league's matches. The other player who has been named alongside Ramez is Persiba

DIY : Pasang 'Fender Signal' Jenis LED

Arghhh...!!! Apa punya tajuk, bahasa campur-aduk macam ni. Hahaha. Yang sebenornya teman tak jumpa perkataan terbaik untuk gantikan ' fender signal ' tu ke Bahasa Melayu. Takkan 'lampu isyarat fender ' kot. Lagi buruk bebenor campur bahasanya kan? OK, ok. Tak payah bebel panjang-panjang sangat. Cuma teman nak kongsikan kat sini cara teman tukar ' fender signal ' dari jenis yang standard dari kilang ke jenis LED. Iyeee... Jenis mentol kecik-kecik tu. Macam ni haaa - Nak dijadikan punca, teman hantor Che Nab teman ke woksyop sebab ada masalah dengan gear auto dia. Tapi, entah apa punca teman tak pasti, yang gear tak boleh betuikan, datang pulak masalah lain. Dari kecuaian si pomen, fender kereta teman kemek-kemek dan lampu isyarat yang melekat kat fender tu pecah. Malas nak kenang-kenangkan. Buat sakit hati jeee. Teman hantor ke tempat pakar, dua hari je dah siap. Lagi senang hati. Jadi, semalam lepas kemek tu dibetuikan, dan dah dicat semula, tinggal la satu ca

Pengalaman Pertama Bersama MyE.G*

Setiap perkara pasti ada pertamanya kan? Lazimnya macam la... Untuk entri kali ni, teman nak ceritakan pengalaman teman buat kali pertama mengambil pelekat cukai jalan di pejabat telur saya MyE.GG (bukan nama sebenar). Jangan berprasangka buruk dengan teman ye. Ini sekadar sesi berkongsi pengalaman; tidak lebih dan tidak kurang dari tu la ye. Hari ni, 14 Februari 2013, jam lebih kurang 11:25 pagi, teman berkunjung ke bangunan yang terletak di Bandar Utama, tempat di mana yang telah teman pilih untuk ambil sendiri pelekat cukai jalan kereta teman yang dah diperbaharui secara online . Di lobi bangunan, teman disambut mesra dek seorang pengawal keselamatan dan beliau merekodkan butir-butir peribadi sebelum menunjukkan arah ke lif bangunan. Pejabat MyE.GG letaknya di tingkat lapan bangunan tu. Dengan layanan mesra yang teman terima dari pengawal keselamatan tadi tu, kiranya teman dah siap-siap buat andaian khidmat yang bakal teman terima nanti memang mencapai tahap yang teman harapkan. (u

Gambar-gambar Rawak Percutian 11-12 Feb. 2013

Hehehe... Korang percaya ke teman pergi bercuti? Takde la mustahil, cuma jarang-jarang teman dapat luangkan masa pergi bercuti. Jangan kata luar negara, dalam negara pun tak berapa sempat nak bercuti. Hmmm... Yang betulnya, teman balik kampung aje. Macam biasa la kan? Kekeke. Ni ha gambar-gambar rawak yang sempat teman tembak-tembak sepanjang dua hari 'percutian' tu. Sila-sila la jamu mata ye. Haaa... Macam-macam ada kan? Hehehehe. Sekian saja la untuk kali ni ye. Wassalam...