Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Bila YA Maksudnya TAK... Vangang Vetui!

Korang mesti biasa kan dengan skrip macam ni -

"Lirik lagu ni sebenarnya bermaksud - mahu jadi golongan Yahud"
"Kata-kata ni dalam bahasa _ _ _ ertinya menyembah Syaitan"
"Cakap macam ni tak baik sebab maksudnya menyedut angin kentut sendiri, tapi dalam bahasa _ _ _"



Mungkin ada juga di kalangan kita antara sebahagian yang mengedarkan posting jenis-jenis macam ni di laman-laman sosial macam Facebook, Twitter, atau di blog-blog peribadi.

Duduk bertenang, tarik nafas panjang-panjang dan lapangkan fikiran, selapang-lapangnya lapangan terbang KLIA tu. Entri ini tidak sama sekali, mahupun dua kali, apa lagi berkali-kali bertujuan menyakitkan hati sesiapa, sebaliknya cuma mahu masing-masing menilai sejauh dan sedalam mana kita berfikir sebelum kita melakukan sesuatu.

Adakah kita benar-benar pasti dan yakin bahawa perkara yang kita sebarkan itu menyampaikan maksud yang sebenar, atau ia semata-mata perkara yang sesat lagi menyesatkan. Seringkali kita lihat apabila seseorang ditegur, "Eh, salah benda yang kamu share ni. Benda yang tak sahih." . Agak-agak lebih kurang jawapan (atau sebenarnya alasan sahaja), "Oh ye ke? Aku mana tau, aku share aje. Bukan aku yang buat."

Ini menggambar apa? Maaflah, tapi secara kasarnya teman labelkan memang golongan yang dangkal dan amat cetek akal fikiran. Kalau tak tau perkara sebenar, kenapa iya-iya sebarkan dan hujah panjang lebar mengalahkan profesor yang memang tanggungjawab dan kapasitinya untuk mengajar dan mendidik?

Cuba tengok contoh mudah di bawah ni, dan cuba bayangkan andai kata pihak yang terkantoi itu ialah ANDA sendiri. Betul ke YA boleh bawa maksud TAK, dalam bahasa lain? Teman tak sebut di sini kalau teman tak cukup berkaji, berfikir dengan sangat-sangat dalam... dan, hmmm... ini la hasilnya. Cerita panjang lebar tak guna. Lagi baik tengok aje sendiri.



YES, diterjemahkan ke bahasa orang Poland, disebut TAK. Dari 'positif' terus ke 'negatif' kan? Berbeza sungguh. Ada sesiapa yang pertikaikan?


Jadi, lepas ni kalau ada yang nak kongsikan kehebatannya menterjemah maksud lirik-kirik lagu bahasa Korea, Jepun, Mandarin, Afrika, Mongolia dan lain-lain tu, harap-harap diusulkan dulu kepadanya soalan ini - Betul kamu pakar dalam bahasa ni ke? Andai kata jawapannya kurang meyakinkan, sendiri fahamlah ye.

Sebagai masyarakat bertamadun, kita sepatutnya tau membezakan yang mana fakta, dan yang mana pula auta. Kalau setakat reti sebut 'saranghe' lepas tengok berpuluh siri drama Korea, itu tak menjamin bahawa dia faham bahasa Korea. Faham kan, apa yang teman cuba sampaikan di sini?

Apa-apa pun, jangan tersalah anggap. Teman sama-sekali tak suka dan tak menerima dengan baik (ayat sopan sungguh), lagu Oppa Gangnam Style, di hari pertama teman dengar dan tonton klip videonya. Macam nak mendidik orang rosak akhlak je rupanya. Geli ahhh...!!! Eee... Idak le teman nak terhibur dengan benda macam tu aih!

Renung-renungkan dan selamat beramal...!!! Hehehe. Wassalam...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me