Skip to main content

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

Hampas Tebu Punya Budak...!!!

Hahaha. Lain macam pulak teman bagi tajuk entri ni ye? Saje je... provokasi peringkat separa tinggi aje tu. Iye la, takkan la orang tak pernah tengok macamana rupa hampas tebu kan? Itu pun nak buat artikel ke?


Memang laaa... Hampas tebu tu memang la orang dah biasa sangat tengok. Tambah-tambah lagi bila bulan puasa. Kan ramai yang meniaga air tebu kat pasar dan tepi-tepi jalan.

Tapi, hampas tebu yang teman nak bebelkan ni bukan yang tu la. Hampas tebu ni sejenis pokok hutan, yang nama saintifiknya gironniera nervosa, juga dipanggil pokok medang kasap, pokok kasap, siluk dan ki bulu (yang ni teman dapatkan rujukan tambahan dari Wikipedia).


Tengok! Langsung tak ada rupa tebu, dan nak kata serupa dengan hampas tebu, lagilah tak logik langsung. Kah kah kah!

Pokok hampas tebu antara pokok-pokok yang menarik perhatian teman bila berkunjung ke Dewan Lumu, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di Sungai Buloh minggu lepas. Selain dari pokok yang namanya unik ni, ada juga pokok-pokok yang namanya biasa disebut, tapi kita langsung tak pernah tau nama botaninya.

Ada yang bunyinya biasa, ada juga yang kelakar. Kalau tak percaya, tengok aje la gambar-gambar kat bawah ni -


Cempedak pula adalah artocarpus integer. Hmmm... Integer tu macam biasa dengar dalam subjek matematik kan? Bukan ke integer tu maksudnya nombor bulat, nombor yang tak ada titik perpuluhan. Hehehe.

Pokok buah rambai pula dipanggil baccaurea motleyena. Kemain siksa teman nak menyebutnya. Ada kesilapan ejaan 'baccauria' tu kan? Tapi bunyinya sama sajalah. Hentam sajalah labu...



"Mengapa kau pergi, mengapa kau pergi, di saat aku mulai mencintaimu, berharap engkau jadi kekasih hatiku, malah kau pergi jauh dari hidupku..." Hep! Hep! Hep! Ni apa melalut sampai lagu Indo pun dah termasuk dalam teks entri ni? Hahaha. Gimik aje tu.


Ni haaa... teman nak tunjuk nama pokok ni. Macam lebih kurang sama aje dengan nama band tu kan? Ejaannya saja yang tak sama. Tapi... macam asalnya sama. Cuba tengok perkataan kedua pada nama pokok tu. Betul tak?



Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, kenapa nak disorong-tarik pulak papan, sampai sekarang teman tak tahu.
Ni pulak gambar pokok keranji yang popular, disebut-sebut dalam pantun masyarakat kita. Selama ni kita sebut, tengok pun entah pernah, entahkan tidak kan? Nak letak dalam perahu ke tidak, tengok la dulu rupa pokok keranji ni.





Naik lenguh juga la teman mendongak nak dapatkan gambar pokok keranji ni. Memang tinggi sungguh. Ada baya-baya pokok rambutan yang dah cukup tua, pada hemat teman. Jadi kesimpulannya, dapat buah keranji, jangan dok suka-suka nak letak dalam perahu. Bukan main susah nak dapat. Pokoknya dalam hutan, tinggi pulak tu. Kekeke.

OK, sekian saja la entri melalut teman malam ni. Lain kali ada bahan, boleh kita merepek-repek lagi ye? InsyaAllah...

Wassalam...

Comments

Popular Kini

COVID-19 : Sudah Dijangkiti, Apa Patut Aku Buat? [ Bahagian 1 ]

Dijangkiti penyakit yang merbahaya dan sudah menjadi wabak seluruh dunia, pasti menjadi satu pengalaman baru untuk setiap manusia di muka bumi ni. Tak kisahlah apa implikasi dari pengalaman ni, sama ada yang positif atau negatif dalam kehidupan kita. Ia mencatat satu sejarah kehidupan sesiapa sahaja yang menempuhnya. Salah seorangnya ialah, AKU. Iya, aku telah dijangkiti Covid-19. Sejak Disember 2019, aku hanya mendengar, membaca dan menonton perkembangan wabak yang ganas ni. Tetapi kira-kira dua minggu lepas aku terpaksa meredahnya dengan segala bentuk ikhtiar, ilmu, kemahiran dan pengalaman setakat mana yang aku ada selama ini. Ingin aku tekankan di sini, tujuan entri ini aku tulis bukan untuk berbangga, sombong, bongkak, jauh sekali memberi nasihat kepada orang lain. Ia sekadar perkongsian tentang apa yang aku tempuh. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu. Para pembaca perlu mengambil ini sebagai disclaimer . Aku bukan doktor, bukan perawat Islam, bukan pengamal perubatan herba

RESIPI : Cempedak Goreng Stail Macam Gerai

Haaa... musim buah dah sampai hujung-hujung. Maksudnya, sekarang ada banyak cempedak kan? Buah ni orang panggil buah penutup musim, selain manggis dengan langsat. Isk! Apa le teman merepek ni ye? Kalo korang budak bandar, mana la korang tau pasal musim buah-buahan ni kan? Hehehe. Kalau korang suka cempedak goreng yang tak berapa rangup, tapi rasa nice satu macam je bila gigit masa suam-suam, mungkin korang buleh cuba resipi ni. Tak sama macam guna tepung goreng segera tu tau. Yang tu ada rasa ngan bau macam vanila. Yang ni, memang rasa macam yang jual kat gerai tepi jalan tu. Ce try , ce try . Hehehe. BAHAN-BAHAN - 1/2 biji buah cempedak (kalau korang tukor ngan buah lain pun buleh) 1 cawan tepung gandum 3 sudu besar serbuk roti (kalau takde, bantai je hancurkan biskut lutut) 1 sudu makan minyak masak yang dipanaskan 2 sudu teh garam halus 1 sudu teh gula 1 sudu teh serbuk kunyit Air secukupnya (dalam secawan dua, ikut kualiti tepung korang) Minyak masak secukupnya untuk menggoreng *

RESIPI : Waffle Lembut

Kita dalam PKPD lagi, selepas ' TOTAL LOCKDOWN ' edisi Jun 2021. Berkurung lagi nampaknya. Bosan? Boleh la main masak-masak lagi macam PKP 1.0 tahun lepas. Nak try buat waffle? Ada resipi yang dikongsikan dalam FB page Daily Masak . Tak dapat dipastikan siapakah individu asal yang berkongsi resipi ni. Kalau ada sesiapa tahu, tolong tinggalkan maklumat di komen ye. Selamat mencuba! - - - Resepi Waffle Lembut Bahan Resepi Waffle Sedap : 3 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 3/4 cawan minyak masak/butter cair 2 biji telur & esen vanilla 2 sudu makan susu tepung 3 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh garam 1 sudu makan baking powder 1/4 sudu teh baking soda Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran. Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepu