Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

PAKAR : Motivasi Hilang?

Kebelakangan ni kita dapat lihat peningkatan mendadak kes bunuh diri (yang kebiasaannya disebut 'terjatuh', 'menggantung diri', dan seumpamanya). Sedih setiap kali kita melihat perkembangan macam ni. Tak kiralah apa bangsanya, apa juga agamanya. Ia pasti satu impak yang amat besar untuk seluruh ahli keluarga, sahabat handai, dan kenalan mereka. Kita tidak patut judge sebab kita tak berada dalam situasi mereka. Hanya mampu do'akan yang terbaik sahaja. Waktu macam ni memang kita sentiasa perlukan motivasi diri yang kuat. Jangan sampai mudah goyang. Memang kita faham tekanannya. Semua orang merasa. Siapa yang dah sampai tahap tak tahu nak buat apa, eloklah diberi sokongan dari pelbagai aspek - bantuan makanan, bekalan keperluan harian, kewangan, sokongan moral dan sentiasa memotivasikan mereka agar sentiasa yakin, kita ada bersama-sama mereka. Eh?! Sebut pasal motivasi ni, perasan tak? Ada beberapa watak penting sudah hilang dari pandangan kita. Tak, bukan menteri. Bu

Rajagopal Ampat-Satu [Episod 1 dan 2]

Hehehe. Untuk entri kali ni, teman nak kongsikan dua gambor yang teman edit malam ni, bersempena pertemuan pasukan bolasepak negara kita, Harimau Malaya dengan Laos. Layan aje la yeee... Episod 1 - Yang ni kunonnya skrip K. Rajagopal (Datuk) masa separuh masa pertama, Malaysia seri dengan Laos satu sama. Nyentap juga nampak gayanya Raja kita ni. Kekeke. Episod 2 - Kali ni dia tukar skrip bila dah tamat masa penuh perlawanan dengan Laos, dengan keputusan Malaysia (4), Laos (1). Kompiden sungguh raut wajahnya ye? Hahaha. Cukup-cukup le tu teman ngarut untuk malam ni. Sekian... Wassalam.

Apa Cacatnya?

Isk... korang rasa patut la kita marah-marah atau maki hamun orang yang letak kereta tak masuk kotak parking, atau dengan cara lintang-pukang? Alaa... takkan tak faham lagi kot? Kan biasa je orang kita buat? Macamana ye? Halaaa... macam dalam gambar kat bawah ni la. Nampak dah situasi sebenarnya? Hmmm... itu leee. Jangan nak main marah, ngamuk tiba-tiba je. Tengok la sendiri, macamana? Kan ke kereta orang kurang upaya tu. Itu pun nak buat isu ke? Mana la kita tau, kot dia ada masalah penyakit mental ke kan? OK, sekian le untuk kali ni ye. Wasslam...

Pisang Ke Kaki? Pilih Satu Aje.

Ahahaha. Nak mana satu? Pisang ke kaki? Hmmm... jenuh nak mikir camni kan? Kalau nak dibagi pilihan antara pisang dengan kaki, haish! Tak ada kaitan langsung la antara pisang dengan kaki, kecuali kaki tu terpijak pisang. Hehehe. Tak laaa. Sebenarnya pisang dan kaki saling terkait antara satu sama lain. Kepada sesiapa yang suka tengok drama Korea, mesti pernah tengok pisang kaki kan? Memang biasa ada scene  kat laman-laman rumah, ada pokok buah  persimmon  ni. Buah pisang kaki ni rasanya macam ciku mengkal yang tak berapa manis, sama sifatnya bergetah sikit, warnanya cukup menarik, sangat garang. Tengok la gambar kat bawah ni. Menarik kan? Ni teman beli kat pasar malam semalam. RM8 untuk 10 biji, tapi teman beli dua biji je la. Makan banyak sangat karang sakit tekak pulak, tak naya ke? Hehehe. OK, cukup la setakat ni dulu. Taip panjang sangat karang, bosan pulak rasanya kan? Sekian... Wassalam.

Pertandingan Mencipta Poster 'Selamatkan Gaza'?

Hmmm... tak nak taip panjang sangat untuk entri ni. Karang orang yang terkait mungkin akan tersentap kan? Di bawah ni, ayat Al-Qur'an, surah An-Nisaa', ayat 75 untuk diamalkan. Sumber - Internet Hitam putih aje? Tak menarik langsung! Err... OK la tu, sekurang-kurangnya teman tak menyertai pertandingan mencipta poster bersempena kempen "Selamatkan Gaza" kan? Setakat buat poster cantik-cantik tu, ada membantu ke? Cuba la jengah mana-mana laluan bantuan kemanusiaan, tak kira la tabung di masjid ke, kutipan lorong ke, melalui SMS ke, ada juga faedahnya kan? Atau paling tidak, sama-sama berdo'a memohon keselamatan dan kesejahteraan kepada masyarakat Islam di sana dan di seluruh dunia. Malas la nak komen panjang-panjang isu ni. Banyak sangat poster yang bermacam rekabentuk ada dah ni. Memang la tujuannya untuk memberi kesedaran, tetapi bagi hemat teman, menghulurkan bantuan yang mana termampu adalah lebih diperlukan dalam waktu darurat ini, bukannya bermain grafik di ko

Sekitar Perasmian Kelas Al-Qur'an dan Fardhu Ain Masjid Jamek Sg. Plong

Alhamdulillah... pagi ni teman berkesempatan menjengah satu program di Masjid Jamek Sungai Plong, di Sungai Buloh, Selangor. Program Perasmian Kelas Al-Qur'an dan Fardhu Ain yang dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Belia masjid tersebut yang merupakan projek pemandu ( pilot project ), boleh teman katakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sehingga jam 10:00 pagi, 18 November 2012, dapat dilihat lebih 20 orang kanak-kanak didaftarkan sebagai peserta program. Ini sangat-sangat membanggakan kerana jumlah peserta dan ibu bapa yang mengiringi melangkaui jangkaan awal pihak penganjur. Tak banyak teman nak coretkan, kerana seperti biasa... 'Gambar-gambar mempersembahkan dengan lebih baik dari tulisan yang panjang berjela'. Sama-sama kita amati suasana sekitar program yang telah dirancang.    Haaa... macamana? Boleh tahan kan? Syabas dan tahniah dari teman kepada seluruh tenaga kerja yang terlibat dalam menjayakan program yang amat baik sebagai pengisian berbentuk rohaniah kepada

Demi Masa Depan Sukan Bolasepak Negara

'Terkilan' itu sahaja perkataan yang bermain di minda teman ni bila melihat kesilapan pertahanan pasukan Harimau Malaya, menghadiahkan gol kepada pasukan Hong Kong menjadikan keputusan seri satu sama ketika pertemuan persahabatan pada 14 November 2012, Rabu yang lalu. Dilihat jelas, ada masalah komunikasi antara Aidil dan Khairul Fahmi (aka Apex) yang memberi peluang terbuka kepada pemain Hong Kong, Lam Hok Hei menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan. Nyata merosot sungguh tahap persembahan keseluruhan pasukan sejak kebelakangan ini. Macam hilang sentuhan berbisa dari cakaran kuku tajam sang belang rimba. Entahlah... Yang pasti, satu bentuk inisiatif yang signifikan perlu dilakukan oleh pihak tertentu yang terlibat secara langsung dalam urus-tadbir sukan bolasepak negara. Terfikir di benak teman, mungkin ada kekurangan dari segi persefahaman, sikap toleransi, kurang mesra dan merosotnya kesatupaduan sesama masyarakat berbilang kaum yang menjadi punca kereta

infinitykit 20.13 - DIBUKA UNTUK JUALAN

infinitykit 20.13 Kod Item : BP0001-2013 Pilihan Warna : Hijau Muda Saiz : M dan L Jenis Fabrik : Mikrofiber (kain jersi) Harga : RM 28 (tidak termasuk kos penghantaran) Kos Pengendalian dan Poslaju : RM 7 untuk 1 atau 2 helai Status : Untuk Jualan Untuk menempah, sila isi borang tempahan di - http://masziah.braderpet.com/p/membuat-tempahan.html

Kit (Jersi) Harimau Malaya 2013

Entri salin-tampal dari artikel di laman web Stadium Astro, tentang kit Harimau Malaya bagi musim 2013. Banyak komen sejak pelancarannya semalam, tapi teman tak ada la nak cakap lebih-lebih pulak kan? Bagi teman, memang nampak macam mundur sikit la rekaannya kalau nak dibezakan dengan yang tahun ni punya. Kepada sesiapa yang belum pernah tengok tu, ni kat bawah ni teman sediakan gambar-gambar yang dah teman kumpul dari pelbagai sumber ye. Sila-sila la, belek-belek kot berkenan. Dari segi material tu, boleh dikatakan maju la kan... ringan dan mudah keringkan peluh. Cuma, kalau kita perhatikan betul-betul, macam rekabentuk jersi tu berkongsi templat dengan pasukan Porto kan? Hahaha. Mungkin iya, mungkin juga tidak. Sekadar kebetulan ke macamana, kita tak pasti la kan? Teman pun belum jumpa lagi gambar bahagian belakangnya. Teringin juga nak tengok. Hmmm... Macamana? Ada rasa berkenan tak nak dapatkan sehelai? Kalau yang original, tak la mahal sangat. RM 229 aje. ('AJE' katanya.

Jika Kita Tegur Karang Sentap

Entri kali ini harap jangan disalah-ertikan. Ditekankan, dan diulang sekali lagi, jalan disalah-ertikan. Teman tidak berniat untuk menghasut atau memberikan gambaran negatif kepada sesiapa, juga tidak ditujukan kepada mana-mana agensi/komponen pentadbiran negara. Kelmarin, ketika dalam perjalanan keluar dari kawasan perumahan teman ni, terasa macam jem yang tidak logik. Apa yang teman rasakan tidak berapa betul ialah waktunya. Manakan tidaknya... ada punca nak jem kalau jam dah pukul tiga petang, dan, bukan hari kerja. Memang ada yang tak kena la ni. Jenguk punya jenguk, kelihatan sebuah kereta Proton Waja berwarna perak dengan pelekat logo biru tua di sebelah kiri bonetnya, berhenti dan menghalang laluan sehingga semua kenderaan lain perlu berhenti dan menunggu. Agak-agak kalian boleh faham tak macamana situasi masa tu? Selagi lampu isyarat untuk ke kanan tak hijau-hijau, maka, semua kenderaan di lorong kiri yang tak ada kaitan dengan lampu isyarat tu kena tunggu, tunggu, dan terus me

Melampo Genius Semasa Barking Ni...!!!

Hari ni teman jalan-jalan ke Shah Alam. Kiranya ada barang penting nak dicari le ni. Kalau tidak, tak sanggup teman nak drive sampai ke sana dengan keadaan teman tak berapa sihat ni. Ke mana hala tuju teman? Haaa... salah satu bangunan yang memang terkenal la kat Pusat Bandaraya Shah Alam tu. Apa nama bangunan, teman tak nak le bagitau. Karang ada pulak yang nyentap, mau nak disamannya teman. Haru weh! Ni ha rupa laman bangunan tu. Kome kenal tak rasa-rasanya? Memang kalau nak mencari barang-barang komputer, selain dari turun ke KL, PJ, sini la salah satu tempat yang teman rasa praktikal.. Bukan sebab harganya, tapi sebab apa-apa barang yang teman nak cari, insyaAllah, memang ada la kat sini walaupun harganya mahal sikit dari di Kuala Lumpur tu. Semuanya nampak normal, sampai la bila masanya teman nak balik, teman nak membayor duit letak kereta. Tiba di tempat nak bayor tu, tengok ramai juga yang berbaris. Paling tidak ada dekat 20 orang juga la yang berdiri dan ada juga beberapa golo

Terpisahnya Lee Chong Wei, Wong Mew Choo di Majlis Resepsi

Entri ini teman dedikasikan kepada jaguh badminton negara, Lee Chong Wei (Datuk), seorang kelahiran Bagan Serai, Perak yang menetap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dengan ucapan tahniah atas berlangsungnya majlis perkahwinan beliau dengan seorang pemain badminton wanita Malaysia Wong Mew Choo (Datin) pada 9 November 2012. Hampir pasti, seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan sukan badminton negara tahu tentang hal ini kan? Namun, ada yang belum tahu pada hemat teman, Datuk LCW dan Datin WMC telah berpisah ketika majlis resepsi berjalan. Sungguh sedih teman mengenangkannya. Siapalah yang empunya angkara? Mungkin ini gara-gara si penganjur, atau dalam bahasa Banjarnya dipanggil organizer . Kepada sesiapa yang belum pernah melihat gambar terasingnya kedua-dua pengantin ini, silalah lihat sendiri gambar di bawah ni. Kesian kan? Hmmm... apa nak buat, dah nasib badaaannn. Sekian untuk kali ini. Wassalam...