Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Wow! Kini Google Adsense Dengan Bahasa Melayu(?)

"Alhamdulillah..." Hampir pasti, itulah antara kata-kata terawal yang bakal diucapkan oleh para penulis blog dan pengendali laman-laman web berbahasa Melayu (Bahasa Malaysia), sejurus selepas pihak Google mengumumkan bahawa mereka telahpun mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang diterima-pakai untuk membolehkan iklan-iklan dari Google Adsense disiarkan di sesebuah laman web.

Ini yang terkini apabila teman cuba mendapatkan Google Adsense untuk blog teman ni -


Tak ada? Tak nampak pilihan Malay atau Malaysian dalam senarai tu? Memang tak ada pun. Saje je teman buat intro tu bunyi macam ada. Nak sedapkan hati sendiri aje rasanya.

Bukanlah teman nak mengomel, kuat komplen atau apa-apa saja yang sewaktu dengannya, cuma agak terkilan dengan sikap pihak pengurusan Google yang kurang sensitif dalam hal ini. Bukan juga kerana teman kebulur sangat nakkan habuan dari iklan-iklan Google Adsense tu. Sekian lama teman tulis blog ni pun, tak ada harap barang sekupang pun nak masuk ke poket teman ni haaa.

Agak mendukacitakan bila kita rasakan bahasa rasmi kita seakan tak diiktiraf kan? Nampak sangat macam negara kita ni tak penting, sedangkan dari segi penggunaan Internet, kitalah yang paling hebat dan meriah rasanya. Hari-hari ada saja lahir doktor-doktor falsafah dan ustaz/ustazah cinta di Facebook dan Twitter. Cukup ramai, macam cendawan tumbuh lepas hujan.

Cerita banyak pun tak guna teman rasa. Ada baiknya, pihak-pihak yang berkenaan ambil langkah segera menukar nama bahasa rasmi kita dari Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kepada nama yang lebih menonjol, contohnya Bahasa 1Malaysia. Pasti ia akan lebih mudah menggamit perhatian golongan pengurusan tertinggi di syarikat-syarikat multinasional seperti Google.

Sekian bebelan teman untuk entri kali ni. Wassalam...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba