Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Sambal Belacan, Ikan Goreng dan Kacang Panjang Rebus

Jarang-jarang kita baca mana-mana entri di blog yang sebut tentang sejenis makanan ni kan? Tapi apa la nak heran, kalau dah memang ini blog BraderPET, memang yang idak-idak macam ni boleh kita jumpa. Hahaha.

Siapa sini suka makan sambal belacan? Tak kira la sambal belacan yang original, ada tumbuk sekali dengan mangga muda ke, belimbing buluh ke, digaul dengan tempoyak ke, atau yang macam teman buat petang ni, teman tumbuk dengan buah tomato. 


Macam-macam jenis sambal belacan ada kan? Tapi... kalau difikir balik, ada tak yang menyamai atau paling tidak menghampiri rasa asal sambal belacan yang orang tua-tua kita buat di kampung dulu? Masa kita makan nasi bertambah-tambah dulu walaupun lauk yang ada hanya ikan goreng...


dan hanya bersayurkan kacang panjang yang direbus? 



Atau... dengan daun selom dan pucuk ulam raja yang diulam? 

Bagi peminat-peminat makanan cara kampung ni, memang pada hemat teman satu kenikmatan yang tak terhingga, walaupun makanan-makanan tu taklah unik dan seistimewa mana pun kan?

Cuba kita renungkan sedalam-dalamnya, di zaman moden ini, tepung yang digoreng leper dipanggil pancake, crepe, kuih Tokyo... namun secara umumnya, dan yang teman terima pakai, ia masih sejenis lempeng yang diolah bagi memudahkan penyerapan, atau dalam bahasa Banjarnya disebut 'penetration' ke dalam pasaran moden yang lebih terbuka dan kompetitif. (Iya, bahasa bombastik juga kedengarannya kan? Hahaha.) 

Siapa di sini yang mahu singgah kiosk di lapangan terbang atau pasaraya dan order "LEMPENG SUSU SATU..."??? Ahahaha... hampir pasti, pancake-lah yang akan disebut kan? 

Dan... secara logiknya, bagi membolehkan sambal belacan menyerap masuk ke pasaran sebegini, ia perlukan penjenamaan semula dan program promosi yang agresif sehingga sesiapa sahaja yang singgah makan di restoran-restoran mewah tidak rasa segan-silu untuk makan berulam, bercicah sambal belacan.

Tidak ada salahnya kita mendidik masyarakat luar untuk makan makanan tradisi orang kita kan? Sedangkan mereka dah membawa segala macam makanan seperti ayam goreng bersalut tepung, burger, piza, donat dan macam-macam lagi ke negara kita sehinggakan sebahagian masyarakat kita merasakan inilah sebahagian dari makanan harian kita.

Agak-agaknya kenapa ini berlaku? Secara peribadinya, teman katakan orang kita pentingkan gaya... saling tak tumpah seperti 'Iron-Man' kan? Segala-galanya tentang 'style'. Fikir-fikirkanlah sejenak, apalah nasib makanan-makanan tradisional kita andai kata masyarakat kita sendiri yang meng-anaktirikannya?

Sekian bebelan untuk kali ini. Wassalam...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba