Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Pasal Pewangi Kereta Pun Nak Bebel Gak Ke?

Sekejap cerah, panas... dan kadang-kadang hujan berpanjangan. Memang itu keadaan cuaca negara kita sekarang kan? Bila masuk kereta, bau macam karpet lembab kena air pun ada rasanya. Maklum la, udara tak cukup kering. Bila tengahari, kereta terjemur tengah panas matahari, segala wap air ni meluap sampai tingkap kereta jadi kelabu asap.

Biasa la tu kan? Bukan kuasa kita nak tentukan cuaca pun. Dan, kita hanya perlu bersyukur dengan segala apa yang dikurniakanNya. Alhamdulillah...

Bau kurang enak bila masuk kereta kan? Agak-agak pewangi kereta biasa mampu atasi masalah kita ni? Bagi orang lain teman tak pasti, cuma yang teman tahu... bau kereta teman memang tak enak dengan cuaca macam ni. Apa penyelesaian yang teman dah cuba, dan betul-betul selesai tak masalahnya. 

Jawapannya ialah...



Alahai... pewangi kereta juga. Sama je la. Apa laaa. Buang masa betul baca blog dia ni...!!!

Ahahaha. Sabar la, teman nak cerita ni. Memang la benda tu pewangi kereta, cuma dengan sedikit perbezaan yang orang tak perasan dari luarannya. Ini benda yang ada dalam 'bola' hijau-putih tu -


Tak sama dengan yang biasa kan? Nampak macam ubat gegat aje benda ni. Biar betul pewangi kereta ni? Nak 'kencing' tak agak-agak dia ni. Tak senonoh betul la.

"Sabar Wak... Kalau tak boleh sabar, pergi berenang Wak!", macam dialog dalam cerita Pendekar Bujang Lapok tu.

Pewangi kereta jenis pil/tablet ni berjenama Kagado, yang direkabentuk di Jepun. Teman bukan orang yang pro-barangan Jepun, tetapi teman hanya nak ketengahkan fakta dari pengalaman pertama teman guna produk ni. Itu sahaja OK?! Tak ada sesiapa pun bayar upah kat teman suruh puji produk ni. Sekupang halal pun teman tak dapat. (Yang haram, lagi le idak!) Hehehe.

Yang biasa kita gunakan, pewangi kereta jenis cecair dengan jenama 'G' Sport tu memanglah wangi, tapi berapa lama cecair pewangi tu mampu bertahan dengan keadaan cuaca Malaysia?



Mengikut cetakan bahagian belakang bungkusannya, pewangi tu boleh bertahan SEHINGGA 45 hari. Beerti, PALING LAMA pun ia boleh tahan selama itu. Tapi, pernah tak perhatikan berapa hari tempoh efektif sebenarnya?

Mengikut pengalaman teman sepanjang tempoh teman bergelar pemilik kereta ni, tak ada satu jenama pun yang mampu bertahan lebih dari 20 hari. Habis cecair pewanginya kering dan tak lagi memberi bau-bauan yang enak. Cuaca di negara ni kan panas. Bahan-bahan cecair ni mudah aje meruap dan kering macam tu aje.

Dan, antara perkara paling teman menyampah ialah proses menukar cecair pewanginya. Entah di mana silapnya, memang setiap kali buat benda ni, mesti ada baki cecair pewangi yang terkena tangan teman. Alahai, dah bau pelik-pelik... bau lemon, bau bunga lavender dan macam-macam la. Memang tak suka sangat-sangat.

Bebel panjang-panjang melencong ni, apa kesudahan tentang pewangi jenis tablet Kagado tadi tu? Jeng jeng jeng... 

Ia masih kekal bertahan dengan bau yang sama enak, melewati tempoh 35 hari. Satu rekod yang sangat baik antara semua jenis pewangi kereta yang teman pernah cuba. Dan... dan... dan... Kalau nak tau, itu baru tablet yang pertama. Teman masih ada sebiji lagi dalam simpanan teman, sebab memang ada dua tablet dalam satu bungkusan produk tu. Jimat dan tak leceh kan?


Tengok kat gambar atas tu, ada sebiji lagi dalam bungkusan foil aluminium tu kan?


Merujuk cetakan bahagian belakang kotak Kagado 'Air Conditioner Louver' (teman pilih aroma Green Tea), bahan-bahan pewangi semulajadi digunakan untuk menghasilkan tablet pewangi - ekstrak teh hijau dan lemon sebagai pewangi, manakala ciri karbonat menjadi penyahbau.

Sebagai bonus, tak ada risiko tumpahan kalau unit pewangi tu terlucut dari slot air-cond vent kita. Tak risau tertumpah ke panel radio ke, monitor LCD ke kan? Lebih selamat rasanya.

Bagi sesiapa yang belum berjumpa dengan pewangi kereta yang sesuai, teman rasakan inilah antara cadangan terbaik yang teman dapat ajukan sebagai penyelesaian bau lembab dalam kereta. Jenis cecair, gel, bijian dalam kain kasa... semuanya tak dapat berikan kepuasan yang sama macam yang teman dapat dari pewangi jenis tablet ni.

Kosnya? Pastinya murah kalau kita nak kirakan dua biji tablet tu mampu bertahan mewangikan kereta kita untuk tempoh 80 hari kan? Apa taknya, harganya dalam RM21 aje la masa teman beli bulan lepas. Kalian boleh semak harganya di pasaraya berdekatan ye. Mungkin ada beza sedikit dari di tempat teman ni.

Hmmm... cukup panjang dah teman membebel hari ni. Diharap dapat dimanfaatkan sesiapa yang membaca artikel ni. Sekian untuk kali ni.

Wassalam... 


Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me