Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Ada GPRS, 3G, HSBB Fiber Optik, WiFi, WiMax... TAPI...

Hebat negara kita sekarang ni kan? Macam-macam alat telekomunikasi kita ada sekarang. Dunia saling berhubung le katakan. Gajet-gajet ni ada yang besor, ada yang kecik, yang ringan, berat, tebal, nipis... Pelbagai-bagai jenis sambungan kita ada, janji kita boleh akses ke Internet, iye dak?




Mungkin ada yang perasan, mungkin juga tidak... kita seakan-akan membodoh-bodohkan diri atau (maaf), terasa diperbodoh-bodohkan, apabila hampir tiba musim masuk sekolah, kita akan buat benda yang sama seperti amalan mak ayah kita 30 tahun dulu yang masa tu perkataan Internet pun tak dikenali lagi.

Tau tak apa yang teman maksudkan? Ni haaa...




Kita tetap beratur panjang untuk membayar yuran dan membeli buku sekolah kan? Tradisional sungguh! Bukan teman nak mengutuk apa lagi mengeji mana-mana pihak, tetapi tidakkah agak bangang jika kita digalakkan untuk memiliki pelbagai gajet yang boleh capai ke Internet, tapi penggunaannya taklah seluas mana sebab kita masih kena beratur macam ni berjam-jam kan?

Antara jawapan atau alasan yang bakal kita terima jika kita ajukan hal-hal sebegini -

  • Terlalu awal untuk kita buat sistem bayaran yuran dalam talian kerana negara kita tak cukup maju, pengetahuan orang kita masih tidak sampai ke tahap itu, bukan semua orang mampu beli komputer atau gajet-gajet tu. 
Soal balik dari teman, "Iye ke? Promosi line murah, bantuan kewangan, kelas komputer percuma, semua tu tak efektif? Guna untuk apa? Main FB, Twitter, tengok video kat Youtube aje ke?"
  • Sangat rumit, komplikated untuk wujudkan sistem bayaran dalam talian sebab setiap sekolah ada sistem pengurusan dan kadar yurannya mungkin berbeza-beza, bukannya seragam. 
Soal balik dari teman macam ni, "Dah tu, Lelong.my, Mudah.my, Ebay.com.my, tu penjualnya ada satu aje ke, atau ada puluhan ribu jumlahnya? Berapa juta produk dijual dalam laman web tu? Err... Pernah beli barang dalam talian tak?"
  • Jangan banyak komplen boleh tak? Dari dulu lagi memang ini la caranya kita buat dari dulu tak ada masalah pun! 
Yang ni makan dia, "Tak ada masalah abah kau! Dulu berapa kerat yang ada kereta? Tempat letak kereta kat laman sekolah tu pun tak pernah penuh. Sekarang kau tengok la sendiri. Kos minyak, kos kertas, kos cetak senarai yuran dan buku, kos masa, semua tu patut dibazirkan macam tu? Lagipun, barang dah di tangan, taliannya dah ada, sedia untuk guna aje. Korang yang pemikiran dangkal, hujah berjela-jela, buat kojenya idak. Udah le kome... Buang masa teman aje. Pikior le sendiri."


OK, cukup untuk buka minda kita semua? Hmmm... Tak payah la emosi sangat kalau terkena batang hidung sendiri. Teman hanya ketengahkan rasa prihatin teman kepada para ibu bapa dan penjaga yang rela dalam paksa, membazirkan masa berkualiti untuk keluarga semata-mata untuk membayar yuran sekolah dan membeli buku sekolah untuk anak-anak.

Bukanlah berlagak, tetapi tanyalah diri kita sendiri, agak-agak berapa peratus dari masyarakat bandar yang tak ada alat-alat canggih untuk selesaikan masalah ni. Kalau tak dapat 90-100%, boleh kurangkan 30-40% dari jumlah yang beratur tu pun dah menampakkan hasilnya di peringkat permulaan. Kalau sesuatu tak dimulakan, bila pulak nak disudahkan, betui tak?

Cukup-cukup la tu ye. Karang ulas panjang-lebar, kot orang kata teman ni poyo lebih pulak kan? Sekian je la untuk kali ni. Wassalam...

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu