Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

VIDEO DAN GAMBAR : Persembahan Akustik Cobra Band - 26 Jan. 2013

Sabtu yang baru lepas ni teman dijemput dek sahabat teman, Yeop Dauih untuk merakam persembahan akustik di Wisma Getah Asli, Jalan Ampang, KL. Dengan langsung tak ada apa-apa persiapan, teman pun bijak-bijak (tengin-tengin) aje turun ke majlis kahwin tu, sebab teman tak kisah sangat. Ni bukan projek klip video profesional sampai semua nak sempurna kan? Setakat mana yang teman sempat sambar malam tu aje le.





Antara perkara paling kelakor malam tu, bila teman tanya, "Ada kome bawak jek pengecik dari 5 mm. ke 3.5 mm.?". Jawab dek Yeop Dauih, "Ada dalam beg gitar awak, tapi awak tak bawak. Deme pesan tak payah bawak gitar karan."

Ah sudah! Teman dah boleh bayangkan, sah-sah teman kena rakam guna mikropon yang ada kat kamera teman tu aje. Habih segala bunyi budak menjerit, bunyi sudu garpu berlaga dengan pinggan, bunyi suara Yeop Dauih melabun (bersembang), semua bakal keluor sekali ni karang. Kekeke.

Tak cukup dengan tu, bila tiba sana, teman dengan Yeop Dauih, kena surprise pulak tu. Nak tengok cemana gaya susunatur tempat tu? Ni haaa...





Chop! Chop! Jangan le marah. Memang le itu gambor deme tengah makan. Tu, tiang besor tu teman nak tunjukkan. Cobra Band main akustik malam tu, dengan penyanyinya berdiri menghadap tiang sebesor empat pemeluk. Muahahaha. Jenuh teman memikir, tang mana hala angle teman nak rakam video tu karang.

Fikir punya fikir, teman set dalam kepala. Hmmm... Lantak le! Udah itu aje seadanya yang disediakan dek tuan punya majlis. Takkan kita nak lebih-lebih pulak kan? Itupun patut bersyukur, ada juga orang nak jemput kan? Alhamdulillah...

Cukup-cukup le membebelnya tu ye? Kome nak tengok video dengan gambor je kan? Ahahaha. Tengok le kat bawah ni haaa.



 


 


 




Ni gambar-gambar yang sempat teman rakamkan malam tu. Tak banyak sangat, tapi cukup le kot...
































































OK le tu kot. Dengan persiapan dan alat-alat yang minimum, dengan ruang dan sudut yang terlalu terhad macam tu, teman rasa itu dah antara yang terbaik yang dapat teman buat. Syukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah.

Sekian untuk entri kali ni. Selamat bercuti dan selamat beristirehat bersama keluarga. Wassalam...

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu