Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


RESIPI : Kek Mentega Stim



Korang bosan tak kalau hujan je dari awal pagi bawak ke petang? Kalau takde bahan nak disantap petang-petang, rasa macam kopi O dengan teh O tu kurang sifat la kan? Hehehe. Takpe, untuk entri kali ni teman nak kongsi resipi kek mentega ni.

Tak ada oven? Tak ada tepung kek? Tak ada gula kastor? Itu tak jadi masalah besar pun. Tak percaya? Ni resipi teman nak kongsi ni haaa. Memang mudah aje.


BAHAN-BAHAN :

150-180 gram mentega (kalau tak ada, guna aje 3/4 cawan minyak masak)
3 biji telur gred C
4 sudu besar (paling tawar) ~ secawan gula pasir (paling manis)
2 sudu besar serbuk krimer (tak ada pun tak jadi masalah)
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk soda bikarbonat
1 ~ 2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila (kalau ada la)


CARA PENYEDIAAN :

a.) Nyahbekukan mentega sampai jadi lembut dan boleh dipukul.

b.) Pukul mentega (atau minyak masak), telur dan gula sampai gula betul-betul larut dan bancuhan jadi kembang.

c.) Tambahkan serbuk krimer dan pukul lagi biar rata.

d.) Masukkan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan gaul hingga betul-betul rata.

e.) Bahagikan kepada dua bahagian dan salah satu bahagian dicampur dengan serbuk koko.

f.) Tuangkan kedua-dua adunan ke dalam bekas acuan kek, dengan berselang-seli.





g.) Cucuk-cucuk dengan garpu untuk elakkan udara terkumpul di sesetengah tempat.

h.) Biarkan adunan sementara mendidihkan air dalam pengukus.

i.) Sesudah air kukusan mendidih, stimkan adunan kek pada suhu tinggi selama 15 minit.

j.) Kek akan cukup naik, dan perlahankan api ke tahap minimum. Kukuskan lagi selama 45 minit.



k.) Keluarkan kek dari pengukus, dan biarkan sejuk selama 20 ~ 30 minit, baru boleh keluarkan dan potong.




OK, dah siap... Jom kita makan kek mentega tawar teman ni. Ahahaha.

Sekian untuk kali ni. Wassalam.

- - -

Nota : Kek mentega memang agak masin, sebab gunakan mentega la kan? Kalau yang kurang suka rasa masin mentega tu, boleh kurangkan separuh guna mentega, separuh minyak masak.

Comments

  1. salam blog anda telah direview..

    http://diarijejakahangat1.blogspot.com/2013/01/segmen-review-blog-bertuah-4.html

    ReplyDelete
  2. macam best.. SD amik eh resipi ni..

    ReplyDelete
  3. wah..mudah dan nampak sedap je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba