Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Melampo Genius Semasa Barking Ni...!!!

Hari ni teman jalan-jalan ke Shah Alam. Kiranya ada barang penting nak dicari le ni. Kalau tidak, tak sanggup teman nak drive sampai ke sana dengan keadaan teman tak berapa sihat ni. Ke mana hala tuju teman? Haaa... salah satu bangunan yang memang terkenal la kat Pusat Bandaraya Shah Alam tu.

Apa nama bangunan, teman tak nak le bagitau. Karang ada pulak yang nyentap, mau nak disamannya teman. Haru weh! Ni ha rupa laman bangunan tu. Kome kenal tak rasa-rasanya?


Memang kalau nak mencari barang-barang komputer, selain dari turun ke KL, PJ, sini la salah satu tempat yang teman rasa praktikal.. Bukan sebab harganya, tapi sebab apa-apa barang yang teman nak cari, insyaAllah, memang ada la kat sini walaupun harganya mahal sikit dari di Kuala Lumpur tu.

Semuanya nampak normal, sampai la bila masanya teman nak balik, teman nak membayor duit letak kereta. Tiba di tempat nak bayor tu, tengok ramai juga yang berbaris. Paling tidak ada dekat 20 orang juga la yang berdiri dan ada juga beberapa golongan yang perasan genius yang 'beratur' tunggu giliran dalam kereta.

OK, itu tak cukup hebat. Lebih hebat lagi syarikat yang mengendalikan mesin-mesin otobayor tu, Semasa Barking (bukan nama sebenor). Apakan tidaknya, kompeni ni ada staf-staf dari golongan genius juga la pada pandangan teman. Memang hebat...!!! Apa dah jadi? Ce ceghite, ce ceghite, ce ceghite...

Teman udah tunggu giliran dekat setengah jam, bila sampai giliran teman nak membayor di mesin tu, rasa nak je teman cabut mesin tu, letak kat muka pintu pejabat diorang. Tengok le sendiri, gambor olahan semula yang teman buat ni, nak bagi gambaran kepada kome, apa yang berlaku masa tu.


"DUIT KERTAS RM10 HENGGET HANYA BULEH GUNA BUAT BAYOR PARKING LEBIH DARI RM5 HENGGET SAHAJA.

Ada rasa nak menyumpah-nyumpah tak kalo kome kena macam ni? Mujor teman ni jenis selamba aje. Paling teruk pun, teman tersebut 'SPUTID!' je kat tempat awam macam tu. Kalau orang yang mulut celupar, agak-agak kome macamana le bunyinya ye?

Yang sebenornya, bukan teman tak puas hati sangat bila teman terbaca notis yang dicetak dengan font saiz 14 tu, tapi rasanya ada orang berfikiran normal dan bukan golongan genius yang buat papan tanda peringatan yang macam kat bawah ni kan?


Jadi, kesimpulannya... jangan la suruh orang yang perasan genius untuk buat kerja-kerja yang berkait dengan orang awam. Sebabnya? Iya laaa... diorang ingat semua orang genius macam diorang kot, siap bawak teropong, boleh nampak notis yang ditampal kat mesin otobayor tu, masa berbaris tunggu giliran kan? Oh, peningnya... Mujor teman bukan orang genius. Alhamdulillah.

Sekian untuk kali ini. Wassalam...



Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu