Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

HOI BONGOK! Ni Kaunter Pertanyaan Ke Ni?

Nak santai sikit, tak nak pening sangat fikir benda-benda yang menyesakkan pemikiran malam ni. Untuk malam ni teman nak ajak kita sama-sama renungkan pengertian 'Kaunter Pertanyaan' mengikut pemahaman masing-masing.





Bila teman cuba huraikan asal-usul istilah ni pagi tadi, tak dapat betul-betul teman pastikan kenapa kita memilih gelaran 'kaunter pertanyaan' untuk khidmat barisan hadapan ni. Antara yang terlintas di fikiran teman, macam ni la lebih kurang -

  • Kaunter ni memang semata-mata tempat bertanya sahaja, tidak lebih dan tidak kurang, tak ada toleransi. Kalau kita terjumpa serangkai anak kunci ke, dompet ke, anak orang ke, kita kena cari kaunter lain walaupun kaunter pertanyaan tu letaknya tiga langkah dari kita.
  • Bila ada yang bertanya, mesti mencari jawapan kan? Jadi, anggota barisan hadapan yang ditempatkan di kaunter pertanyaan ni kena menjawab pertanyaan. Kalau jawapannya, "Saya tak pasti la tandas kat mana encik... saya ganti kawan je ni. Dia pegi tandas sekejap je.", macamana pulak la nasib orang yang bertanya tadi?
  • Kalau kita tak jumpa kaunter pertanyaan, dengan siapa kita nak bertanya, "Kat mana kaunter pertanyaan ye?"


Jadi, bila dah keluar persoalan-persoalan bongok macam tu kotak pemikiran teman ni, teman mula terasa macam ada yang tak berapa kena la dengan penggunaan istilah 'kaunter pertanyaan' ni.



Mungkin kita patut andaikan kita sebagai pelanggan yang berlegar-legar di lobi sebuah bangunan pusat aktiviti kemasyarakatan. Kita andaikan situasi kita sampai awal dan kawan-kawan kita yang lain pulak lambat sampai. Lebih kurang macam ni le kot perbualan kita dengan pegawai kaunter pertanyaan kat tempat tu -

Teman : Assalammualaikum encik.
Pegawai : Waalaikumussalam. Boleh saya bantu?
Teman : Saya nak tanya, Kelab Kutu Rock Kangkang ada buat tempahan studio kat sini kan?
Pegawai : Ada. Pukul 5 petang karang.
Teman : Iye ke? Saya sampai awal sangat la ni. Terima kasih.
Pegawai : Sama-sama.


Jom, kita analisa satu-persatu situasi kat atas tu. 

a.) Pegawai menawarkan bantuan - pasti, bantuan yang ditawarkan berbentuk menjawab soalan.
b.) Kita mengatakan kita nak bertanya - memang dah terang-terang papan tanda tu tertulis 'KAUNTER PERTANYAAN'.
c.) Kita mula bertanya - ini isi paling penting dalam perbualan ni.
d.) Pegawai menjawab tempahan pukul 5 - jawapan kepada soalan kita.


Boleh tak kita buat macam ni -

Teman : Assalammualaikum encik.
Pegawai : Waalaikumussalam. Boleh saya bantu?
Teman : Saya nak tanya, Kelab Kutu Rock Kangkang ada buat tempahan kat sini kan?
Pegawai :  Oh, ada. Diorang kata mula berkumpul pukul 5 petang karang.
Teman : Iye ke? Saya sampai awal sangat la ni. Terima kasih.
Pegawai : Sama-sama. Encik boleh duduk dulu sementara tunggu kawan-kawan tiba. Ada banyak majalah kat rak tu kalau nak baca.
Teman : Oh, saya boleh tunggu kat sini ye?
Pegawai : Boleh encik. Kalau encik nak solat dulu, surau ada kat hujung blok ni. Kalau nak makan atau minum apa-apa, encik boleh isi borang ni dan serah kat saya. Saya akan tempahkan makanan tu untuk encik.
Teman : *tidak mampu berkata apa-apa*

Jadi, masihkah relevan 'KAUNTER PERTANYAAN' di zaman moden ini, dengan citarasa masyarakat yang semakin tinggi? Masihkah kita hanya perlu tawarkan khidmat menjawab soalan, sedangkan kita boleh lakukan banyak lagi aktiviti tambah nilai kepada pelanggan-pelanggan kita dengan kadar penggunaan sumber manusia yang sama?

Adakah kita sudah patut mula berfikir nama dan fungsi lain yang lebih bersesuaian dengan peredaran zaman ni? Macamana dengan 'KHIDMAT BANTUAN PELANGGAN'? Macam lebih luas ruang lingkup perkhidmatannya kan? 

OK, tak payah berkerut-kerut dahi tu. Tak ada apa yang penting sangat nak difikir sampai macam tu sekali. Karang bongok sangat pulak rasanya kan? Ahahaha.

Sekian aje untuk kali ni. 'Majulah budi bahasa untuk negara!' Wassalam...


Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu