Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

HOI BONGOK! Ni Kaunter Pertanyaan Ke Ni?

Nak santai sikit, tak nak pening sangat fikir benda-benda yang menyesakkan pemikiran malam ni. Untuk malam ni teman nak ajak kita sama-sama renungkan pengertian 'Kaunter Pertanyaan' mengikut pemahaman masing-masing. Bila teman cuba huraikan asal-usul istilah ni pagi tadi, tak dapat betul-betul teman pastikan kenapa kita memilih gelaran 'kaunter pertanyaan' untuk khidmat barisan hadapan ni. Antara yang terlintas di fikiran teman, macam ni la lebih kurang - Kaunter ni memang semata-mata tempat bertanya sahaja, tidak lebih dan tidak kurang, tak ada toleransi. Kalau kita terjumpa serangkai anak kunci ke, dompet ke, anak orang ke, kita kena cari kaunter lain walaupun kaunter pertanyaan tu letaknya tiga langkah dari kita. Bila ada yang bertanya, mesti mencari jawapan kan? Jadi, anggota barisan hadapan yang ditempatkan di kaunter pertanyaan ni kena menjawab pertanyaan. Kalau jawapannya, "Saya tak pasti la tandas kat mana encik... saya ganti kawan je ni. Dia pegi tandas se

PROJEK MISTERI: Mangsa Ditemui

Entri yang agak misteri dan tak perlu teman dedahkan secara berlebih-lebihan di sini. Ahahaha. (Gelak syok sendiri). Apa-apapun, mangsa-mangsa utama projek misteri ini telah ditemui di bilik stor teman. Nampaknya macam ada harapan projek ni berjalan dengan lancar, insyaAllah... Agak-agak, apa la projek yang teman mengarut-ngarut tengah malam buta ni ye? Takpe laaa... Jangan peningkan kepala, dan tunggu aje la hasilnya nanti. Sama-sama kita rileks, santai dulu sementara teman nak dapatkan mood  main alat pemateri dengan playar ye. Hehehe. Sekian misteri untuk kali ni. Wassalam...

Siapa Nak Jadi Pemilik Terawal Kit Sokongan Harimau Malaya Ni?

Kepada sesiapa yang nak jadi pemilik pertama baju ' supporter ' Harimau Malaya ni, ehem-ehem! Sila angkat monitor tinggi-tinggi... Hehehe. Patut adakan peraduan ke, pemilihan rawak ke macamana ni ye? Teman tengah takde idea ni. Pandangan kalian plak cemana? Kita fikir sama-sama pasal benda tak penting ni ye. Hahaha. Sekian... Wassalam.

Apa Kome Ceghite Kat Blog Kome

Hahaha. Baca je tajuk entri ni dah tentu faham apa maksudnya kan? Kadang-kadang asyik tulis artikel panjang-panjang, letak gambor ngan video bebanyak, tapi kita tak pasti ada terkesan tak hasil dari penulisan kita tu kan? OK, bebel panjang tak guna. Mood hari ni teman alihkan dari membebel kepada mood membaca bebelan orang pulak la ye. Kepada sesiapa yang rasa nak paksa teman baca entri-entri blognya, letak je dalam komen kat bawah ni. Teman akan cuba baca dan memana yang menarik teman akan cuba buat review  ringkas dari apa yang teman dapat dari entri tu. Err... macam ni ke orang buat blog review ? Teman belasah je ni. Tak pernah seumur hidup buat benda camni. Hantam sajalah! Kekeke. Silakan, silakan la ye. Teman nak rehatkan minda kejap. Lagipun dah nak maghrib ni. Moh kita, siap-siap. Sekian la ye, pembuka topik ni. Wassalam...

VIDEO DAN GAMBAR : Persembahan Akustik Cobra Band - 26 Jan. 2013

Sabtu yang baru lepas ni teman dijemput dek sahabat teman, Yeop Dauih untuk merakam persembahan akustik di Wisma Getah Asli, Jalan Ampang, KL. Dengan langsung tak ada apa-apa persiapan, teman pun bijak-bijak (tengin-tengin) aje turun ke majlis kahwin tu, sebab teman tak kisah sangat. Ni bukan projek klip video profesional sampai semua nak sempurna kan? Setakat mana yang teman sempat sambar malam tu aje le. Antara perkara paling kelakor malam tu, bila teman tanya, "Ada kome bawak jek pengecik dari 5 mm. ke 3.5 mm.?". Jawab dek Yeop Dauih, "Ada dalam beg gitar awak, tapi awak tak bawak. Deme pesan tak payah bawak gitar karan." Ah sudah! Teman dah boleh bayangkan, sah-sah teman kena rakam guna mikropon yang ada kat kamera teman tu aje. Habih segala bunyi budak menjerit, bunyi sudu garpu berlaga dengan pinggan, bunyi suara Yeop Dauih melabun (bersembang), semua bakal keluor sekali ni karang. Kekeke. Tak cukup dengan tu, bila tiba sana, teman dengan Yeop Dauih, kena sur

Teman Takut Jamban Kena Potong

Ni semua gara-gara iklan kat tv dan radio yang selalu sebut 'sehari hanya 27 sen'. Betui le kata dalam iklan tu kan? Murah aje pun. Takkan itu pun tak boleh bayor kot. Hmmm. Akibatnya, teman takut sangat tak bayor bil khidmat pembetungan. Karang kalau dipotongnya jamban teman, tak ke haru! Kuat pengaruh media zaman moden ni ye. Kekeke.  Ehhh...!!! Kejap! Sebelum teman teruskan taip entri ni, mungkin teman kena perjelaskan apa maksud khidmat pembetungan tu. Alaaa... yang servis tengah malam buta atau subuh kelam tu. Lori datang, ada dengor bunyi, tapi tak tau apa dibuatnya. Yang tu la! Ni bil pembetungan terbaru yang teman terima - Hah?! Baki teman nak kena bayor dah jadi negatif? Iyeee... jumlahnya RM -126.00 . Memang kompom, teman takut benor kot jamban teman kena potong. Itu yang sampai terlebih bayor tu. Dah rajin bebenor gamaknya. Hehehe. Takde leee. Memain aje. Mungkin teman dah bayor bil tiap tiga bulan, tapi teman tak ambik endah yang bil teman terima tu takde update . K

Ada GPRS, 3G, HSBB Fiber Optik, WiFi, WiMax... TAPI...

Hebat negara kita sekarang ni kan? Macam-macam alat telekomunikasi kita ada sekarang. Dunia saling berhubung le katakan. Gajet-gajet ni ada yang besor, ada yang kecik, yang ringan, berat, tebal, nipis... Pelbagai-bagai jenis sambungan kita ada, janji kita boleh akses ke Internet, iye dak? Mungkin ada yang perasan, mungkin juga tidak... kita seakan-akan membodoh-bodohkan diri atau (maaf), terasa diperbodoh-bodohkan, apabila hampir tiba musim masuk sekolah, kita akan buat benda yang sama seperti amalan mak ayah kita 30 tahun dulu yang masa tu perkataan Internet pun tak dikenali lagi. Tau tak apa yang teman maksudkan? Ni haaa... Kita tetap beratur panjang untuk membayar yuran dan membeli buku sekolah kan? Tradisional sungguh! Bukan teman nak mengutuk apa lagi mengeji mana-mana pihak, tetapi tidakkah agak bangang jika kita digalakkan untuk memiliki pelbagai gajet yang boleh capai ke Internet, tapi penggunaannya taklah seluas mana sebab kita masih kena beratur macam ni berjam-jam kan? Antar

Daging Mentah (Betina) Import Dari Vietnam

Entri ini tak menuntut teman untuk menaip teks terlalu panjang. Tengok aje sendiri, dan kalau minat nak komen, tinggalkan kat bahagian bawah ni ye. Kredit kepada Parklee yang berkongsi gambar poster ni, yang telah menyebabkan teman bingung dan terpinga-pinga pagi ni. Hehehe. Sekian untuk kali ni. Wassalam...

RESIPI : Kek Mentega Stim

Korang bosan tak kalau hujan je dari awal pagi bawak ke petang? Kalau takde bahan nak disantap petang-petang, rasa macam kopi O dengan teh O tu kurang sifat la kan? Hehehe. Takpe, untuk entri kali ni teman nak kongsi resipi kek mentega ni. Tak ada oven? Tak ada tepung kek? Tak ada gula kastor? Itu tak jadi masalah besar pun. Tak percaya? Ni resipi teman nak kongsi ni haaa. Memang mudah aje. BAHAN-BAHAN : 150-180 gram mentega (kalau tak ada, guna aje 3/4 cawan minyak masak) 3 biji telur gred C 4 sudu besar (paling tawar) ~ secawan gula pasir (paling manis) 2 sudu besar serbuk krimer (tak ada pun tak jadi masalah) 2 cawan tepung gandum 2 sudu teh serbuk penaik 1 sudu teh serbuk soda bikarbonat 1 ~ 2 sudu besar serbuk koko 1 sudu kecil esen vanila (kalau ada la) CARA PENYEDIAAN : a.) Nyahbekukan mentega sampai jadi lembut dan boleh dipukul. b.) Pukul mentega (atau minyak masak), telur dan gula sampai gula betul-betul larut dan bancuhan jadi kembang. c.) Tambahkan serbuk krimer dan pukul l

Gambar-gambar Aksi United 95 Rovers - Futsal ALUMTEK.KL 2013

AWAS...!!! Entri ini terlalu banyak gambar dan kurang sesuai untuk sesiapa yang menggunakan sambungan Internet yang terlalu perlahan. Ahahaha. Acah aje tu. Semua 45 gambar ni teman dah kecil-kecilkan saiznya. 800 x 600 DPI aje pun. Takde la besor mana pun kan? Haaa... ni nak cerita. Pagi tadi sempat juga teman menjengah para sahabat bekas pelajar TIKL (ALUMTEK.KL) yang menjayakan pertandingan futsal di Central Park , Dataran Sunway, Kota Damansara. Dekat aje dengan rumah teman. Kalau tak datang, tak tunjuk muka, memang malu laaa. Jalan kaki pun boleh sampai. Di bawah ni gambar-gambar yang sempat teman ambil, sebelum beransur meninggalkan tapak pertarungan empat pasukan itu - United 95 Rovers 94/95 (juara bertahan), Jom Balik 98/99 & 88/89/90, Red Heart 00/01 & 86/87 dan All Star 93/94. Apa nak buat, masuk separuh masa kedua, pasukan yang teman sokong, United 95 Rover tengah mendahului 2-0, teman terpaksa balik sebab ada urusan lain yang perlukan perhatian teman. Kalau ada sesia