Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Jika Kita Tegur Karang Sentap

Entri kali ini harap jangan disalah-ertikan. Ditekankan, dan diulang sekali lagi, jalan disalah-ertikan. Teman tidak berniat untuk menghasut atau memberikan gambaran negatif kepada sesiapa, juga tidak ditujukan kepada mana-mana agensi/komponen pentadbiran negara.

Kelmarin, ketika dalam perjalanan keluar dari kawasan perumahan teman ni, terasa macam jem yang tidak logik. Apa yang teman rasakan tidak berapa betul ialah waktunya. Manakan tidaknya... ada punca nak jem kalau jam dah pukul tiga petang, dan, bukan hari kerja. Memang ada yang tak kena la ni.

Jenguk punya jenguk, kelihatan sebuah kereta Proton Waja berwarna perak dengan pelekat logo biru tua di sebelah kiri bonetnya, berhenti dan menghalang laluan sehingga semua kenderaan lain perlu berhenti dan menunggu.



Agak-agak kalian boleh faham tak macamana situasi masa tu? Selagi lampu isyarat untuk ke kanan tak hijau-hijau, maka, semua kenderaan di lorong kiri yang tak ada kaitan dengan lampu isyarat tu kena tunggu, tunggu, dan terus menunggu si Waja tu bergerak memberi ruang. Tidak ada apa-apa tanda kecemasan pun masa tu. 

Jadi, terfikir di benak teman ni... melabur dengan perbelanjaan yang sangat besar untuk membeli alat-alat penguatkuasaan yang canggih-manggih tidak akan menjamin apa-apa peningkatan kepada sikap pemanduan rakyat Malaysia. Apakan tidaknya, 'golongan tertentu' pun tidak kompeten memandu dan menjadi punca halangan lalu-lintas.

Kalau anggota yang bertanggungjawab dapat memberi teladan yang baik kepada pemandu lain, teman rasa ia lebih berkesan dalam mendidik minda rakyat, dan kuranglah rungutan yang berbunyi, 'dia buat boleh, kita buat tak boleh'. Tak gitu ke?

Hmmm... teman ingatkan lagi buat ke sekian kalinya, entri ini tidak sama-sekali cuba menghasut atau memberi gambaran negatif kepada mana-mana entiti yang berkaitan, sebaliknya hanya luahan cara teman berfikir melalui taipan teks yang serba kekurangan ini.


Sekian, artikel buka minda untuk kali ini. Wassalam...

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu