Skip to main content

AMOS : Biskut Cip Coklat Tak 'Famous'

Bahan-bahan ( Ingredients ) : 120gm mentega campuran (separuh blok) / buttery mixture (half block) 170gm gula perang lembut / light brown sugar 60gm gula pasir halus / fine grain sugar 15gm susu tepung / powdered milk 1tbs esen vanila / vanilla essence 1 biji telur (saiz besar) / egg (large) 300gm tepung gandum serba guna / all purpose wheat flour 1½tbs soda bikarbonat / baking soda 60gm cip coklat / chocolate chips Langkah-langkah : 1.) Potong-potong mentega kepada bahagian-bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Biarkan sehingga mencapai suhu bilik. 2.) Tambahkan gula perang, gula pasir, susu tepung dan esen vanila. Gaulkan sehingga rata. 3.) Masukkan telur dan adunkan pada kelajuan paling rendah untuk menghancurkan gula. Naikkan kepada kelajuan sederhana dan teruskan mengadun sehingga adunan menjadi ringan dan berkrim. 4.) Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul kering sehingga rata. 5.) Turunkan kelajuan pengadun kembali kepada tahap rendah. Tambahkan campuran tepung

Candyshare.com.my


RESIPI: Pai Kari Sardin

Banyak cara, pelbagai pilihan bahan, tapi hasil boleh jadi benda yang sama kan? Hari ni teman nak kongsi satu resipi pai yang teman buat hari ni. Pilihan inti teman, kari sardin. Lain sikit dari yang biasa orang buat kan? Biasanya daging ke ayam ke kentang ke kan?






Orang lain bancuh doh masukkan telur dengan mentega, teman pulak tak gunakan bahan-bahan tu. Dan biasanya, mana ada orang buat pai campur oat, tapi teman gunakan bahan ni. Tunggang terbalik la pulak kan? Sebenarnya teman gunakan idea teman sendiri dan bahan-bahan yang teman mudah dapat dari dapur. Yang penting, amalkan pemakanan yang sihat.

OK, tak nak cerita panjang sangat la kan. Ni la resipinya...



BAHAN-BAHAN DOH


2-3 cawan tepung gandum

3 sudu besar oat hancur
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam dan gula
Air secukupnya


BAHAN-BAHAN INTI



2 ketul ikan sardin dari tin (dilenyek) - diasingkan 2 sudu besar sosnya untuk digunakan
2 biji kentang (dipotong dadu)
4 inci lobak merah (dipotong dadu)
Sebiji bawang besar (diracik halus)
Seulas bawang putih (diracik halus)
Sebiji cili hijau (diracik halus)
Lain-lain sayur yang sesuai - daun saderi, kacang panjang, lada benggala dan sebagainya
2 sudu besar serbuk rempah kari ikan
Garam dan gula secukup rasa
Sesudu besar minyak masak
2-3 cawan air

Nota : Kalau nak gunakan bahan lain yang lebih kering, sesudu tepung jagung yang dilarutkan dengan setengah cawan air diperlukan untuk mengumpalkan bahan-bahan inti.




PENYEDIAAN INTI


1. Kacau goreng bawang besar, bawang putih dan cili hijau dengan minyak masak. Perlahankan api dan masukkan serbuk rempah dan sedikit air.


2. Tumiskan hingga naik aroma rempahnya. Tambahkan bahan tumisan dengan sos dari tin ikan sardin. Kacau hingga rata.


3. Masukkan kentang dan lobak. Gaulkan hingga rata. Tambahkan air sehinga bahan-bahan tenggelam. Tunggu hingga kentang dan lobak empuk. Biasanya bila air dah hampir surut atau tinggal suku, kedua-dua bahan ni dah empuk. (Kalau lambat sangat empuk, jangan pegi hempuk pulak ye. Hehehe.)


4. Tambahkan sayur-sayur lain, garam dan gula. Gaulkan hingga rata rasa dan warnanya.





5. Alihkan dari api dan sejukkan. Hasilnya lebih kurang macam gambar atas ni la.


PENYEDIAAN DOH

1. Gaulkan tepung, garam, gula, oat dan minyak masak. Lepas tu tambah air sikit demi sedikit sambil uli. Jangan jirus banyak sekali. Karang terlebih air, jadi melekit-lekit, kena tambah tepung lagi.

2. Uli sampai rata jadi macam gambar kat bawah ni -


3. Tempoh masa menguli biasanya cukup untuk sejukkan inti yang dah kita siapkan tadi.


MEMBENTUK PAI

1. Pilih la acuan apa sekalipun, tak ada masalah rasanya. Teman guna acuan pai jenis foil aluminium sebab nanti bila dah masak, senang nak keluarkan. Kalau tak ada acuan macam ni, guna acuan karipap pun boleh, atau tempa bentuk bulat leper macam piring terbang pun tak jadi masalah la.

2. Bagi yang guna acuan yang lebih kurang macam teman ni, caranya pun tak leceh sangat. Leperkan doh jadi tebalnya lebih kurang 3-5 mm.

3. Potong doh lebih kurang besar sikit dari saiz bulatan acuan dan tekankan dengan lembut lapisan doh menutupi semua ruang dalam acuan, termasuk di atas bibirnya.

4. Masukkan inti yang dah sejuk, bagi nampak membukit di bahagian tengah.

5. Gunakan baki doh yang ada, tutup bahagian atas dan potong lebihan di tepi-tepi acuan.

6. Tekankan dengan jari untuk cantumkan doh bahagian atas dan bawah. Sudahkan dengan menekan alur-alur di tepi dengan garpu yang bilahnya jarang-jarang. Ini penting untuk elakkan pai ternganga semasa dibakar. Haaa...!!! Tengok, kan dah ada rupa pai. Betul tak?



MEMBAKAR PAI

1. Pai boleh dibakar dengan oven elektrik, gas, microwave atau apa-apa jenis pembakar yang logik dek akal nak diguna. Kalau dah tak ada sangat, guna aje kuali besar, alas sikit dengan aluminium foil ke apa ke bagi ada ruang dalam seinci, letak pai kat atas tu, dan tutup dengan penutup kukus. Hahaha. Macam tu pun boleh tau. Ideanya, kita hanya perlukan haba yang rata di bahagian bawah, tepi dan atas supaya masaknya rata.

2. Kalau suka tengok atas pai tu berkilat-kilat, boleh sapukan sikit kuning telur. Lagi syiok nak makan. Nampak menyelerakan.

3. Panaskan oven dan bakar dengan api yang perlahan ke sederhana sahaja, selama 30 ke 40 minit. Bagi yang gunakan oven jenis 'DIY', pastikan periksa keadaan pai setiap 5 minit, selepas minit ke 20. Pai yang hitam legam memang tak sedap dimakan. Tengok rupa pun entah lalu ke tak nak telan. Hehehe.


4. Biarkan sejuk selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan dari acuan.

Haaa... dah tengok gambar atas tu kan? Itu la rupanya pai teman yang dah siap. Ikut selera teman yang sederhana ni, kira dah boleh sangat la kot. Sekadar isi perut aje pun kan?

Hmmm... Sekian resipi merepek-repek teman untuk kali ni. Wassalam...


Comments

Popular Kini

BANJIR : Rekabentuk Rakit Penyelamat Menggunakan Paip PVC

Malaysia dilanda banjir dan situasi getir ini sudah melewati tempoh 24 jam. Ramai mangsa yang perlu dipindahkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya perkara-perkara tak diingini. Selain dari mengangkut bot-bot dan sampan dari luar kawasan yang agak memakan masa, kita sebenarnya boleh membina rakit-rakit penyelamat menggunakan paip PVC 8" ~ 12" yang diisi dengan polisterin di dalamnya. Untuk lantai rakit boleh gunakan sebarang bahan yang mampu mengapung bebanan, contohnya blok polisterin setebal 6".  Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, boleh juga rujuk video bot DIY ini sebagai design outlines -  https://www.youtube.com/watch?v=IFp1z1yzIo8 Mungkin idea ini boleh membantu mempercepatkan proses mengangkut mangsa-mangsa yang masih terperangkap. Mereka kesejukan, kelaparan dan berisiko mendapat pelbagai penyakit bawaan air. Dalam situasi begini kita sedang berlumba dengan masa. Dapatkan bahan-bahan sedia ada di sekeliling kita dan gunakan ilm

PC : It Is Now Safe To Turn Off Your Computer

Haaaa. Siapa rasa familiar dengan ayat tu rasanya orang tu dah cukup tua. Kekeke. Betul la tu. Benda tu memang wujud dan memang ada sebabnya tersendiri. Kalau tak tunggu screen ni keluar, nanti komputer rosak. Aiyok! Untuk golongan anak-anak muda, mungkin ada yang rasa benda ni tak masuk akal sebab komputer kan mati sendiri bila kita keluar dari Windows / Mac OS / Linux / BSD / Unix dan lain-lain Operating System . Treeetttt! Salah lagi menyalahkan. Itu hanya benar pada zaman sekarang. Bukan pada era 386, 486, malahan zaman Pentium yang pertama hampir 3 dekad yang lalu. Memang bunyinya aneh, tetapi kita perlu telitikan apakah perbezaan utama yang menyebabkan ciri-ciri ini wujud. Hard power switch . Paling kanan, bawah emblem 486DX2. Keletak keletuk bunyinya. Dan waktu itu anda perlu labelkan LED display warna hijau itu gunanya untuk display . Mungkin ada yang tak tahu kegunaan display . Zaman dahulu, komputer tak menggunakan soft power button macam yang kita ada hari ni. Suisnya me

NORMALISASI : Superman Biseksual, Captain America ... ?

Yup! Tak salah baca tu. Memang watak Superman baru, anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang dikenali sebelum ini dengan nama watak Superboy (Jonathan Kent) telah disahkan oleh pihak DC Comics sendiri sebagai seorang biseksual. Sumber : The Washington Post Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, pesaing terkuat DC iaitu Marvel Comics juga turut naik kapal yang sama. Marvel telahpun mengesahkan bahawa watak Captain America yang baru merupakan seorang remaja gay , bernama Aaron Fischer.  Sumber : The Guardian Kedua-dua penerbit komik ini memang diketahui dari dahulu lagi sejarahnya memang bersaing sengit seperti dalam perlumbaan Formula 1. Namun begitu persaingan yang agak di luar jangka ini berlaku, dan kita patut sudah mula berhati-hati dengan bahan-bahan yang dipertontonkan kepada anak-anak muda kita.  Kita amat berharap tiada pula mana-mana penerbit komik dari Australia mahu memperkenalkan watak pelarian pondan sebagai hero. Hampir pasti kita boleh agak apakah implikasinya nanti. Saba