Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


Tengok Bola(?) - Harimau Malaya Menentang Gajah Perang, 13 Dis. 2012

OK, kalau ada yang meletakkan harapan nak membaca ulasan pertemuan pasukan bolasepak kebanggaan kita, Harimau Malaya ketika menentang skuad Gajah Perang, jelas sekali ini bukan entri yang kalian cari.

Teman bukan pengulas sukan, maka kurang sesuai kalau teman mengulas tentang perlawanan bolasepak kan? Kot karang, ada yang kurang senang la, yang sentap la, mana tau... ada juga yang tiba-tiba nak boikot K-Pop. Itu pilihan dan selera masing-masing la kan?

Yang teman nak ketengahkan, koleksi foto yang teman sempat rakamkan ketika menonton perlawanan tu beramai-ramai di Restoran Idaman, Mutiara Damansara, bersama-sama geng HotFM. Malam semalam hujan renyai-renyai, memang sama keadaannya macam dua tahun lepas.

Dulu pun masa Malaysia menentang Indonesia pertemuan akhir AFF Suzuki, tahun 2010, 'acara' yang sama dianjurkan oleh stesen radio ni. Satu inisiatif yang sangat positif pada hemat teman kerana dapat kita zahirkan satu bentuk sokongan dari jauh secara kolektif. (Kenapa ayat tu bunyi macam teks ucapan calon pilihanraya aje? Hahaha.)

Bebel panjang sangat pun tak guna kan? Hmmm... Ini la gambar-gambarnya.





Jangan la pelik. Memang skrin tu takde siarkan apa-apa sehingga minit kesembilan perlawanan. Ada masalah teknikal vokasional la tu kot.


Haaa. Muka 'Mat Uban' dah nampak kan?



Yang ni kamerawati dari HotFM. 
(Wujud ke perkataan 'kamerawati' ni? Ahhh... Takpe kot. Orang 'dewan' dah tak kisah sekarang ni.) 


Keadaan menjadi sangat emosi bila Fadhli Shahs dilayangkan kad kuning kedua, diikuti kad merah, tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama. 

Ulasan si pengulas di waktu rehat tak diendahkan, sebab memikirkan apa bakal berlaku di separuh masa kedua. Pertemuan jadi lebih sengit, 10 pemain berdepan lawan 12 orang?


Dan akhirnya . . . tamatlah waktu perlawanan 90+3 minit. FULL TIME...!!!


Memang la bro, kami pun kecewa. Sama la kita. Tapi takkan sampai nak cepuk pengadil tu kot. Hehehe.

Kan, betul tak? Tengok la sendiri.


Sign ye... jangan tak sign. Hehehe.

Antara yang paling jelas nampak murung, Brader Kieran.

Sampai berkerut-kerut dahi dah haaa.


OK, sekian untuk kali ni. Kurang ada mood nak komen panjang-panjang. Lagipun masing-masing dah tengok kat tv je kan? Wassalam...

Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba